red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 7hb Jun 2012: 

Cemuhan Rais mengenai peserta-peserta Bersih 3.0 semasa pelancaran “Penyerlahan Nilai-nilai Murni 1Malaysia” tidak berasas sama sekali dan menjijikkan

Cemuhan Rais mengenai peserta-peserta Bersih 3.0 semasa pelancaran “Penyerlahan Nilai-nilai Murni 1Malaysia” tidak berasas sama sekali dan menjijikkan terutama sekali apabila pemimpin-pemimpin BN sendiri yang mempunyai kurang nilai-nilai murni.

Dalam memberi contoh-contoh yang menghina peserta-peserta Bersih 3.0 pada 28 April semasa melancarkan buku terbitan Kementeriannya, ‘Penyerlahan Amalan Nilai-Nilai Murni 1Malaysia' (Highlighting 1Malaysia's Values), kenyataanyang dibuat Rais itu telah menyinggung perasaan ratusan ribu rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kelas, kawasan, umur dan jantina yang telah berhimpun secara aman di Kuala Lumpur pada 28 April sebagai satu pakatan anak bangsa Malaysia dalam satu seruan untuk menuntut pilihanraya yang bersih.

Sehingga saat ini, Rais mahupun pemimpin-pemimpin UMNO/Barisan Nasional yang lain, termasuklah Perdana Menteri telah mengiktiraf Bersih 3.0 sebagai satu peristiwa bersejarah dan yang tidak dapat dilupakan yang memperlihatkan ratusan ribu rakyat Malaysia yang menunjukkan semangat patriotisme dan perpaduan bersenjatakan keberanian dan semangat perpaduan untuk kemaslahatan negara dan untuk generasi yang akan datang!

Adalah benar Bersih 3.0 pada 28 April itu telah dicemari dengan insiden-insiden keganasan dan semua rakyat Malaysia mahukan kebenaran berhubung dengan apa yang telah berlaku pada jam 3 petang hari tersebut yang telah merosakkan apa yang kelihatan sebagai satu perhimpunan yang syok dan beriramakan semangat pesta dan yang paling penting semangat perpaduan yang telah memberi erti sebenar kepada konsep 1Malaysia – dan ini adalah sebab mengapa rakyat Malaysia menuntut penyiasatan yang kredibel, bebas dan saksama terhadap Bersih 3.0 seperti penyiasatan Suhakam yang tidak berat sebelah seperti panel penyiasatan Hanif Omar.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah berkata bahawa lebih 14,000 kakitangan polis yang bertugas pada hari Bersih 3.0 dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah menambah “Kerana beberapa daripada kakitangan polis yang berkelakuan seperti samseng pada hari itu, bukan seluruh organisasi kami terdiri daripada samseng” (“Just because there are hooligans in the police force does not mean that the entire organization comprises of thugs.”)

Saya bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan tersebut, tetapi pada masa yang sama, walaupun wujud segelintir peserta Bersih 3.0 yang telah bertindak secara mengganas pada hari itu, terutama sekali dibawah keadaan dimana pihak polis juga telah menggunakan kekerasan, tidak bermaksud ratusan ribu rakyat yang telah berhimpun secara aman itu semuanya dianggap sebagai “perusuh”.

Kata Tun Hanif Omar pada hari Isnin berdasarkan taklimat yang diberikan oleh pihak polis, sejumlah 140 laporan polis telah dibuat oleh orang awam sementara hanya 80 yang telah dibuat oleh pihak polis sendiri berhubung dengan perhimpunan Bersih 3.0; dalam erti kata yang lain – 140 laporan yang dibuat terhadap 14,000 kakitangan polis yang bertugas pada hari itu kepada 80 laporan yang dibuat terhadap 200,000 peserta pada hari itu.

Gambarannya agak jelas – bilangan besar kakitangan polis seperti bilangan besar peserta Bersih 3.0 haruslah menjadi satu teladan berikutan tindakan mereka pada hari itu dan tidak harus dilihat dengan prasangka buruk disebabkan oleh segolongan kecil yang berada disana pada hari itu.

Sepertimana penghargaan dan pengiktirafan yang telah diberikan kepada kebanyakan daripada kakitangan polis yang telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan amat baik pada hari itu, penghargaan dan pengiktirafan yang sama mesti diberikan kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang telah berhimpun secara aman pada 28 April.

Adakah Najib, Rais dan pemimpin-pemimpin UMNO/BN bersedia untuk memberi pengiktirafan ini secara terbuka?

Akan tetapi, cemuhan Rais terhadap peserta Bersih 3.0 tidak berasas sama sekali dan menjijikkan terutama sekali apabila pemimpin-pemimpin BN sendiri yang mempunyai kurang nilai-nilai murni yang termaktub dalam terbitan terbaru ini iaitu nilai-nilai murni seperti disiplin, hormat-menghormati, meritokrasi, integriti, sikap rendah diri, berbudi bahasa dan kesetiaan.

Tiga contoh akan apa yang telah berlaku dalam tiga hari yang lepas sememangnya cukup untuk memberi gambaran yang Menteri BN dan pemimpinnya sendiri mempunyai kurang nilai-nilai murni untuk diteladani dalam negara ini, yakni:

  1. Sandiwara bidaan plet nombor WWW15 berjumlah RM24,200 oleh Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai, yang telah diumumkan sebagai “percuma” selepas 10 hari;,

  2. Penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob yang telah membenarkan Datuk Isa Samad dari Koperasi Permodalan Felda (KPF) untuk memegang jawatan sebagai Pengerusi KPF, walaupun Isa telah didapati bersalah dalam kes rasuah dan politik wang dalam UMNO.

  3. Pemberhentian kejam pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel) – yang menjadikan para pelajar sebagai kambing hitam dalam pergelutan kuasa UMNO/Barisan Nasional untuk merampas kembali kepimpinan kerajaan Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Menteri-menteri Barisan Nasional dan pemimpin-pemimpinnya haruslah mencerminkan nilai-nilai murni 1Malaysia dalam tindak-tanduk mereka dahulu sebelum berkhutbah kepada rakyat Malaysia.

Hakikatnya, dengan melihat kelakuan Menteri-menteri UMNO/BN serta pemimpin-pemimpinnya yang teruk sebagai contoh model polisi 1Malaysia yang bertanggungjawab untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia dalam tempoh 3 tahun Najib sebagai Perdana Menteri – apa pula yang boleh diharapkan dari golongan ini sebagai teladan dan model nilai-nilai murni 1Malaysia kelak?


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional