Ucapan Dr. Hiew King Cheu semasa menyertai perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Yang DiPertuan Agong pada hari Rabu, 21hb Mac 2012: Meminta kerajaan untuk berikan perhatian kepada Sabah Keadaan di Sabah tidak bertambah baik seperti yang dijangka dan dijanjikan oleh Kerajaan. Sabah kekal sebagai negeri yang termiskin di Malaysia walaupun mempunyai sumber semulajadi seperti minyak dan gas, perladangan, tanah dan hutan yang besar. Mengapa terjadi bergitu? Hanya satu penjelasan atas kesemua ini, iaitu Sabah tidak mempunyai pengurusan ekonomi yang baik. Ini telah ditunjukkan oleh bilangan pemohonan yang tertinggi di seruruh Malaysia untuk menerima wang BR1M. Ini menunjukkan bahawa Sabah mempunyai kadar kemiskinan amat tinggi, dan ini adalah benar kerana mengikut rekod menunjukkan bahawa 42% daripada penduduk miskin di Malaysia adalah di Sabah. Sebenarnya, dengan kekayaan sumber semulajadi, Sabahan sepatutnya boleh menikmati faedah kemakmuran dan keselesaan. Rakyat di Sabah berhijrah ke luar negeri adalah satu lagi bukti, tambahan pula sebilangan besar golongan pemuda-pemudi pergi ke negeri lain untuk mencari kerja. ertumbuhan ekonomi di Sabah adalah kebelakangan dengan aktiviti pembangunan yang sangat sedikit, baik di dalam industri, infrastruktur, pertanian atau sektor pelancongan. Kerajaan telah membuat pengumuman besar dan rancangan besar, tetapi adakah itu akan berlaku? Sebenarnya Sabah kebelakangan sekurang-kurangnya 15 tahun jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Kita begitu mundur sehingga pelabur-pelabur tidak mahu datang ke Sabah untuk melabur. Sabah kaya dengan bahan mentah , Pulau Pinang mempunyai sedikit sahaja, kenapa Pulau Pinang boleh mencapai pelaburan yang tinggi dalam dua tahun?Kita tidak punyai pertumbuhan ekonomi yang cepat tetapi kita mempunyai peningkatan di kadangan penduduk yang paling cepat. Apabila dibandingkan dengan negeri-negeri lain kita adalah 5 kali lebih cepat dalam pertumbuhan penduduk. Orang-orang ini datang dari mana? Dan mengapa mereka boleh menjadi Rakyat Malaysia dengan begitu mudah? Seruan mengadakan RCI untuk memeriksa atas pertumbuhan penduduk adalah bukti kukuh bahawa Sabahan mahu tahu apa yang telah berlaku, tetapi sedihnya, walaupun ada RCI, tetapi masih terdapat banyak 'Penduduk Sabah baru'. Atas isu NFC, bagus lah jika RM250 juta digunakan di Sabah, seperti di Kota Belud di mana terdapat tanah luas untuk memelihara lembu. Sekurang-kurangnya setiap keluarga di Kota Belud boleh dapat 2 ekor lembu. Ramai orang akan mendapat manfaat daripada nya dan Sabah boleh menjadi negeri pengeluar daging pada masa hadapan. "Kejaminaan makanan” di Malaysia akan dapat dicapai. Tetapi agar sedihnya melihat hingga ke hari ini, pengeluaran beras di Sabah masih tidak ada peningkatan yang ketara, apa yang telah terjadi? Kita masih tidak dapat melihat apa-apa kesan walaupun berjuta-juta ringgit telah diperuntukkan untuk membangunkan dan meningkatkan pengeluaran sebagai yang di katakan. Di dalam program kerajaan akan memberi bantuan tumpuan baru dan mempercepatkan penanaman semula kelapa sawit dan getah untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak, ini tidak akan berfungsi jika kerajaan tidak komit sepenuhnya. Kami mempunyai banyak tanah yang sesuai, ia hanya memerlukan bantuan wang untuk mejalankan projek-projek. Wang ini sepatutnya telah sudah lama hantar kepada Sabah, dan digunakan secara luas di Sabah supaya orang Sabah dapatkan manfaat darinya. Atas usahaan meningkatkan keperluan perumahan di Sabah, tujuan Dasar Perumahan Negara ialah untuk menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa dan mampu dipunyai mesih belum menunjukkan apa-apa keberkesanan. Tetapi di Sabah, terdapat beribu-ribu SPNB unit rumah menghadapi masalah dalam aspek kewangan dan lain-lain. Projek-projek SPNB di Sabah telah menghadapi masalah disebabkan oleh kerja kelewatan dan kerja berhenti. Bagaimana dasar ini boleh dilaksanakan dengan lancar? Kita mahu melihat tindakan diambil dengan segera untuk mempercepatkan pelbagai projek-projek di Sabah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah, dan bukan memberi mereka dengan masalah yang lain. Pembangunan modal insan di Sabah masih dalam kekurangan, seperti apa yang didapati kebanyakan Sabahan yang tidak terlatih, terutamanya yang dari daerah-daerah luar bandar. Golongan pemuda-pemudi dari kawasan luar bandar perlu diberi latihan teknikal dan vokasional. Mereka akan menjadi sumbangan tenaga kerja kami. Tanpa latihan ini, pemuda-pemudi di Sabah dan Sarawak, kini menjadi buruh am di Semananjong terutamanya di KL dan Johor, dan orang ini di anggarkan kira-kira lebeh dari 200 ribu orang. Kita tidak boleh biarkan pekara ini di terus kan. Di Sabah, ramai orang asing sudah mengambil tempat kerja mereka. Kerajaan telah mengumum tentang penjagaan kesihatan yang berkualiti, tetapi apa yang berlaku di sektor Sabah? Mengapa kita masih mempunyai kekurangan doktor, peralatan, ambulans, ubat dan hospital? Banyak isu-isu telah dibangkitkan dan perlu diambil tindakan. Kerajaan boleh menunggu tetapi pesakit tidak boleh tunggu, dan terdapat bukti bahawa banyak nyawa telah hilang kerana ini. Kecuaian di hospital-hospital di Sabah telah berkali-kali dilaporkan. Adakah ini disebabkan ketidakada lengkapan atau standard perubatan kami telah menurun? Terdapat di Sabah, 30% daripada ambulans-ambulans sama ada 'sakit atau berada di ICU', mengapa kadar kerosakan ambulans begitu tinggi? Mengapakah kita tidak boleh dapatkan lebih banyak ambulans yang baik di Sabah sebab menyelamatkan nyawa adalah lebih penting. Di Labuan, hospital memerlukan peralatan baru seperti mesin imbasan CT dan peralatan baru untuk menyokong kerja-kerja doktor pakar, dan tanpanya mereka tidak mampu membuat apa-apa bilah pesakit masuk ke hosipital. Bilakah masalah tapak letak kereta di QEH1 diselesaikan, dan bilakah rancangan untuk bangunan tapak letak kereta akan dibina? Cadangan untuk mengutip bayaran letak kereta adalah tidak boleh diterima buat masa sekarang. Membasmi rasuah adalah salah suatu tindakan yang harus dijalankan , dan kita dapat melihat rasuah di Sabah dan di Malaysia sedang berkembang tinggi mengikut indeks rasuah antarabangsa. Kami mahu semua kerja-kerja dan projek-projek Kerajaan ditender secara terbuka supaya mengadakan persaingan yang adil di kalangan kontraktor yang layak, dan bukan diberikan kepada syarikat-syarikat kroni. Banyak kerja-kerja telah gagal kerana kontraktor yang tidak berkelayakan terutama jenis"ali baba". Ini telah merosakan negara kita. Mengapa kita perlu membiayi harga yang begitu tinggi untuk mendapatkan sesuatu projek di jalankan? Terdapat banyak rasuah berlaku di pejabat, di Lebuh Raya dan di mana mana sahaja. Adakah kita mahu tabiat ini menjadi amalan biasa atau budaya? Ada satu kataan "I help you, you help me"! Infrastruktur di Sabah dikenali adalah yang paling teruk sekali. Di Kota Kinabalu, banyak simpang trafik perlukan "flyovers" (DI) dan lampu isyarat, tetapi ia mengambil kerajaan 5 tahun untuk membina satu. Manakala di Semananjong, flyovers di bina di tempat yang tiada jalanraya, dan di tempat tidak di guna hingga tahun 2040? Banyak Jalan raya di Sabah hanya sesuai untuk lembu sahaja, di mana 'super highway' (DI) yang dijanjikan? Kita di Sabah sudah tetap tidak mempunyai jalanraya yang baik, penduduk luar bandar marah betul apabila gunakan jalan-jalan yang rosak dan teruk. Sekali lagi saya meminta kerajaan untuk berikan perhatian kepada Sabah, jika tidak, 'simpanan tetap' - 'fix deposit' tetap hilang. * Dr Hiew King Cheu, Ahli Parlimen Kawasan Kota Kinabalu
|