red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://lokesiewfook.blogspot.com/ 

 

 

Kenyataan media oleh Loke Siew Fook di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 8hb Jun 2012:

DAPSY mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Penggajian Tinggi Datuk Khaled Nordin membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL

DAPSY mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Penggajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengarahkan PTPTN untuk membekukan pinjaman kepada pelajar UNISEL yang jelas merupakan satu langkah politik untuk menyerang Pakatan Rakyat. Tindakan seumpama ini adalah manifestasi "politik dendam" yang dihalalkan oleh pimpinan UMNO untuk menjatuhkan maruah dan intergriti Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

Alasan Khaled Nordin untuk membekukan pinjaman PTPTN tersebut adalah untuk mencabar Pakatan Rakyat untuk melaksanakan dasar pendidikan percuma ialah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali dan tidak masuk akal. Dasar pendidikan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dalam sistem pentadbiran Negara kita dan Kerajaan Negeri tidak mempunyai bidang kuasa mahupun sumber kewangan untuk membiayai perbelanjaan pendidikan.

Tindakan untuk memangsakan pelajar-pelajar UNISEL untuk tujuan politik adalah sesuatu yang keterlaluan dan telah melangkaui segala batasan dalam budaya politik Negara kita. Saya yakin ada juga segelintir pemimpin dalam Kerajaan Barisan Nasional yang kurang senang dan tidak akan bersetuju dengan tindakan seumpama ini terutama sekali Timbalan Menteri Penggajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang mempunyai fikiran yang terbuka dan progresif.

Namun, suara-suara kesederhanaan (moderate voices) dalam Barisan Nasional semakin dipinggirkan dalam arus perdana pentadbiran dan yang memacu segala tindak-tanduk pentadbiran hari ini adalah terdiri dari golongan ˇ°hawkishˇ±. Golongan ini akan terus menggunakan pendekatan keras dengan penuh perasaan dendam dalam segala hal-ehwal pentadbiran. Rakyat Malaysia mesti bangkit menolak golongan ˇ°hawkishˇ± ini dan membawa balik politik Malaysia berlandaskan arus kesederhanaan di bawah Pakatan Rakyat.

DAPSY juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menunjukkan kepimpinan dalam isu ini dan terus mengarahkan Kementerian Penggajian Tinggi membatalkan pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar UNISEL supaya proses penggajian di Universiti tersebut kembali ke proses biasa.


* Loke Siew Fook, Ketua Pemuda Sosialis DAP & Ahli Parlimen Rasah

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional