red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 26hb Julai 2012: 

Najib mesti memanggil satu mesyuarat tergempar bersama Kabinet untuk menukar tema Hari Kemerdekaan/ Hari Malaysia yang memecahbelahkan rakyat

Berapa banyak daripada hasil kutipan cukai rakyat Malaysia sedang digunakan untuk merekacipta logo Hari Kebangsaan Ke-55 dan tema Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia yang menjengkelkan dan berunsur memecahbelahkan rakyat dalam sejarah negara Malaysia?

Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu terdesak berhubung dengan harapannya dan harapan UMNO/Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang sehingga tergamak merampas identiti dan simbol sambutan Hari Kebangsaan Ke-55/Hari Malaysia Ke-49 untuk mengutarakan tema kempen UMNO/BN, “Janji Ditepati” sebagai tema rasmi Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia?

Sekiranya logo dan tema Hari Kemerdekaan tidak ditukar, kedua-duanya akan menjadi bahan lawak rakyat Malaysia dan warga dunia sebelum sampai masa Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.

Ini merupakan satu pelan yang amat menyedihkan dan mengejutkan dimana sambutan Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia yang berprestij yang kini dirampas identiti dan simbolnya oleh UMNO/BN secara terang-terangan yang bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat daripada menyatukan rakyat Malaysia, dan masih tiada sesiapapun dalam Kabinet atau pihak kerajaan yang boleh melihat apa yang dilakukan itu jelas salah dan berunsur anti-nasional.

Saya boleh mengesahlan pada masa Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir memegang jawatan sebagai Menteri Penerangan dan Pengerusi bagi sambutan kemerdekaan, beliau telah bertungkus lumus menjemput pemimpin pihak pembangkang untuk turut serta untuk memastikan bahawa sambutan tersebut benar-benar dianggap sebagai sambutan kebangsaan, tanpa mengira kepentingan parti-parti politik.

Dengan sambutan Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia dirampas identitinya serta simbolnya oleh pembebanan slogan UMNO/BN, “Janti Ditepati” sebagai tema kebangsaan, UMNO/BN hanyalah menguatkuasakan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 dan Hari Malaysia Ke-49 merupakan satu pelan yang memecahbelahkan rakyat Malaysia yang jauh bercanggah dengan polisi terkemuka Najib, 1Malaysia dimana setiap rakyat Malaysia mampu menganggap diri mereka sebagai warga Malaysia dahulu dan kaum, agama, negeri, status sosio-ekonomi (dan pendirian politik) kemudian.

Hakikatnya, perampasan sambutan Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia tahun ini melalui pembebanan slogan UMNO/BN ini merupakan satu contoh terbaru yang poten bahawa slogan 1Malaysia Najib sedang dijejaskan dan dicabuli – contoh terbaik bagi “Janji Ditepikan” daripada “Janji Ditepati”

Logo Hari Kemerdekaan Ke-55 yang hodoh itu semenangnya amat memalukan. Berikut adalah komen seorang pembaca portal berita, The Malaysian Insider:

“Mengapa logo ini begitu hodoh? Biar saya memberi analisis saya untuk anda”

“1. Terlalu banyak elemen yang membuatkannya terlalu kompleks. Apabila dicetak dalam saiz yang kecil, rekabentuk yang kompleks seperti ini akan kehilangan perincian rekacipta tersebut, sehingga kelihatan seperti satu kesilapan dalam percetakan”

“2. Pemilihan ‘fon’ yang kurang baik. Setiap muka taip (typeface) mempunyai perwatakannya sendiri, dan dalam kes ini, pereka tersebut tidak memberi perhatian yang sewajarnya dalam merekacipta logo ini.”

“3. Mengandungi terlalu banyak ‘fon’. Bilangan maksimum haruslah dua sahaja, apa-apa yang lebaih daripada itu akan mengelirukan”.

“4. Ianya telah direkacipta oleh seorang amatur yang tidak mempunyai latihan atau kelayakan dalam rekacipta.”

“5. Bendera Malaysia itu merupakan satu ‘stock art’. Sesiapapun boleh muat turun ‘stock art’ ini dan menggunakannya juga.”

“Ini merupakan satu penghinaan kepada semua apabila kerajaan meluluskan rekacipta yang hodoh ini sebagai satu logo. Kepada semua rakyat Malaysia, kita boleh mereka cipta logo yang jauh lebih baik daripada ini!

“Pastikan Ianya Mudah, Bodoh”

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus memanggil satu mesyuarat Kabinet tergempar untuk mengubah tanggapan, tema dan logo ‘memecahbelah’ sambutan Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia, sekiranya kedua-dua logo Hari Merdeka dan pucuk pimpinan Najib tidak mahu menjadi bahan ketawa di negara ini.


*Lim Kit Siang, DAP Parliamentary Leader & MP for Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional