http://speakforperak.blogspot.com/
Kenyataan media oleh V. Sivakumar di Ipoh pada hari Jumaat, 16hb Mac 2012: Pelajar India dapat 1000 tempat matrikulasi, benar atau gimik Najib? Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumunkan bahawa kuota untuk masyarakat India bagi mengikuti kursus di kolej matrikulasi milik kerajaan ditambah sebanyak 1000 tempat lagi bermula sesi 2012/2013. Pengumuman ini dibuat oleh beliau di Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad Kapar dalam satu program merayakan pesta ponggal pada hujung bulan Februari. Kononnya Najib mahu melihat lebih ramai masyarakat India berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi terutamanya di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Pengumuman ini membuktikan bahawa Barisan Nasional telah gagal memberi peluang pendidikan yang secukupnya kepada masyarakat India dalam tempoh 54 tahun kerajaan itu memerintah negara kita. Ini merupakan satu pengakuan terbuka yang dibuat oleh Perdana Menteri kepada masyarakat India. Untuk menutup kelemahan dan kesilapan itu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan menambahkan 1000 tempat lagi untuk masyarakat India di kolej matrikulasi milik kerajaan. Barisan Nasional mengambil 54 tahun untuk memahami aspirasi masyarakat India. Sudah berpuluh-puluh tahun perkara ini dibangkitkan oleh DAP tetapi tidak dipedulikan oleh kerajaan. Setiap kali keputusan SPM diumumkan, DAP membangkitkan isu menambahkan tempat untuk masyarakat India untuk mengikuti kursus matrikulasi. Setakat ini beratus-ratus pelajar India yang memiliki keputusan yang cemerlang gagal mendapat tempat dalam mengikuti program matrikulasi kerajaan. Ada juga kes-kes di mana pelajar cemerlang yang memperoleh 10 A juga tidak mendapat peluang mengikuti program matrikulasi kerajaan. Kerajaan tidak pernah mempedulikan masalah pendidikan masyarakat India. Walaupun perkara ini dibangkitkan ribuan kali tetapi kerajaan Barisan Nasional berlakon pura-pura 'pekak' dalam isu ini. Tetapi, tiba-tiba Perdana Menteri membuat satu pengumuman yang selaras dengan tuntutan pihak pembangkang. Ini merupakan satu kejayaan kepada pembangkang terutamanya DAP yang sudah lama memperjuangkan perkara ini. Perdana Menteri terpaksa membuat pengumuman seperti ini kerajaan pembangkang semakin hari semakin kuat dan beliau terdesak untuk mendapat undi masyarakat India untuk memenangi Pilihan raya Umum Ke 13. Beliau cuba membeli pengundi-pengundi India dalam saat-saat terakhir dengan membuat tawaran dan pemberian seperti ini. Tawaran yang dibuat oleh Perdana Menteri adalah semata-mata untuk menang pilihan raya dengan slogan rasuahnya 'I help u, U help me'. Seluruh masyarakat India negara ini sedar bahawa tawaran dan pemberian ini bukanlah dibuat dengan hati murni dan ikhlas. Jika kerajaan ini prihatin terhadap masyarakat India sudah lama perkara-perkara seperti ini dilaksanakan untuk kemajuan dan pembangunan masyarakat India di negara ini. Menurut Najib penambahan 1000 tempat matrikulasi untuk masyarakat India itu telah pun dibincangkan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pelajaran. Beliau juga bersetuju menambahkan 1000 tempat baru setahun kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi masyarakat India. Pada masa ini hanya 559 tempat diberikan kepada pelajar-pelajar India mengikuti program matrikulasi kerajaan. Mulai sesi 2012/2013 jumlah pelajar India di kolej matrikulasi milik kerajaan akan meningkat kepada lebih 1500 orang. Walaupun pengumuman ini telah dibuat secara terbuka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada masyarakat India tetapi terdapat beberapa perkara yang diragui dan memerlukan penjelasan beliau. Berikut adalah beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan masyarakat India:
Perdana Menteri harus memberi penjelasan terperinci mengenai persoalan-persoalan yang dibangkitkan jika kerajaan benar-benar serius untuk membantu masyarakat India. Masyarakat India risau perkara ini adalah satu lagi gimik pilihan raya atau janji kosong yang sering kali dibuat oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional apabila pilihan raya semakin hampir. * V. Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP Negeri Perak & ADUN kawasan Tronoh
|