red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Selasa, 13hb Mac 2012: 

Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang memilih untuk menjadi telus dan bertanggungjawab dalam cadangan pembinaan 4 projek infrastruktur 

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memilih untuk menjadi telus dan bertanggungjawab dengan mendapat input dan rundingan awam berhubung cadangan pembinaan 4 projek infrastruktur untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memacu pembangunan ekonomi di negeri ini terutama di Seberang Perai Utara (SPU). Tiada rundingan awam dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini ketika membina Jambatan Pulau Pinang ke-2. Dan lagi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dikritik lebih teruk kerana telus dan bertanggungjawab daripada Kerajaan Negeri BN sebelumnya, yang tidak pernah membuat input dan rundingan awal ke atas Jambatan Pulau Pinang ke-2.

Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang mengakui bahawa ia telah gagal untuk meyakinkan beberapa NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tentang kepentingan 4 projek infrastruktur yang dicadangkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memacu pembangunan ekonomi di SPU khususnya dan Pulau Pinang secara amnya. Projek yang menjadi persoalan kini adalah pembinaan bawah laut sepanjang 6.5 km dari Persiaran Gurney-Bagan Ajam (berhampiran Butterworth), 15km jalan yang menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang,jalan pintasan sejauh 5km dari Persiaran Gurney-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan jalan pintasan sejauh 5 km dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu ke Bandar Baru Air Itam.

CAP bukanlah satu- satunya organisasi yang menentang 4 projek infrastruktur tersebut. Bahkan BN dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menentang pembinaan terowong bawah laut dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam pada 17 November 2011. Walaupunbagaimanapun maklum balas awam daripada rakyat Pulau Pinang terutamanya di Persiaran Gurney dan SPU menunjukkan bahawa majoriti besar orang Melayu, India dan Cina menyokong dan mahu projek infrastruktur ini diteruskan.

EXCO Negeri Pulau Pinang telah memutuskan untuk melaksanakan projek- projek ini melalui tender terbuka secara kompetitif pada 19 Oktober 2011 selepas rundingan awal dijalankan dari 29 April 2011. Oleh itu, adalah tidak benar untuk CAP mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan rundingan awam.

Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani pada 28 April 2011 antara Beijing Urban Construction Group (BUCG) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak sah dari segi undang- undang kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dengan jelas menyatakan bahawa projek- projek ini mesti dijalankan melalui tender terbuka secara kompetitif. Majlis menandatangani MOU yang disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri China Wen Jiabao merupakan penanda aras yang positif tentang minat negara China dalam melaksanakan projek- projek di Pulau Pinang.

Berikutan majlis menandatangani MOU tersebut, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meminta mengadakan input awam bermula pada 29 April 2011. Dua sesi rundingan telah diadakan oleh saya secara langsung dengan NGO pada 16 Oktober 2011 dan 19 November 2011. Dalam kedua- dua sesi ini, CAP telah diwakili oleh Rudhrapathy Vijaya (Ravi). Saya tidak ingat Mr Ravi ada menyuarakan bantahan berhubung 4 projek infrastruktur pada akhir sesi tersebut.

Kerajaan Negeri PR kini menjalankan latihan pra-kelayakan melalui tender terbuka secara kompetitif untuk 4 projek infrastruktur dengan menyenarai pendek syarikat yang layak dengan kedudukan kewangan yang kukuh, kepakaran teknikal, berpengalaman dan mempunyai rekod prestasi dalam menyiapkan projek- projek infrastruktur. Tiada wang akan dibayar kerana 4 projek tersebut akan dibiayai oleh pertukaran tanah dari tanah yang akan ditambak oleh Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TP).

Semasa sesi rundingan pada 19 November 2011 dengan NGO, saya telah menerangkan rasionalnya untuk melaksanakan projek- projek infrastruktur bawah tanah dengan meminta Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TP) untuk menyerahkan seberapa banyak tanah yang ditambak kepada Kerajaan Negeri. Melalui 2 perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan BN sebelum ini pada 1990 dan 1999, TP telah memberikan hak untuk menambak 980 ekar tanah.

Lebih 200 ekar telah pun ditebus guna oleh TP di mana projek Straits Quay dilaksanakan sekarang. TP mempunyai hak untuk menebus baki 700 ekar tersebut. Untuk Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau menghalang TP daripada menebusguna tanah memerlukan sejumlah bayaran wang pampasan yang besar kepada TP.

Satu-satunya jalan untuk Kerajaan Negeri PR adalah memohon projek- projek infrastruktur bawah tanah dan jalan raya sebagai pematuhan kepada kemahuan TP untuk menyerahkan seberapa tanah yang mungkin untuk ditebus guna kepada Kerajaan Negeri. CAP juga perlu ingat bahawa TP kini dimiliki oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Sime Darby Bhd.

Malangnya Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pengangkutan awam kerana ia merupakan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Banyak yang kita mahu lakukan pembaharuan untuk pengangkutan awam , tetapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak dapat membuat apa- apa tindakan kerana ia terletak sepenuhnya di bahawa Kerajaan Persekutuan. Semua perkhidmatan bas, teksi dan tram atau TLRT adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Malah apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu menyediakan perkhidmatan bas CAT yang akan melalui seluruh kawasan warisan George Town secara percuma yang akan dibayar oleh Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan menolak inisiatif ini pada mulanya. Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia untuk membayar RM720,000 setahun untuk menyediakan perkhidmatan bas CAT secara percuma di mana sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Hanya selepas rayuan oleh Kerajaan Negeri secara langsung kepada Menteri yang bertanggungjawab selama hampir setahun, barulah kelulusan untuk perkhidmatan bas CAT percuma yang akan dibayar oleh Kerajaan Negeri diberikan.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris telah berkata bahawa rundingan awam melibatkan penyertaan rakyat di peringkat awal proses membuat keputusan, menyediakan maklumat yang secukupnya mengenai projek- projek dan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada perwakilan dan pandangan yang dibuat oleh individu dan organisasi- organisasi masyarakat sivil. Saya dengan rasa rendah diri ingin mengingatkan veteran Presiden CAP bahawa proses yang beliau telah gariskan telah diikut ketika memutuskan sama ada 4 projek infrastruktur ini diteruskan atau tidak.

Hanya selepas pertimbangan yang sewajarnya, barulah Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang membuat keputusan meluluskan 4 projek infrastruktur untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Batu Feringgi, dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Persiaran Gurney dan kawasan- kawasan padat penduduk iaitu di Paya Terubong dan Relau. Untuk terowong bawah laut, bukan sahaja ia memudahkan perhubungan antara pulau di Persiaran Gurney ke tanah besar di Bagan Ajam, ia juga akan merangsang pertumbuhan ekonomi di SPU. Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang mahu membawa pertumbuhan pembangunan di SPU bagi menghapuskan pembohongan liar bahawa orang Melayu dan penyokong BN di SPU yang dikuasai oleh BN diabaikan atau dipinggirkan.

Kerajaan Negeri PR sangat prihatin terhadap kesan alam sekitar di kawasan pembinaan terowong bawah laut. Kebimbangan alam sekitar ini akan dirunding semasa pusingan kedua rundingan awam apabila reka bentuk dan laluan dipilih pada akhir 2012. Walaupun NGO seperti CAP amat membantah projek- projek infrastruktur ini, Kerajaan Negeri masih akan menjemput mereka untuk melibatkan diri dalam rundingan awam selepas reka bentuk dan laluan dipilih. Sekiranya Kerajaan Negeri tidak berpuas hati, Kerajaan Negeri masih boleh menolak dan enggan meneruskan projek- projek infrastruktur tersebut.

Mengikut jadual untuk pembinaan projek- projek di bawah pelaksanaan pra- Q, tarikh terawal untuk memulakan kerja ke atas terowong akan dilakukan pada akhir 2015. Ini adalah untuk membenarkan semua kajian teknikal, reka bentuk dan alam sekitar dijalankan antara 2012 dan 2015. Jika kerajaan tidak berpuas hati, EXCO akan menolak untuk menandatangani perjanjian pembinaan yang muktamad di mana ia merupakan keperluan akhir yang dijadualkan pada pertengahan 2015.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional