red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Ucapan Lim Kit Siang semasa menyertai perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Yang DiPertuan Agong pada hari Khamis, 22hb Mac 2012: 

“Saya dilahirkan di Malaysia dan saya akan mati di Malaysia”

Kebelakangan ini, politik di Malaysia menjadi semakin kasar dan kesat, termasuk di dalam Dewan yang mulia ini, di mana dusta dan fitnah disebarkan tanpa sebarang sekatan atau rasa sesal.

Dalam mesyuarat Parlimen ini dan yang lepas, fitnah yang paling keji dan tidak bertanggungjawab telah dilontarkan terhadap saya, menuduh saya sebagai menghasut dan mencetuskan rusuhan Mei 13 43 tahun yang lepas pada 1969.

Selama empat dekad ini, pihak polis, pasukan keselamatan dan kerajaan tidak dapat menentukan siapa sebenarnya yang mencetuskan rusuhan Mei 13 dalam tahun 1969, tetapi tiba-tiba saja, ada orang tahu siapa yang mencetuskan rusuhan Mei 13 – dan saya telah difitnah di Dewan ini sebagai orang yang menghasut dan mencetus Mei 13, menerusi slogan-slogan paling racis di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.

Hasilnya, semua dusta dan fitnah bahawa saya telah menghasut dan mencetuskan rusuhan Mei 13, khasnya di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969, telah disiarkan secara berleluasa di blog-blog kumpulan cybertroopers UMNO.

Pada hakikatnya, saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969. Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanyakembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad). Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, saya pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan berterima-kasih-kepada-pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum berterima-kasih-kepada-pengundi pada malam. Kedua-dua acara itu telah berlangsung secara aman.

Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterima-kasih-kepada-pengundi selepas pilihanraya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihanraya diumumkan di Semenanjung.

Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13hb Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur.

Menuduh saya sebagai menghasut rusuhan Mei 13 menerusi ungkapan-ungkapan perkauman dan kesat di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei adalah fitnah yang paling tidak bertanggungjawab dan keji sekali.

Dalam ucapan pertama saya di Parlimen pada 23hb Februari 1971 setelah saya dibebaskan daripada tahana ISA pertama saya serta setelah Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan 1971, saya telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan ahli parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, “mengenalpasti punca rusuhan Mei 13” dan “membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia.”

Berikut adalah apa yang telah saya katakan dalam bulan Julai 1969 semasa membalas penahanan saya di bawah ISA, dan saya pasti rekod ini masih disimpan dalam arkib Kementerian Dalam Negeri:

“My every public statement and stand was motivated by my sense of Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia. I have no other land as my home. I have children who are growing up in Malaysia and who are going to live in Malaysia. I fell it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious Malaysia for, without such a society, all Malaysians will suffer.

“I believe that the policy followed by the Alliance is not producing or generating a sense of Malaysian consciousness and identity transcending all racial language and cultural differences. I believe that the only formula to build a Malaysian nation is to give every Malaysian regardless of his race, language or culture, a stake in the political economic social and cultural development of the country, where no group feels that ti is being discriminated against on racial, cultural, language or religious grounds. It is this philosophy which guided all my public actions and utterances.”

Ini merupakan kenyataan sayang, setia, komitmen, nasionalisma dan patriotisma saya semasa saya masih berusia 28 tahun. Saya bangga berkata bahawa saya berpegang teguh kepada kenyataan ini,

Anak-anak saya semuanya berada di Malaysia, menyumbang kepada pembangunan sebuah Malaysia yang moden, progresif, berdaya saing, demokratik dan adil.

Pilihanraya umum yang seterusnya akan merupakan satu ujian yang terbesar buat Malaysia, menguji samasa kita berdaya menjadi sebuah negara demokratik yang biasa, di mana semua rakyat Malaysia menikmati hak dan kuasa untuk melaksanakan peralihan kuasa dan kerajaan menerusi peti undi.

Saya menjemput Perdana Metneri serta semua pemimpin Barisan Nasional supaya menyertai usaha Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa kita semuanya nasionalis dan patriot Malaysia yang berupaya bekerjasam dengan menubuhkan sebuah Suruhajaya Bersama untuk memastikan bahwa PRU ke-13 ini akan merupakan pilihanraya yang paling bersih, bebas dan adil di sejarah negara ini, sementara membuktikan kepada masyarakat sedunia serta diri kita sendiri bahawa kita telah muncul sebagai sebuah negara demokratik biasa.

Semasa berkempen di merata tempat, Najib baru-baru ini memohon maaf terhadap segala kesilapan yang dilakukan oleh Barisan Nasional di masa-masa lepas yang mengakibatkannya kehilangan kuasa dan kerusi di beberapa negeri dalam pilihanraya yang lepas.

Tetapi setelah tiga minggu berlepas, apa yang kekal menjadi misteri dan rahsia negara adalah kesilapan apa yang dimaksudkan oleh Najib itu.

Sementara kita meminta penjelasan daripada Najib mengenai apakah kesilapan-kesilapan lampau BN yang beliau bersedia untuk jelaskan dan minta maaf, biarlah beliau meminta maaf terhadap kesilapan-kesilapan beliau sendiri dahulu, khasnya yang beliau lakukan dalam tempoh 35 bulan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Masa tidak mengizinkan saya menghitung semua kesilapan yang dilakukan oleh Najib. Saya hanya akan mengbangkitkan satu - Kegagalan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisam institusi-institusi utama negara, samada pihak kehakiman, polis, kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya PilihanRaya dan sebagainya.

Keengganan Perdana Menteri untuk menubuhkan tribunal untuk menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh bekas pegawai polis peringkat tinggi, termasuk bekas Pengarah CCID Datuk Ramli Yusof dan bekas Pengarah CID KL Datuk Mat Zain mengenai salah guna kuasa, subversif kedaulatan undang-undang dan penyelewengan perjalanan keadilan, yang ditujukan terhadap Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, sampai kepada pemalsuan bukti dalam insiden “mata lebam” Anwar Ibrahim, perbicaraan Anwar dalam tahun 1998, usaha menyelamatkan Tajudin Ramli dari MAS, serta maklumat terkini mengenai “kes lima tahun yang ganjil yang kononnya melibatkan pegawai polis paling berkuasa di negara ini, peguam negara serta seorang ketua penjenayah”, mengaitkan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Datuk Johari Baharum, telah membangkitkan pelbagai persoalan mengenai komitmen Perdana Menteri terhadap kedaulatan undang-undang.

Adalah Perdana Menteri akan terus mengelak dari mengambil satu pendirian sungguhpun dakwaan-dakwaan ini amat serius dan mendakwa bahawa pegawai-pegawai undang-undang dan polis tertinggi di negara ini, iaitu Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, merupakan penejenayah hanya baru-baru ini – dan Peguam Negara yang sama masih berada di penjawatannya?


*Lim Kit Siang, DAP Parliamentary Leader & MP for Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional