red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 9hb Julai 2012: 

Utusan Malaysia sah sebagai “surat khabar-pembohong”

Utusan Malaysia hari ini sah sebagai ”surat khabar pembohong” dan bukannya akhbar apabila ia jelas tidak jujur dan membelakangkan etika kewartawanan dengan laporan mereka yang mendakwa bahawa DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen untuk mendominasi Pakatan Rakyat dan melantik Perdana Menteri pada pilihan raya umum ke 13 nanti sebagai tajuk utama muka hadapan.

Laporan Utusan yang mendakwa bahawa DAP akan bertanding 90 daripada 222 kerusi parlimen meliputi 40.5% jumlah kerusi parlimen, manakala PAS dan PKR akan bertanding masing-masing 66 buah kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang merupakan sebuah kempen jahat, anti-nasional dan tidak bertanggungjawab oleh propagandis UMNO semata-mata untuk menyemarakkan lagi kecurigaan antara kaum bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa politik sekiranya UMNO tewas dan barisan Nasional digantikan dengan Pakatan Rakyat pada pilihan raya ke 13 nanti.

Pada minggu lalu, saya telah menempelak taktik menakut-nakutkan rakyat oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad sendiri apabila beliau memberi amaran bahawa pengundi Cina merupakan penentu (kingmakers) keputusan pilihan raya umum ke 13 yang mana orang Melayu dakwa beliau dibahagikan kepada tiga bahagian kecil malah dakwanya lagi bahawa pengundi Cina pula akan menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan selepas pilihan raya. Saya telah menjelaskan bahawa “realiti yang sebenarnya menunjukkan bahawa pengundi Cina tidak akan menjadi penentu berdasarkan aritmetik pilihan raya.” Faktanya, cuma terdapat 34 buah kerusi dari 222 kerusi parlimen yang menempatkan majoriti pengundi Cina. Malah sekiranya Pakatan Rakyat memenangi semua kerusi pengundi Cina, ia cuma sekadar mewakili 15 peratus dari jumlah keseluruhan kerusi parlimen.

Lagipun, terdapat 55 kerusi parlimen lagi dimana pengundi Cina cuma membentuk 30 hingga 50 peratus pengundi. Walaupun sekiranya PR mampu untuk memenangi 80 peratus undi masyarakat Cina, ia masih memerlukan antara 35 hingga 40 peratus sokongan dari komuniti lain untuk memenangi kerusi-kerusi tersebut.

Secara keseluruhan ia bermaksud pengundi Cina hanya membentuk lebih 30 pertus jumlah pengundi di 89 kerusi parlimen.

Malah sekiranya PR memenangi keseluruhan kerusi ini ( yang mana ia memerlukan sokongan majoroti dari komuniti lain), ia hanya akan membentuk 40 peratus dari jumlah keseluruhan kerusi parlimen yang sebenarnya tidak mencukupi untuk merangkumi majoriti kerusi parlimen.

Sekarang, propagandis UMNO telah melakukan kempen menakut-nakutkan rakyat untuk menyemarakkan rasa curiga dan saling tidak percaya antara kaum – yang mendakwa bahawa DAP akan bertanding 90 kerusi manakala PKR dan PAS masing-masing 66 kerusi.

Dakwaan ini adalah dakwaan liar dan tidak berasas sama sekali. Penentuan kerusi antara parti-parti Pakatan Rakyat juga masih belum selesai sepenuhnya dan DAP pula tidak akan mempertimbangkan untuk bertanding lebih dari 60 kerusi atau kurang dari 28 peratus dari 222 kerusi parlimen.

Walaupun pembohongan yang mengatakan DAP akan bertanding di 90 kerusi parlimen telah ditempelak dan dinafikan sekeras-kerasnya, cerita palsu ini akan dicanang semula oleh propagandis dan pemutarbelit UMNO mengunakan helah penipuan yang lain dimana ia bertujuan menakutkan pengundi Melayu dengan dakwaan bahawa DAP akan menjadi parti yang mendominasi berbanding PAS dan PKR, sehingga dakwaan mereka ke tahap memutuskan siapa yang akan menjadi Perdanan Menteri.

Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama maupun daerah sedang berhadapan dengan ujian besar dalam sejarah negara yang melihat samada mereka dapat membezakan pembohongan dan kepalsuan sebagai fakta seperti dipaparkan pada “akhbar pembohong” seperti Utusan Malaysia. Ia juga merupakan ujian kritikal kepada kita semua samada negara dan demokrasi di Malaysia telah matang apatah lagi ia telahpun melangkau usia lebih separuh abad.

Faktar sebenar mengenai perkara ini ialah adakah hanya kerana dengan perkara tersebut menentukan sokongan majoriti pengundi Melayu dan bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat samada boleh memenangi pilihan raya umum akan datang seterusnya menggantikan UMNO-BN sebagai kerajaan persekutuan Malaysia dalam penantian.

Tetapi apa yang membuatkan saya terfikir dari pembohongan terkini propagandis UMNO ini menunjukkan bahawa perdanan Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin terdesak dan mereka semakin percaya bahawa UMNO-BN boleh ditewaskan melalui peti undi pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Ini juga merupakan sebab Najib terus menunda tarikh pilihan raya umum ke 13.

Sangkaan dan tanda aras yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia melangkaui batas bangsa, agama, kelas, daerah, umur mahupun jantina sedang bersedia untuk perubhan di Putrajaya tidak semuanya salah meskipun berhadapan dengan penipuan politik, ketakutan, wang dan rasuah dari UMNO-BN yang mana kerajaan Najib mempunyai kurang dari 10 bulan yang tinggal bagi Parlimen ke 12 dimana Parlimen akan secara automaticakan terbubar pada 28 April tahun.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional