red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 3hb Julai 2012: 

Pengundi yang baru mendaftar harus menolak ‘Mahithirisme’

Kenyataan Dr Mahathir baru-baru ini seperti “Pengundi Cina adalah faktor penentu’ dalam PRU13 dan ‘PRU13 akan didalangi isu perkauman’ menunjukkan bahawa beliau dan BN kini semakin bimbang akan majoriti 3 juta pengundi baru akan membuat keputusan muktamad menolak BN dan mengakhiri 55 tahun BN bermaharajalela dengan kronisme, korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Dewasa ini menampakkan generasi rakyat Malaysia yang sedang bangkit untuk menentang gaya politik lama dari era Mahathir. Kita melihat ini dalam pergerakan Reformasi dalam 1998. Kita melihat kebangkitan ini dalam tsunami politik PRU 2008 yang telah mengaut negeri-negeri yang diperintah BN iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta menafikan kuasa dua pertiga di parlimen.

Kita melihat kebangkitan ini dalam perhimpunan Bersih yang pertama pada 10 November 2007. Kita melihat kebangkitan ini dalam Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011. Dan kita menjadi saksi dalam perhimpunan 28 April 2012 yang memperlihatkan ratusan ribu anak bangsa Malaysia yang berlainan kaum, latarbelakang dan umur membanjiri jalanan sekeliling Dataran Merdeka untuk menuntu pilihanraya yang bebas dan adil.

Kejayaan perhimpunan Bersih 3.0 yang dicemari keganasan polis terhadap peserta dalam perhimpunan aman itu nampaknya telah mengugat kedudukan dan keyakinan Perdana Menteri Najib Razak dalam menetapkan tarikh pilihanraya sebelum bulan Julai walaupun beliau ‘berasa’ yakin akan kemenangan BN dalam 13 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Tiada keraguan lagi, demonstrasi yang bersejarah ini, telah menyebabkan Mahathir lebih rimas akan kehilangan kuasa BN di Putrajaya dalam pilihanraya yang akan dating. Ini mungkin menjadi penjelasan kepada percubaan beliau baru-baru ini untuk menghidupkan kembali taktik gaya lama Mahathirisme “pecah dan tawan” (divide and conquer) dalam mengungkitkan senario yang tidak relevan dan yang sudah lapuk dalam mencetus konflik perkauman pada zaman politik dimana semua rakyat Malaysia – tua dan muda; lelaki dan wanita; Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan; Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh – bersatu padu untuk tuntutan – pilihanraya yang bebas dan adil, menentang korupsi, untuk mempromosikan keselamatan awam, untuk memelihara dan memulihara persekitaran kita.

Kini wujud tiga juta pengundi yang disenaraikan dalam senarai daftar pemilih yang baru semenjak pilihanraya umum 2008. Keperluan untuk mendaftar ini dimotivasikan oleh kemungkinan perubahan politik dalam pilihanraya yang akan datang. Mereka ini merangkumi hampir satu perempat daripada 13 juta pengundi dalam senarai daftar pemilih semasa. Kira-kira 60% daripada pengundi ini berumur kurang daripada 60.

Jika 60% daripada pengundi baru ini membuang undi menolak kerajaan BN, Pakatan Rakyat akan memenangi sebanyak 100 kerusi parlimen, jika corak pengundian masih dikekalkan. Jika 65% daripada pengundi baru ini membuang undi menolak kerajaan BN, PR akan memenangi 110 kerusi, 2 kerusi kurang daripada majoriti keseluruhan. Jika 70% daripada undi adalah yang menolak BN, maka ia akan meraih 123 kerusi parlimen kepada PR yang cukup untuk membentuk kerajaan baru di Putrajaya.

Ini adalah satu mimpi ngeri bagi Dr Mahathir dan BN – bahawa pengundi yang baru mendaftar dan pengundi baru akan menghayun kepada Pakatan Rakyat kerana pengundi alaf baru ini mahu mengakhiri korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa oleh BN selama 55 tahun.

Watak yang akan dimainkan oleh pengundi yang baru mendaftar ini lebih signifikan lagi oleh kerana kewujudan “pengundi hantu” yang telah dimasukkan nama mereka dalam senarai daftar pengundi didalam apa yang dijangkakan sebagai pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah Negara ini.

Saya menyeru kepada tiga juta pengundi baru untuk mengetuai perubahan yang diimpikan ini bagi semua anak bangsa Malaysia untuk membuang undi untuk pilihanraya yang bebas dan adil, untuk membuang undi menentang politik Mahathirisme “pecah dan tawan” (divide and rule politics), untuk membuang undi perubahan dan untuk masa depan yang lebih cerah bagi Malaysia dan untuk mengakhiri 55 tahun kronisme, korupsi dan penyalahgunaan kuasa dibawah BN.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional