red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 15hb Jun 2012: 

MACC harus membuka semula penyiasatan 18 “kes-kes profil tinggi” yang telah bebas dari dakwaan rasuah

Meskipun dengan penambahan bajet, peningkatan kuasa, tenaga kerja dan sumber berbanding dengan sebelumnya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah (MACC) merupakan satu kekecewaan kerana ia tidak standing sedikit pun dengan Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah Hong Kong (Hong Kong’s Independent Commission Against Corruption (ICAC)) – dan telah gagal untuk mendakwa satu pun “ikan jerung” dalam operasinya selama tiga tahun.

MACC masih lagi bermain politik untuk memuaskan hati tuan mereka, kerajaan Barisan Nasional, sebagai contoh, fokus terbaru mereka untuk membuka semula siasatan lama terhadap pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Saya menyeru kepada MACC untuk membuka semula siasatan mereka berhubung 18 “kes-kes profil tinggi” yang bebas dari dakwaan rasuah bagi tempoh 100 hari pertama Abdullah menjadi Perdana Menteri pada Februari 2004 dan ratusan lagi “ikan jerung” yang telah berjaya melepaskan diri dalam lapan tahun ini.

Dalam Februari 2004, Tun Abdullah Badawi telah membawa perbezaan ketara dalam tempoh 100 hari memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, dengan penahanan dua kes rasuah profil tinggi – bekas Pengarah Perwaja Steel Tan Sri Eric Chia dan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam.

Eric Chia telah ditahan dan didakwa pada 10 Februari 2004, dan Kasitah pada 12, Februari 2004. Pada 13 Februari 2004, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Rais Yatim telah membuat pengumuman di Jelebu bagi pihak pentadbiran Abdullah bahawa masih ada lagi 18 kes rasuah profil tinggi yang ada bersama pihak berkuasa yang berlainan dan masih menunggu tindakan selanjutnya.

Berdasarkan laporan pada masa itu, beberapa Menteri Kabinet telah memberi pesanan kepada Abdullah untuk “perlahankan” kempen beliau terhadap kes rasuah profil tinggi.

Dalam masa yang sama, kedua-dua Eric Chia dan Kasitah telah bebas dari dakwaan mereka, tetapi “individu-individu 18 kes-kes profil tinggi” yang hampir ditahan dan didakwa telah hilang begitu saja.

Apa yang telah berlaku kepada 18 kes “profil tinggi”, seperti yang dikatakan oleh Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Zulkipli Mat Noor yang telah mengesahkan dalam bulan Mei bahawa BPR telah menyerahkan kesemua keputusan penyiasatan mereka terhadap 18 “kes profil tinggi” kepada Peguam Negara untuk pendakwaan berdasarkan keputusan BPR.

Sekiranya MACC dan jawatankuasa pemantau seperti panel penilaian operasi benar-benar serius untuk mencegah rasuah, terutama sekali “kes-kes rasuah besar” yang melibatkan personality-personaliti berprofil tinggi samada dalam arena politik atau kerajaan, mereka harus diberi keutamaan untuk membuka balik siasatan mengapa 18 kes “profil tinggi” telah bebas dari dakwaan rasuah selepas 100 hari pentadbiran Abdullah dan ratusan lagi “ikan jerung” yang telah berjaya melepaskan diri dalam lapan tahun ini.

Baru-baru ini, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri dan ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) Datuk Seri Idris Jala telah mengaku bahawa persepsi awam mengenai rasuah merupakan satu pertempuran yang sengit dinegara ini.

Kenyataan Idris amat terpesong dalam kes ini. Ini bukan persoalan persepsi tetapi satu fakta – bahawa kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk membanteras rasuah adalah satu kegagalan besar buat Najib terutama sekali dalam kempen untuk mencegah “rasuah besar” yang melibatkan personality-personaliti berprofil tinggi dalam arena politik dan kerajaan.

Tiada satu pun penahanan yang dibuat berhubung dengan individu-individu berprofil tinggi sejak penubuhan MACC dalam bulan Januari 2009, walaupun adanya banyak lagi kes-kes mangsa MACC “berprofil tinggi” seperti kes-kes tragedy seperti mendiang Teoh beng Hock dan Ahmad Sarbaini. Masuk sebulan lagi adalah ulangtahun ketiga kematian Beng Hock.

Ini adalah sebab mengapa Malaysia semakin mengalah dalam pembanterasan jenayah, bukan sahaja apabila dibandingkan dengan dua Perdana Menteri yang lepas, Tun Abdullah dan Tun Mahathir, dlam 17 tahun yang lepas seperti yang digambarkan oleh kedudukan Malaysia yang paling teruk dalam Transparency International Corruption Perception Index (CPI) ditempat ke-60 dan skor terendah CPI 4.3 bagi tahun 2011, tetapi juga apabila dibandingkan dengan usaha-usaha membanteras jenayah yang dipraktikkan dalam negara-neraga Asia yang lain, samada negara Cina, Indonesia ataupun Filipin.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional