Surat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Menteri Pengangkutan Dato' Seri Kong Cho Ha pada hari Isnin, 12hb Mac 2012: Surat kepada Menteri Pengangkutan Dato' Seri Kong Cho Ha 12 Mac 2012 YB Dato' Seri Kong Cho Ha YB Dato' Seri, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Berada Dalam Keadaan Yang Amat Menyedihkan Merujuk kepada perbualan awal kita, saya ingin membawa perhatian YB Dato' Seri untuk perkara di atas. Dalam 2- 3 minggu lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Ini berlaku disebabkan 3 sebab utama:
Saya pasti YB Menteri akan bersetuju bahawa kejadian ini amat memalukan kepada negara kerana air setinggi satu inci telah membanjiri terminal lapangan terbang antarabangsa. Oleh kerana lapangan terbang memberikan gambaran yang pertama terhadap mereka yang memasuki Pulau Pinang dan yang lebih penting, Malaysia, saya menggesa YB Menteri untuk campur tangan secara langsung dalam menyelesaikan masalah ini. Situasi yang memalukan ini adalah amat serius dan membuktikan kegagalan sistem keseluruhan projek ini. Oleh itu, adalah penting YB Menteri untuk mengambil tindakan segera mengenai perkara ini dan jika boleh YB Menteri datang dan melihat sendiri keadaan yang menyedihkan dan memalukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Saya sertakan surat ini dengan beberapa keping gambar sebagai bukti yang jelas untuk situasi yang buruk ini. Ini adalah satu perkara yang menjadi kebimbangan negara dan saya amat berharap YB Menteri akan memandang perkara ini dengan serius dan dengan kepentingan. Sekian, terima kasih. LIM GUAN ENG *Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
|