http://drboochenghau.blogspot.com/
Ucapan menjunjung kasih ke atas Titah DYMM Sultan Johor oleh ADUN Skudai Dr. Boo Cheng Hau sempena Perasimian Penggal Kelima Dewan Negeri ke-12 pada hari Isnin, 18hb Jun 2012: Ucapan menjunjung kasih ke atas Titah DYMM Sultan Johor Selamat pagi dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato Speaker, Saya ingin mengambil bahagian untuk membahaskan usul menjunjung kasih ke atas Titah DYMM Sultan Johor sempena pembukaan rasmi Penggal Kelima Dewan Negeri Johor kedua belas. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku kerana sudi menyampaikan Titah Baginda kepada Dewan yang mulia ini pada 14 Jun. Y.B. Dato' Speaker, Dalam empat bulan pertama tahun ini Negeri Johor telah mencapai pelaburan RM 2.4 bilion berbanding dengan seluruh MALAYSIA yang memperolehi pelaburan berjumlah RM17.9 bilion. Daripada jumlah itu RM7.8 bilion adalah pelaburan langsung asing (FDI), manakala bakinya RM 10.1 bilion adalah pelaburan domestik. Johor mangambil tempat ketiga iaitu jumlah pelaburan RM 2.4 bilion di belakang Sabah RM 4.7 bilion dan Selangor RM 4.5 bilion. Sebenarnya Johor dan Iskandar Malaysia belum mencapai potensi maksimum untuk menarik pelaburan asing dan domestik. Yang Berhormat Dato Speaker, Menurut statistik yang dibekalkan oleh MIDA, pada tahun 2011, menurut nilai pelaburan, Penang dapat menarik pelaburan yang paling tinggi iaitu RM9.1 billion, Selangor (RM8.7 billion), Sarawak (RM8.5 billion), Johor (RM6.6 billion) and Kedah (RM6.1 billion). Jelasnya pada tahun 2011, 3 dari 5 negeri yang mendapatkan pelaburan yang paling tinggi adalah negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Saya yakin jika pada masa akan datang Negeri Johor ditadbir oleh Pakatan Rakyat, Iskandar Malaysia akan menjadi tumpuan pelaburan domestik dan asing yang paling hangat jika berbanding dengan negeri lain. Yang Berhormat Dato Speaker, Iskandar Malaysia terpaksa bersaing dengan wilayah pembangunan lain termasuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Sabah Corridor of Renewable Energy, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Koridor Pembangunan Sabah. Menurut Statistik MITI, pada tahun 2011, Wilayah Ekonomi Koridor utara Berjaya menarik pelaburan sejumlah RM 15.3 bilion, Sarawak Corridor of Renewable Energy (RM8.2 billion), Iskandar Malaysia (RM5.7 billion), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (RM4.6 billion) and Sabah Development Corridor (RM900 million). Maka masih ada lagi ruang untuk Negeri Johor dan Iskandar Malaysia mencapai tahap pelaburan domestik dan asing yang lebih cemerlang berbanding dengan negeri lain dan wilayah pembangunan ekonomi lain. Kenapa tiga-tiga negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kedah menjadi negeri paling popular untuk pelaburan asing? Mengapa Wilayah Ekonomi Koridor Utara menarik pelaburan yang paling tinggi berbanding dengan Iskandar Malaysia? Yang Berhormat Dato Speaker, Perubahan dasar-dasar kewangan kerajaan bertujuan meyakinkan para pelabur adalah amat mustahak. Jika tidak, pelabur asing akan meninggalkan Negara ini. Menurut statistik dari Jabatan Perangkaan, pada suku pertama tahun ini, FDI yang keluar dari Negara ini RM 16.91 bilion adalah dua kali ganda FDI yang memasuki Negara ini iaitu RM 7.48 bilion. Oleh yang demikian, keadaan ini amat merisaukan kerana FDI bersih yang keluar dari Negara ini adalah RM 9.43 bilion pada suku tahun pertama tahun ini berbanding dengan kehilangan FDI bersih sebanyak RM 10 bilion pada tahun 2011. Adalah dijjangka FDI tahun ini akan merosot berbanding dengan tahun lalu. Maka keberkesanan ETP atau Program Transformasi Ekonomi yang diheboh-hebahkan untuk menarik pelaburan asing langsung amat diragui. Yang Berhormat Dato Speaker, Kekurangan ketulusan dasar kewangan masih menjadi halangan kepada kedatangan pelaburan asing secara besar-besaran. Contohnya, setakat ini SPRM belum mengambil tindakan kepada tuduhan terhadap bekas CEO Iskandar Investment Berhad yang disyaki terlibat dalam penyelewengan dalam proses memberikan projek infrastruktur GLC berkenaan. Keberkesanan SPRM menyelesaikan kes-kes penyelewengan pengurusan GLC amat mustahak untuk menyakinkan para pelabur bahawa kerajaan berazam untuk menwujudkan dasar-dasar kewangan yang tulus. Yang Berhormat dato Speaker, Malangnya jika SPRM dan kerajaan gagal mengambil tindakan atau memberikan jawapan yang memuaskan terhadap kes penglibatan bekas CEO IIB dalam penyelewengan mengurniakan projek infrastruktur, ini telah menghakiskan keyakinan para pelabur khasnya pelabur asing terhadap Iskandar Malaysia. Oleh itu, salah satu sebab kedatangan FDi tidak begitu memuaskan seperti yang dijangka adalah disebabkan kerajaan kekurangan keazaman untuk menegaskan dasar kewangan yang lebih tulus. Yang Berhotma Dato Spekaer, Pemberian kontrak GLC atau kerajaan oleh pihak terbabit kepada ahli keluarga sendiri, mendapatkan sogokan daripada kontraktor adalah tuduhan yang serius. Jika kerajaan membiarkan isu sedemikian tanpa sebarang tindakan proaktif, kerajan akan dianggap seolah-olah membenarkan tindak laku sedemikian terus berlaku, para pelabur akan menjauhi dari Iskandar Malaysia malahan negara ini. Budaya Toleransi sifar terhadap rasuah mesti dipupuk jika kita menghargai pelaburan asing dan domestik. Demi mengelakkan FDI seterusnya meninggalkan Negara ini, kes-kes melibatkan CEO GLC sepatutnya dibicara di makahmah. Yang Berhormat Dato Speaker, Pada pandangan para pelabur: Jika RM 256 juta wang projek lembu boleh digunakan untuk membeli 3 buah kondominium yang bernilai RM 45 juta di Anthony Road, Orchard Scotts, Singapura, apatah lagi rasuah tidak akan dilakukan oleh mana-mana ketua GLC atau Menteri lain di negara ini? Jangalah kita hidup dalam penyakit "Denial Syndrome" kerana para pelabur akan menjauhi dari Negara ini termasuk Iskandar Malaysia jika kita tidak meperbaiki isu rasuah menteri-menteri kita. Yang Berhormat Dato Spekaer, Untuk mengelakkan peyelewengan dalam proses memberikan projek infrastruktur kerajaan, tidak ada kaedah selain dari pemberian kontrak kerajaan dan GLC secara tender terbuka yang akan menglibatkan syarikat swasta setempat dan syarikat antarabangsa. Pemberian kontrak kerajaan secara tertutup akan menghakiskan keyakinan para pelabur asing dan domestik. Contohnya, pemberian projek menaiktaraf Lebuhraya Johor Bahru-Pasir Gudang dari 4 lorong ke 6 lorong dan Projek Menaik taraf Lebuhraya Muar-Tangkak-Segamat Pakej 1B secara tender tertutup lagi menghakis kepercayaan dan keyakinan para pelabur asing terhadap Iskandar Malaysia keranan kerajaan kekurangan keazaman untuk menwujudkan dasar kewangan yang tulus. Sebenarnya, menurut garis panduan Kementerian Kewangan, Cuma projek-projek bernilai RM 5 juta ke bawah diizinkan tender terhad tetapi projek menaiktaraf Lebuhraya Muar-Tangkak-Segamat Fasa 1B dan Lebuhraya Johor Bahru-Pasir Gudang telah diluluskan tender sebanyak RM 150 juta dan RM 148 juta masing-masing secara tender tertutup. Yang Berhormat dato Speaker, Para pelabur termasuk asing dan domestik mesti bertanya-tanya: kenapa projek bernilai berjuta-juta ringgit ditender secara tertutup? Bagaimanakah mereka boleh diyakinkan bahawa keputusan JKR dalam dua-dua projek ini adalah tulus dan adil? Saya difahamkan bahawa kontrak projek menaiktaraf Lebuhraya Fasa 1B Muar-Tangkak-Segamat ditawarkan di antara 5 kontraktor sahaja secara tertutup tetapi garis panduan kementerian kewangan menghendaki sekurang-kurangnya 10 kontraktor menglibatkan diri. Malahan saya juga difahamkan projek menaiktaraf Lebuhraya Pasir Gudang bukan ditawarkan kepada harga tender yang paling rendah di antara 6 buah syarikat yang menceburi tender manakala sekurang-kurangna 10 buah syarikat bumiputera dikehndaki untuk mnglibatkan diri dalam tender terhad. Jika tender bukan diluluskan kepada kontraktor menewarkan tender terrendah walaupun secara tertutup, kenapa hendak ditender pula? Tender projek tidak boleh dipersendakan sebab ianya akan menjejas keyakinan para pelabur. Yang Berhormat dato Speaker, Para pelabur bukannya bangang tetapi mempunyai maklumat terperinci untuk menentukan tempat pelabruan mereka. Maka FDI bersih keluar dari Negara ini pada suku tahun pertama tahun ini sejumlah RM 16.91 bilion, yakni dua kali ganda FDI yang memasuki Negara ini iaitu RM 7.48 bilion. Oleh itu, SPRM sewajarnya membuktikan kewibawaan dan integritinya selepas Kes Teo Beng Hock yang dikatakan menglibtakan RM 2 ribu sahaja, kes-kes disyaki menglibatkan jutaan ringgit termasuk bekas CEO Iskandar Investment Berhad, projek-projek infrastruktur dan lebuhraya yang disyaki diberikan dalam peti hitam perlu disiasat, dan dikenakan tindaksan serta berjawab kepada kalangan awam dan Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat dato Speaker, Jika Iskandar Malaysia ingin mencapai tempat tumpuan pelaburan asing yang paling hangat, selain dari projek kerajaan ditawar secara tender terbuka kepada bukan sahaja para pelabur domestik bahkan kepada pelabur asing. Para pelabur setempat perlu menghapuskan pemikiran "business tribalism" atau "Tribalisme dalam bidang bisines". Jika parti politk berasaskan kaum disifat sebagai 'political tribalism' atau 'tribalisme politik', malangnya bapa borek anak rintik, (agknya susah) untuk kita menyatukan bidang bisnes tanpa kira kaum barulah satu kaedah yang paling fektif untuk kita mempelapori pasaran antarabangsa. Para pelabur telah mangkaji keadaan bisines dan politik dalam negeri sebelum membuat keputusan sama ada melabur di Iskandar Malaysia atau tidak. Minda politik dan bisines yang terbuka dan tidak berasaskan tribalism adalah amat penting untuk menarik pelaburan ke Iskandar Malaysia dan justeru membangun Negeri Johor ke tahap Negeri maju. Yang Berhormat Dato Speaker, Dewan-dewan peniaga berasaskan kaum sepatutnya digabung semula di bawah satu entiti terbaru serta mempelapori pasaran antarabangsa dengan konsep "blue sea tactic", Negeri Johor sepatutnya menjadi idaman negeri lain dengan mengambil langkah-langkah yang berani, khasnya membuang minda tribalisme dalam cara kita berniaga, untuk memajukan Iskandar Malaysia dan Negeri Johor. Perpaduan semua kalangan masyarakat khasnya dunia bisines amat genting untuk meyakinkan para pelabur bahawa kita bersedia bersaing di arena antarabangsa. Maka projek-peojek kerajaan boleh dibuka kepada pelabur setempat dan asing secara terbuka untuk meyakinkan mereka Iskandar Malaysia berazam untuk berubah serta memerangsang pertumbuhan FDI di Iskandar Malaysia. YB Dato' Speaker, Saya baru-baru ini atas jemputan penduduk setempat Pengerang telah menunjungi tapak RAPID dan merasai ketidakpuasan penduduk di Pengerang di mana kampong halaman mereka akan dihapuskan. Projek RAPID di Pengerang telah mencetuskan beberapa kontrovesi sebab para penduduk dan nelayan terbabit tidak diberikan rancangan penempatan semula tempat kediaman dan pekerjaan mereka pada jangka masa panjang. Rancangan RAPID yang kurang sempurna bukan sahaja akan membawa impak negatif politik, malahan rezeki 28 ribu penduduk akan lenyap termasuk peladang, nelayan, pengusaha akuakultur, pengusaha eko-pelancongan, pengusaha hotel, rumah tumpangan dan sebagainya. (Tapi, tadi bila ditanya EXCO yang berkenaan, beliau pun tad tahiu apa rancangan yang terpeeinci untuk membantu penduduk di Pengerang). Selain itu, isu pengambil tanah mesti ditangani dengan adil dan kerja menglibatkan RAPID mesti professional. Saya difahamkan tanah miliki syarikat Robert Kok di Sungai Kapal telah diceroboh seluas 6,000 meter persegi sewaktu kerja penambakan laut dilakukan. Peristiwa ini memang menggelikan hati sebab tanah syarikat Robert Kok sebagai seorang penasihat kepada IRDA telah diceroboh atas kesilapan juruukur syarikat terbabit dalam RAPID. Kesilapan ini walaupun nampaknya remeh temeh tetapi kesilapan kurang profesyenal ini tentu akan menggugat keyakinan pelabur asing dalam sektor industri berkenaan justeru kerajaan sepatutnya bertanggungjawab memberikan maklumat terperinci berkenaan penempatan semula sekolah-sekolah, tempat ibarat, temapat kediaman dan pekerjaan. Yang Berhormat Dato Speaker, Walaupun projek RAPID bermula tanpa menjamin rezeki dan masa depan para penduduk dan kampong halaman mereka akan dihapuskan begitu sahaja, kerajaan (Barisan Nasional) terlalu yakin mereka akan memenangi kawasan Parlimen Pengerang dan DUN Tanjung Surat. Nampaknya YB Tanjung Surat senyum dan relak sahaja walaupun kampung-kampung tradisional dan tapak perkuburan Islam dan Tionghua dimushnahkan tanpa pelan jelas penempatan semula. Seorang penduduk Teluk Empang, Hong Thian Hwa, mengadu tapak kubur nenek moyangnya sejak tahun 1935 telah dikorek oleh kontraktor tanpa sebarang notis diberikan kepada keluarganya. Kekurangan kepekaan pihak kontraktor dan kerajaan kepada adat istiadat penduduk setempat adalah amat mengejutkan. Tambahnya tanah perkuburan Tionghua Kampung Jawa bersejarah lebih 150 tahun mempunyai 3000 tanah kubur; Jawtankuasa tanah kubur berkenaan amat geram terhadap kegagalan kerajaan memberikan maklumat yang jelas berkenaan tapak penempatan baru dan pampasan. Oleh itu, mereka enggan memindahkan tapak kubur berkenaan sehingga kerajaan menentukan penyelesaian yang lebih munasabah. Saya juga dimaklumkan bahawa tiga-tiga tanah perkuburan Islam di Kawasan Pengerang iaitu Teluk Empang, Langkah Baik dan Kpg Keluarga Hj Ahmad telah diberhentikan operasi dan tapak baru perpindaan belum ditentukan lagi. Kalangan Umat Islam berasa kecewa sebab kerajaan belum ada tapak baru yang tentu untuk mereka menguburkan mayat kematian baru. Yang Berhormat Dato Speaker, Rancangan perpindahan sekolah-sekolah, tempat ibarat Tonghua dan masjid pun tidak ada pelan yang konkrit. Contohnya, SJK(C) Pei Cheng, Kampung Baru Rangkaian Jawa dibina dengan perbelanjaan RM 1.1 juta . Setakat ini Kementerian Pelajaran belum memaklumkan sebarang rancangan yang konkrit untuk menempatkan semula sekolah itu, termasuk siapa yang akan menanggung pembinaan sekolah baru di tapak baru? Seseorang nelayan diberikan 'wang saguhati atau Ang Pao' di antara RM 15-30 ribu. Amuan wang saguhati ini tidak akan meyelesaikan permasalahan kehingan rezeki para nelayan; maka kerajaan negeri gagal menjaminkan masa depan para nelayan d Pengerang. Para penduduk berasa tercicir sebab kerajaan setakat ini tidak prihatin kepada mereka yang telahs mengalami kehilangan rezeki selepas pelancaran projek RAPID. Yang Berhormat Dato Spekaer, Jelasnya projek RAPID akan membawa maanfaat kepada segelintir elit kaya tetapi menghapuskan rezeki dan kampung halaman 28,000 penduduk Pengerang. Walaupiun pihak berkenaan menjanjikan pampasan RM 2 setiap kaki persegi untuk tapak kediaman yang akan diambil oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah, tetapi amaun pampasan tersebut tidak diterima oleh para penduduk kerana terlalu sdkit memandangkan hak milik tanah mereka adalah pajakan bebas dan pajakan 99 tahun. Penduduk juga tidak puas hati rumah-rumah baru di Punggai sebab lebih kecil berbanding dengan rumah kampung yang mereka menduduki sekarang; Yang Berhormat Dato Speaker, Walaupun projek RAPID ini pada jangka masa pendek mendatangkan faedah ekonomi kepada segelintir elit kaya, tetapi akan menghapuskan industri tradisional termasuk sektor perladangan, perikanan, perusahaan akuakultur, eko-pelancongan, perhotelan dan sebagainya; sebelum ini kerajaan telah gagal mempertingkatkan indutri-industri mesra alam sekitar ini tetapi menggantikan industri minyak dan gas yang akan menjejaskan alam sekitar di Pengerang. Yang Berhormat Dato Speaker, Isu RAPID menglibatkan isu alam sekitar, ekonomi dan politik. Biarlah ahli politik dan NGO memperbahaskan penyeleisaian untuk meyelamatkan masa depan penduduk kawasan Pengerang. Kerajaan gagal memodenkan industri-industi aal khasnya akkuakultur dan pelancongan setakat ini tetapi di sebaliknya membangunkan projek RAPID yang dikatakan bernilai RM 6 bilion kepada elit kaya segelintir. Faedah kepada penduduk setempat masih tidak menentu. Maka kegagalan kerajaan memberikan maklumat dan rancangan penempatan semula kediaman dan pampasan yang memuaskan telah menjejaskan imej keberkesanan kerajaan pada jangka masa panjang akan membawa kesan buruk kepada pembangunan Iskandar Malaysia. Yang Berhormat Dato Speaker, Keberkesanan dan keprihatinan PBT amat mustahak sebab infrastruktur tempatan yang bersih, kemas dan teratur akan lagi meyakinkan para pelabur dan penduduk setempat. Kita memerlukan khsanya PBT-PBT menghadapi dengan izinnya, Paradigm Shift dalam minda kita. Baru-baru ini MPJBT menjalankan kerja penurapan baru jalan-jalan raya di Taman Ungku Tun Aminah. Para penduduk mengalu-alukan kerja penurapan baru berkenaan tetapi kerja yang dijalankan semasa waktu sibuk siang telah memndatangkan kesesakan lalu lintas yang tidak diingini. Maka PBT sepatutnya mengarahkan kontraktor supaya menjalankan kerja penurapan waktu malam dan awal pagi untuk mengelakkan kesesakan trafik pada waktu sibuk. Walaupun ini merupakan perkara yang remeh, tetapi juga menunjukkan PBT kita masih memerlukan sikap yang lebih prihatin kepada kehendak pelanggan termasuk penduduk setempat dan pelabur asing. Jika PBT kurang peka kepada perkara yang remeh sebegitu, bagaimana PBT dapat melayan kehendak pelabur asing yang lebih tinggi khasnya kepada keberkesanan PBT untuk meluluskan projek-projek pembagunan di Iskandar Malaysia. Yang Berhormat Dato Speaker, Penduduk Taman Damai Jaya telah memohon MPJBT untuk mendirikan padang bola sepak di Jalan Aman 3 sebab tapak lama telah ditentukan untuk pembinaan sekolah agama. Walaupun Taman Damai Jaya mempunyai Stadium Mini Futsal berbayar, para penduduk dan kelab-kelab bola sepak masuh memerlukan padang bola sepak terbuka untuk berlatih sebab mereeka dikenakan pembayaran RM 60 satu jam (untuk menggunakan Stadium Mini Futsal). Yang Berhormat Dato Speaker, Saya telah beberapa kali cuba berjumpa dengan Pegawai Daerah Johor Bahru untuk memperbincangkan beberapa aduan penduduk. Malangnya bukan sahaja saya gagal hendak mendaptkan temujanji (melalui sms dan panggilan telefon), malahan kerani pun tidak ada pada waktu kerja termasuk sesi pertemuan rakayat oleh ketua Jabatan pada petang hari khamis yang ditentukan oleh Menteri besar beberapa tahun dahulu. Pada suatu pagi, jam 11, bukan sahaja DO tidak ada dalam pejabat malahan keraninya pun dikatakan 'telah pergi minum'. Adakah sikap ini sikap yang betul bagi mana-mana Jabatan kerajaan? Bolehkan kita meyakinkan para pelabur dengan sikap bekerja Ketua Jabatan sedemikian? Yang Berhormat Dato Speaker, Jika kita ingin menjayakan Iskandar Malaysia ,kita terpaksa berubah sikap dan menghadapi satu Paradigm Shift dalam minda kita semua lapisan masyarakat supaya lebih prihatin kepada kehendak dan persaingan di arena antarabangsa. Sekianlah ucapan perbahsan saya, terima kasih. * Dr. Boo Cheng Hau, DAP Johor State Chairman & SA for Skudai
|