red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Ucapan oleh Lim Kit Siang di ceramah DAP Inanam Sepanggar pada hari Jumaat, 20hb Julai 2012 pada jam 9 malam: 

Cabaran kepada Muhyiddin untuk membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin politik dan nasionalis Malaysia

Saya mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin politik yang bertanggungjawab dan nasionalis Malaysia apabila mengungkitkan kembali kisah rusuhan 13 Mei dalam usaha menghalang berlakunya apa-apa kejadian rusuhan dan pada masa yang sama menolak praktis politik perkauman dan taktik menakut-nakutkan rakyat yang jelas tidak berprinsip, tidak bertanggungjawab dan hina untuk memastikan UMNO/Barisan Nasional kekal sebagai puak berkuasa dalam pilihanraya yang akan datang.

Mengikut laporan dari Konvensyen Pemuda Kebangsaan yang telah diadakan di Parlimen semalam, Muhyiddin telah menekankan kepada generasi muda Malaysia supaya bersatu padu untuk meastikan yang negara ini kekal stabil dan aman tenteram untuk mengelakkan perulangan tragedi rusuhan 13 Mei 1969.

Petikan dari deklarasi Muhyiddin dalam konvensyen tersebut: “Kami tidak mahu tragedi 13 Mei berulang.”

Bagi pihak DAP dan Pakatan Rakyat, saya ingin membalas secara rasmi dengan satu deklarasi bahawa kami di dalam DAP dan Pakatan Rakyat juga tidak mahu akan peristiwa hitan rusuhan 13 Mei berlaku dan kami berjanji dan memberi jaminan bahawa kami akan lakukan segala yang perlu untuk memastikan peristiwa ini tidak berlaku lagi.

DAP dan Pakatan Rakyat memberi kerjasama penuh bersama dengan UMNO dan Barisan Nasional untuk menjamin tiada perulangan semula peristiwa tragedy 13 Mei dalam pilihanraya umum yang akan datang, dan dengan ini semua rakyat Malaysia berpeluang untuk bertanya apakah benar kejadian rusuhan 13 Mei mungkin akan berlaku apabila kedua-dua parti Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat memberi jaminan untuk berkerja bersama untuk kepentingan negara untuk menghalang mana-mana peristiwa seperti ini daripada berlaku?

Saya mengaku, saya bimbang akan cara Muhyiddin mengungkitkan I confess I am concerned at the way Muhyiddin mengungkitkan kembali kisah rusuhan 13 Mei yang telah digunakan dalam beberapa dekad yang lalu untuk mewujudkan ketakutan dikalangan pengundi dan memaksa mereka mengundi UMNO dan BN yang kini menimbulkan satu persoalan samada TPM memberi jaminan bahawa rusuhan 13 Mei tidakakan berulang atau ianya satu ancaman secara senyap bahawa kejadian 13 Mei akan berulang sekiranya UMNO kehilangan kuasa!

Mungkinkah tragedy 13 Mei akan menggugat pilihanraya umum yang akan datang? Jawapan saya adalah TIDAK sama sekali.

Tanpa berbahas berhubung pihak mana yang telah mencetus peristiwa 13 Mei 1969, (walaupun wujud versi pihak mana yang bertanggungjawab mencetus tragedi tersebut dan disebabkan perkara inilah, saya dan DAP telah memohon untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja terhadap sebab mencetusnya kejadian ini), keadaan dewasa ini jauh lebih berbeza berbanding dengan apa yang perlaku 43 tahun yang lalu pada tahun 1969.

Perbezaan yang paling ketara diantara tahun 1969 dan Pilihanraya Umum Ke-13 adalah kemunculan satu pakatan yang berbilang kaum dan agama yang mewakili rakyat jelata di negara ini untuk mencabar, secara demokratik dan aman, perebutan kuasa UMNO/BN di Putrajaya – dimana gabungan PKR, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mewakili semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan negeri di Malaysia.

Hanya puak-puak yang tidak bertanggungjawab, anti-nasional dan pengkhianat akan cuba untuk memutarbelitkan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU13 sebagai satu kemenangan diantara satu kaum terhadap kaum yang lain, untuk memberi justifikasi kepada idea liar rusuhan 13 Mei, dimana apa-apa kemenangan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Adakah Muhyiddin benar-benar ikhlas apabila membuat deklarasi “Kami tidak mahu tragedi 13 Mei berulang.”

Jika ya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berani mengambil risiko dan menjawab satu soalan yang telah lama saya tujukan berulang kali kepada beliau dalam tempoh tiga tahun ini – samada beliau akan membuat satu pengumuman deklarasi bahawa beliau akan menerima kata putus rakyat jelata dalam PRU13, termasuklah kerajaan baru Pakatan Rakyat yang akan menggantikan Barisan Nasional di Putrajaya dan beliau sndiri akan menjamin dan memastikan peralihan kuasa persekutuan secara aman untuk kali pertamanya dalam sejarah negara ini, untuk memaklumkan kepada warga dunia bahawa Malaysia telah menjadi negara dengan “sistem demokrasi yang terbaik di dunia”!


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional