Surat oleh Lim Guan Eng kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato Seri Chor Chee Heung atas Rumah Hijau Mak Mandindi pada hari Selasa, 19hb Jun 2012: Surat kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato Seri Chor Chee Heung atas Rumah Hijau Mak Mandin 19 Jun 2012 YB Dato' Seri Chor Chee Heung Yang Berhormat Dato' Seri, PEMBINAAN 350 UNIT RUMAH PANGSA DI TAPAK RUMAH HIJAU MAK MANDIN SEBAGAI GANTIAN BAGI LEBIH 300 BUAH KELUARGA SETINGGAN RUMAH HIJAU MAK MANDIN DAN BUKAN HANYA 70 BUAH KELUARGA YANG DIPINGGIRKAN EKORAN PENSWASTAAN TANAH OLEH KERAJAAN BN LAMA Kami merujuk kepada surat Jabatan Perumahan Negara Ruj(2) KPKT(S) 06/A/864/2/3 oleh Dato Ramlan bin Harun tanggal 17 Mei 2012 berkaitan perkara di atas. 2. Perlu ditegaskan bahawa maklumat yang diperolehi oleh pihak Kementerian adalah tidak tepat kerana pembinaan rumah pangsa bukan hanya membabitkan 70 buah keluarga tetapi lebih 300 buah keluarga. Oleh itu kos pembiayaan oleh pihak Kerajaan Persekutuan harus merangkumi kos pembinaan 350 unit rumah pangsa sebagai gantian bagi lebih 300 buah keluarga setinggan Rumah Hijau Mak Mandin di Butterworth yang telah dipinggirkan ekoran penswastaan tanah oleh Kerajaan BN lama sebelum 2008. Adalah tidak patut rumah pangsa disediakan untuk hanya 70 buah keluarga dan bukan keseluruhan lebih 300 keluarga itu. 3. Kerajaan Negeri ingin menyatakan persetujuan (dan bukannya untuk dipertimbangkan) untuk menyediakan sebidang tanah bagi menampung pembinaan 350 unit rumah pangsa sama ada bersebelahan atau bertentangan dengan tapak rumah hijau yang sedia ada. Butiran terperinci tanah tersebut akan dihantarkan kepada pihak YB dalam masa terdekat. 4. Oleh yang demikian, adalah diharapkan pihak Kementerian boleh memberikan komitmen persetujuan geran wang peruntukan untuk tujuan ini dan bukannya hanya dipertimbangkan sahaja di dalam Rolling Plan Ketiga (RP-3). Kegagalan memberikan komitmen persetujuan geran secara langsung telahpun menimbulkan kerisauan penduduk bahawa ia hanya janji kosong yang akan dilupakan selepas pilihanraya besar. 5. Adalah diharapkan YB boleh memberikan komitmen secara hitam putih untuk menyelesaikan masalah bertahun-tahun ini dan membolehkan ianya direalisasikan demi kebahagiaan lebih 300 keluarga di kawasan tersebut. Jawapan awal dinanti-nantikan. Sekian, terima kasih. 'CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS' Yang ikhlas, LIM GUAN ENG s.k. Persatuan Penduduk Rumah Hijau Bagan, Mak Mandin *Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
|