red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 23hb Jun 2012: 

Najib hanya dapat meyakinkan rakyat Malaysia loji pemprosesan nadir bumi adalah selamat sekiranya sisa disimpan di belakang kediaman PM 

Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak hanya dapat meyakinkan rakyat Malaysia bahawa "fakta saintifik" telah membuktikan loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corp di Gebeng, Pahang adalah selamat sekiranya sisa disimpan di belakang kediaman perdana menteri. Rakyat sudah pun membuat keputusan mengenai keselamatan loji pemprosesan nadir bumi apabila mereka boleh lihat dengan jelas bahawa kerajaan Australia enggan mengambil kembali sisa nadir bumi dan juga apabila loji Lynas itu tidak ditempatkan di Putrajaya tetapi di kalangan rakyat biasa di Gebeng.

Lihat betapa kurang sensitifnya Perdana Menteri apabila beliau mengungkapkan kebimbangan mengenai kesihatan dan keselamatan awam sebagai "kebimbangan rekaan", apabila beliau, isteri serta anak-anaknya tidak perlu menghadapi risiko sekiranya apa-apa berlaku. Jika Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin tidak berani menunaikan janji untuk tinggal di sebelah loji Lynas, bagaimanakah Najib boleh menyatakan bahawa tidak ada fakta-fakta saintifik yang dapat menimbulkan keraguan mengenai keselamatan awam atau persekitaraan?

Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak ingin membenarkan Lamp untuk beroperasi kerana BN lebih mementingkan keuntungan daripada kesihatan rakyat. Kegagalan untuk mendengar kebimbangan rakyat ini menonjolkan perbezaan antara BN dan PR dalam pendirian persekitaraan di mana PR ingin menutup Lamp.

Najib belum menjelaskan kenapa Lynas perlu berkunjung beribu-ribu batu untuk mengangkut bijih nadir bumi yang dilombong di Australia Barat ke Kuantan, sedangkan kos untuk membinanya di Australia adalah lagi murah? Najib harus belajar daripada kerajaan Australia yang mementingkan kebajikan, kesihatan dan persekitaraan rakyat daripada keuntungan.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional