red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kota Kinabalu pada hari Isnin, 23 hb Julai 2012: 

Hishammuddin wajar diberi potongan RM10 dalam sesi Parlimen yang akan datang

Datuk Seri Hishammuddin wajar diberi potongan RM10 dalam sesi belanjawan Parlimen disebabkan proses “transformasi” beliau dariapa “Menteri yang tidak tahu” kepada “Menteri yang serba tahu” hanya dalam tempoh 24 jam.

Inilah proses transformasi Hishammuddin yang disaksikan oleh juta rakyat Malaysia dalam respon yang beliau berikan terhadap dakwaan liar dan tidak berasas oleh Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Cawangan Khas, Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemuda Kebangsaan di Parlimen pada Khamis lepas dengan dakwaan bahawa pengganas Jemaah Islamiah (JI) sedang meresap kedalam PAS dan dan ancaman komunis kedalam DAP menjelang pilihanraya umum yang akan datang.

Semasa ditanya pada hari Jumaat, Hishammuddin telah menunjukkan bahawa beliau “Menteri yang tidak tahu, dengan menekankan bahawa beliau “tidak pasti” berhubung dengan dakwaan resapan pengganas dan komunis ke dalam Pakatan Rakyat: “Saya tidak mempunyai meklumat yang relevan (berhubung isu ini) buat masa ini, Oleh itu, saya tidak boleh mengatakan samada ianya benar atau tidak. Apa yang boleh saya katakana adalah, topik ini amat sensitive.”

Apabila Hishammuddin dikecam kerana memberi “respon pengecut yang tidak bertanggungjawab” terhadap dakwaan Sofian yang liar dan melulu dan sebagai “Menteri Dalam Negeri yang paling teruk dalam sejarah negara ini”, yang menimbulkan persoalan, “bagaimana seorang Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab mendakwa yang beliau tidak tahu akan kenyataan fitnah palsu yang telah dikeluarkan oleh pegawai jawatan tinggi Cawangan Khas terhadap parti-parti pembangkang?” Hishammuddin telah melakukan aksi membuat balik kuang dalam tempoh 24 jam dan mendakwa sebagai “Menteri serba tahu”.

Kata Hishammuddin pada hari Sabtu pula, dakwaan berhubung dengan “peresapan” pengganas JI dan ancaman komunis kedalam Pakatan Rakyat bukanlah berada pada tahap yang boleh mengancam keselamatan negara ini dengan berkata:

“Setakat ini, berdasarkan laporan yang sampai kepada saya, sebarang penembusan idelogi (dalam pembangkang), tidak menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara ini. Jadi jangan jadikan ia lebih daripada itu”

Apabila ditanya samada pihak polis mempunyai apa-apa bukti terhadap dakwaan itu, kata Hishammuddin: Kalau ia berkisar kepada keselamatan, bukan sahaja (tunjukkan) bukti tetapi mereka (polis) kena ambil tindakan. Tetapi kalau pemantauannya berkisar kepada penglibatan yang tidak menjejaskan keselamatan negara setakat ini, saya tidak bimbang”

Tambahnya lagi, apa yang dikatakan oleh Cawangan Khas hanyalah “fakta semata-mata”, dan “Jika ia tidak mengancam keselamatan negara, kami tidak akan menganggapnya sebagai satu ancaman”.

Kata-kata Hishammuddin itu tidak menggambarkan sikap munasabahnya sebagai seorang Menteri Dalam Negeri tetapi sebaliknya mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit dalam mempertahankan golongan yang tidak patut dipertahan.

Apa itu “fakta semata-mata” yang Hishammuddin katakan dengan merujuk kepada dakwaan Sofian bahawa pengganas JI sedang meresap ke dalam PAS dan ancaman komunis ke dalam DAP?

Hishammuddin dan Sofian telah dicabar untuk memberikan nama pengganas JI yang telah meresap ke dalam PAS dan komunis ke dalam DAP, dan sekiranya mereka berdua ini tidak dapat berbuat demikian, maka dakwaan ini bukan sahaja “fakta semata-mata” tetapi kenyataan fitnah-palsu yang berpucuk daripada imaginasi liar Sofian!

Daripada menegur dan mendisiplinkan Sofian diatas penyalahgunaan posisinya sebagai Cawangan Khas untuk menjadi pajakan politik Barisan Nasional, Hishammuddin tekah cuba untuk mempertahankan kesilapan yang dahsyat ini dengan membelit-belitkan kenyataanya juga.

Pada masa yang sama, beliau telah cuba kelihatan seperti “Menteri yang serba tahu” selepas 24 jam selepas mengumumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa beliau “Menteri yang tidak tahu” berhubung dakwaan liar dan tidak berasas ini dipertikaikan.

Hishammuddin jelas pembawa bencana sebagai Menteri Dalam Negeri. Baru-baru ini, beliau menghidapi kompleks penafian yang agak serius bahawa rakyat Malaysia kian berasa terancam berhubung dengan peningkatan kadar jenayah secara mendadak di negara ini – dengan menudung jari kepada “persepsi” dan media sosial.

Tiada apa-apa yang perlu dipertikaikan, untuk kali pertama, dalam sejarah negara ini bahawa rakyat Malaysia berasa tidak selamat di negara mereka sendiri. Tambahan pula dengan perasaan takut akan peningkatan kadar jenayah yang dialami oleh warga Malaysia serta pelabur-pelabur asing di Malaysia.

Ini juga adalah salah satu contoh dimana Hishammuddin sedang berusaha untuk menggambarkan bahawa beliau “Menteri serba tahu” tetapi hakikatnya “Menteri yang tidak tahu” apa-apa pun!

Hishammuddin nampaknya tidak menjalankan tugas-tugas sebagai seorang Menteri Dalam Negeri dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan pihak polis mesti memberi keutamaan terhadap fungsi asas mereka untuk mengekalkan kadar jenayah yang rendah untuk membenarkan semua rakyat Malaysia berasa selamat dalam negara sendiri. Sebaliknya, beliau menyokong penyalahgunaan dan pembaziran dana awam serta sumber dengan pihak polis yang bertungkus-lumus bertugas untuk memastikan UMNO/Barisan kekal berkuasa, seperti dakwaan liar dan tidak berasas yang dikeluarkan oleh Sofian.


*Lim Kit Siang, DAP Parliamentary Leader & MP for Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional