red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Ucapan oleh Lim Kit Siang dalam ceramah DAP “Save Sabah Save Malaysia” di Penampang pada hari Ahad, 22hb Julai 2012 pada jam 9 malam: 

Keikhlasan Kabinet bagi Suruhanjaya Siasatan Diraja diatas Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah diragui

Penampang merupakan kawasan Parlimen yang keenam yang saya lawati dalam tempoh tiga hari saya di Sabah bersama Ahli Parlimen DAP bagi Segambut Lim Lip Eng dan pemimpin-pemimpin DAP di Sabah termasuklah Putatan, Sepanggar, Tuaran, Kota Belud dan Tenom untuk melihat sendiri semangat dan kehendak pedalaman Sabah terhadap tiupan angin perubahan di seluruh negara semenjak tsunami politik dalam pilihanraya umum 2008.

Respon, tanggapan dan kesimpulan yang telah kami rasa adalah satu bara di hati yang tidak dapat dinafikan bahawa, warga Sabah, seperti semua rakyat Malaysia sudah tidak sabar lagi untuk pilihanraya umum ke-13 untuk menyaksikan perubahan senario politik dan ekonomi dalam peringkat negeri dan dalam negara.

Negeri Sabah telah menukar pimpinan kerajaan negeri sebanyak empat kali dalam lima dekad ini tetapi ianya seperti jatuh ditimpa tangga, bagi anak Sabah samada dengan isu serius seperti pendatang asing tanpa izin di Sabah yang telah mengurangkan bilangan anak jati Sabah kepada golongan pendatang dan warga asing di tanah mereka sendiri dalam satu tempoh yang kurang daripada satu abad – dan memonopoli jenayah, kemiskinan, rasuah atau perkhidmatan sosio-ekonomi dan kemudahan infrastruktur bagi anak Sabah.

Pengajaran politik yang dapat dilihat disini amat jelas – tanpa perubahan politik di Putrajaya pada peringkat kebangsaan, sukar untuk membawa perubahan yang benar-benar bererti pada peringkat negeri. Ini adalah sebab mengapa DAP Sabah telah mencipta satu slogan baru : “Save Sabah Save Malaysia” (Selamatkan Sabah Selamatkan Malaysia), kerana Negeri Sabah tidak boleh diselamatkan tanpa menyelamatkan Malaysia; dan keduanya untuk Malaysia diselamatkan, Sabah mesti diselamatkan dahulu.

Dalam bulan Februari, Kabinet telah tunduk kepada tekanan berabad – yang termasuk tekanan bertubi-tubi oleh DAP dalam dan diluar Parlimen – dan telah membuat keputusan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk meneliti masalah yang sudah membarah di negeri Sabah iaitu masalah pendatang asing tanpa izin.

Walaubagaimanapun, keputusan Kabinet jelas diragui dalam dan diluar negara.

Pada pandangan saya, tidak ada mana-mana keputusan Kabinet dalam sejarah negara ini selama 54 tahun yang tidak kredibel dan tidak mendapat kepercayaan rakyat.

Sekiranya satu tinjauan soal selidik dijalan di Sabah, majoriti besar warganya mempunyai tanggapan bahawa Barisan Nasional tidak serius dalam usaha untuk menyelesaikan masalah pokok pendatang asing tanpa izin di Sabah tetapi hanya memberi gambaran palsu bahawa mereka sedang tekun dalam mengenalpasti masalah ini hanya untuk memancing undi di Sabah dalam negeri “fixed deposit” menjelang pilihanraya umum yang akan datang.

Kabinet juga telah mengukir sejarah di pesada antarabangsa sebagai satu-satunya negara di dunia yang telah memutuskan komposisi anggota dan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja masih belum dimaklumkan selepas hampir enam bulan – seperti ianya lahir-mati! Perkara ini merupakan sesuatu yang amat tidak bermaruah dan hina.

Akan tetapi, perkara ini tidak menghairankan langsung terutama sekali bagi anak Sabah dengan merujuk kepada layanan acuh tak acuh, tidak beramanah, dan tidak jujur berhubung dengan masalah pendatang asing tanpa izin oleh Barisan Nasional dengan mengambil kira sejarah UMNO diatas isu ini, terutama sekali episod yang memalukan yang diterajui Projek Mahathir dalam awal 90an?

Berhubung isu ini, satu kenyataan yang baru-baru ini dibuat oleh pegawai pangkat tinggi Cawangan Khas (Special Branch) telah memberi satu gambaran yang amat mendukacitakan akan keikhlasan Kabinet dalam keputusannya pada bulan Februari untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja diatas masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Pegawai pangkat tinggi yang mengeluarkan kenyataan yang liar dan tidak berasas ini tidak lain, tidak bukan, Mohd Sofian, Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial yang mendakwa bahawa Pakatan Rakyat sedang menghadapi resapan pengganas Jemaah ISlamiah (JI) bagi PAS dan resapan ancaman komunis bagi DAP – tetapi tidak dapat memberi sekelumit pun bukti apabila kesahihan dakwaannya dicabar.

Apabila bertemu dengan pihak akhbar, Sofian berkata bahawa ‘pejuang’ Suruhanjaya Siasatan Diraja diatas masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah adalah elemen anti-nasional yang hanya mahu menggunakan platform politik ini untuk menghebahkan isu ini, menjejaskan perhubungan diplomatic diantara Malaysia dan Filipina dan untuk mengapi-apikan sentimen anti-semenanjung dikalangan warga Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus membuat deklarasi samada pendapat Sofian itu mewakili arus tuju fikiran Kerajaan Persekutuan UMNO/BN secara rahsia diatas isu Suruhanjaya Siasatan Diraja masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah, dan sekiranya tidak, jika tindakan serta merta akan diambil untuk menggantung mengambil tindakan disiplin Sofian kerana tindakan dan pendapat beliau merupakan satu contoh yang amat buruk dan memalukan dalam bahagiannya yang diberi tugas untuk membuat pantauan “ancaman ekstremis sosial”.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional