Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 4hb Jun 2012: Jaminan Hishammuddin supaya keadaan terkawal semasa dan selepas GE tidak membawa apa-apa makna Setelah sekian lama senyap, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memberi jaminan bahawa pihak berkuasa akan mengekalkan keamanan dan ketenteraman tidak kira apa pun sekiranya wujud percubaan untuk mencetuskan huru-hara semasa dan selepas pilihanraya yang akan datang ini. Kata beliau, pihak polis akan bertindak secara saksama dan adil dan berlandaskan kepada undang-undang yang ada untuk mengekalkan ketenteraman dengan kenyataan, “Sesiapa yang didapati mengengkari undang-undang akan didakwa untuk mempastikan keselamatan orang awam. Keselamatan awam akan diberikan kepentingan paling utama”. Walaubagaimanapun, kenyataan Hishammuddin telah gagal memberi jaminan sepenuh kepada rakyat Malaysia diatas dua sebab berikut:
Jaminan Hishammuddin bahawa “ketenteraman akan dikekalkan semasa dan selepas Pilihanraya Umum” tidak membawa apa-apa makna sekiranya Najib dan Menteri-menteri UMNO tidak memberi komitmen bersungguh-sungguh bahawa BN akan tinggalkan Putrajaya secara aman sekiranya ditumpaskan dalam pilihanraya yang akan datang – terutama sekali selepas kenyataan “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa" didalam Perhimpunan Agung UMNO dua tahun yang lepas. Adakah Hishammuddin bersedia untuk memberikan jaminan peribadinya sebagai Menteri Dalam Negeri bahawa UMNO dan BN akan meninggalkan Putrajaya secara aman jika ditumpaskan dalam pilihanraya umum yang akan datang, tetapi untuk mendapatkan komitmen jaminan yang sama daripada Perdana Menteri, Kabinet Menteri dan UMNO/Majlis Tertinggi Barisan Nasional memang diragu-ragukan. Ini tidak berkaitan jika Pakatan Rakyat benar-benar yakin untuk memenangi Putrajaya dalam pilihanraya umum yang akan datang, tetapi jika pimpinan UMNO/BN boleh lulus dalam ujian ini sebagai warga democrat Malaysia yang bersedia untuk menerima hak-hak asasi warga Malaysia untuk bertukar kerajaan melalui kuasa pengundian – salah satu syarat untuk sesebuah negara mendakwa ianya mempraktikkan sistem demokrasi yang wajib sebelum membuat dakwaan untuk menjadi negara dengan system demokrasi yang terbaik di dunia! *Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor
|