red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 3hb Jun 2012: 

Sebab sebenar Mahathir semakin risau adalah segala skandal kewangan dalam jangkamasa 22 tahun sebagai Perdana Menteri akan terbongkar

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kelihatan semakin aktif dalam dua minggu ini dengan lemparan fitnah mengenai keadaan politik negara ini dan kini giat untuk menafikan kemungkinan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan Pilihanraya Umum Ke-13 mengikut pelannya dalam bulan Jun/Julai.

Dalam 2 minggu ini, apa yang telah Mahathir lakukan adalah:

  • Membuat dakwaan yang liar dan tidak masuk akal bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu penyediaan oleh Pakatan Rakyat untuk mencetuskan rusuhan dan kekecohan untuk menolak keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 sekiranya pihak pembangkang gagal memenanginya;

  • Dakwaan lagi apabila memberi amaran bahawa jika UMNO ditumpaskan maka hilanglah kuasa Melayu di tanahair sendiri, terutamanya apabila Pakatan Rakyat yang memayungi PKR, PAS dan DAP menggantikan UMNO/BN;

  • Dan ulangan demi ulangan mengenai kelemahan dalam kerajaan Najib akibat kepimpinan Badawi, yang jelas belum bersedia untuk Pilihanraya Umum Ke-13 yang nampaknya ditunda sehingga selepas bulan Ramadan yang akan berakhir dalam bulan Ogos.

Walaubagaimanapun, sebab sebenar Mahathir risau dalam dua minggu ini dan melemparkan dakwaan demi dakwaan adalah kerana bekas Perdana Menteri ini semakin rimas yang isu skandal kewangan dalam jangkamasa 22 tahun pimpinan beliau akan terbongkar sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandate untuk membentuk kerajaan baru dalam pilihanraya yang akan datang.

Dalam satu forum semalam di Pulau Pinang diatas skandal kerugian pertukaran asing Bank Negara yang berjumlah RM30 bilion, Dr Rosli Yaakop, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara telah tampil kehadapan untuk memberikan maklumat.

Rosli telah memberikan empat nama dalam “forex scandal elite club masters” – bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin, bekas Gabenor Bank Negara mendiang Jaffar Hussein dan Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk Unit Perancang Ekonomi Kerajaan Nor Mohamed Yakcop sebagai parti yang bertanggungjawab keatas kerugian besar yang dialami oleh Bank Negara selama 2 dekad.

Kata Rosli, Jaffar dan Nor merupakan dalang terbesar dalam skandal ini kerana telah menokok-tambah mengenai spekulasi aktiviti forex yang jelas menentang prinsip-prinsip bank pusat.

Katanya, kedua-dua mereka telah membuat spekulasi tidak bertanggungjawab dan telah mempertaruhkan keselamatan asset-aset Bank Negara tanpa menghiraukan apa akan berlaku.

Rosli telah menuduh Nor, selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor, kerana telah mengakibatkan kerugian firex secara langsung kerana dia seorang yang telah diberikan tugas untuk membuat spekulasi untuk mempertaruhkan matawang Ringgit Malaysia terhadap matawang asing.

Kata Rosli, Nor yang pada masa itu penasihat Bank Negara yang dipertanggungjawabkan dengan bahagian pelaburan, didapati akan menggunakan komputernya dan computer staf-staf yang lain untuk membuat spekulasi ini dalam pasaran matawang asing.

Ini telah mengakibatkan peserta forex antarabangsa percaya bahawa Bank Negara mempunyai ramai pedagang pasaran yang agresif.

“Tetapi hakikatnya adalah Nor Yakcop yang telah melakukan kerja ini.”

Kata Rosli bank pusat hanya terlibat dalam pasaran spekulatif forex secara besar-besaran semasa Daim memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

“Arahan untuk merebut peluang menggunakan forex untuk sebagai sumber pendapatan diberikan oleh Daim bersama dengan restu Mahathir,” kata Rosli. Jaffar adalah Gabenor pak turut atau “yes man” mereka pada masa itu.

Dalam tahun 1992, Bank Negara telah membuat satu pertaruhan dengan Paun Britain. Ia membeli matawang tersebut manakala George Soros menjual.

Apabila nilai matawang Paun menyusut, Bank Negara kerugian USD 5.5 bilion dan George Soros telah memperoleh keuntungan USD 1.7 bilion.

Bank Negara kemudiannya menyatakan yang kerugian yang dialami adalah ‘paper loss’ bernilai hanya RM9.3 bilion.

Kata Rosli, anggaran pakar-pakar berhubung pendedahan kerugian sebenarnya adalah diantara USD27 sehingga USD33 bilion iaitu lima kali ganda simpanan rizab asing dan seluruh asset bernilai USD20.7 bilion dalam tahun 1992.

Saya telah membuat anggaran didalam sidang Parlimen 2 dekad yang lalu bahawa Bank Negara telah mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi Bank Negara telah mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993.

Kata Rosli semalam, dakwaan kerugian oleh Bank Negara telah “diperkecilkan secara berskema” (schematically understated), melalui penilaian semula pegangan emas (gold holdings) dan penilaian semula pelaburan sebut harga (quoted investment).

Rosli telah menyatakan juga seruan saya dalam dewan Parlimen pada masa itu supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal forex Bank Negara tidak diendahkan kerana penyiasatan terbuka seperti ini akan membawa bencana politik kerana perincian skandal tersebut boleh menjejaskan reputasi orang-orang berpangkat tinggi yang terbabit yang amat memalukan.

Kata Rosli, ramai akan dipenjarakan kerana elemen jenayah wujud dalam skandal forex. Elemen-elemen jenayah ini termasuklah kecuaian, penyalahgunaan kuasa, pemalsuan akaun, “perakaunan kreatif”, memberi maklumat salah, pecah amanah dan rasuah.

Dalam forum yang berlangsung di Pulau Pinang semalam, Rosli telah memberi cadangan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih sebagai kerajaan pusat, penyiasatan skandal forex Bank Negara 1992 mesti disambung semula.

Saya menyokong penuh cadangan Rosli ini. Sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum yang akan datang, satu Suruhanjaya Siasatan Diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai RM30 bilion dalam 1992, serta terhadap semua skandal-kewangan selama tempoh 22 tahun Mahathir sebagai pemimpin negara.

Dalam buku Barry Wain, yang bertajuk “Malaysian Maverick”, dalam empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir jumlah kerugian yang dialami oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM100bilion.

Dan pendedahan inilah yang membuatkan Mahathir resah dan takut.

Semalam, bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup diatas persubahatan dalam pembunuhan peserta-peserta dalam kebangkitan dalam negaranya tahun lepas.

Saya tidak memberi cadangan yang Mahathir mesti dijatuhkan hukuman penjara bagi skandal-skandal kewangan dalam tempoh 22 tahun sebagai pemimpin negara, tetapi sekurang-kurangnya rakyat Malaysia berhak untuk mendapat kebenaran berhubung skandal kewangan yang akan menjadi satu pengajaran yang baik supaya tidak diulangi.

Akan tetapi, apa yang jelas adalah ini bukanlah sesuatu yang Mahathir mahukan dan akan bermati-matian untuk mengelakkan apa-apa bentuk pendedahan termasuklah mengeluarkan tuduhan fitnah mengenai Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum yang akan datang.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional