red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://speakforperak.blogspot.com/ 

 

 

Kenyataan media oleh V. Sivakumar di Ipoh pada hari Khamis, 3hb Mei 2012:

RTM melampaui batas, tendang di bawah tali pinggang

RTM telah mengadai maruah menjadi agensi suruhan Barisan Nasional. Setiap hari pemimpin-pemimpin Barisan Nasional memperalatkan RTM untuk propaganda politik. Sungguh memalukan apabila mereka menjadikan pembaca-pembaca berita sebagai budak-budak suruhan mereka untuk menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Setiap kali kita mendengar berita, ada juga fitnah dan kempen politik Barisan Nasional. Ini menyalahi undang-undang kerana menggunakan jentera kerajaan untuk kepentingan politik Barisan Nasional.

Tambahan pula saya mendengar ucapan Datuk Kaveyas , Presiden PPP dalam rangkaian Minnal FM hari ini. Beliau bukan sahaja membuat ceramah politik memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah mengutuk pemimpin-pemimpin pembangkan secara terbuka. Ini merupakan salah guna kuasa oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan RTM itu sendiri.

RTM beroperasi melalui dana cukai pendapatan yang dikutip daripada rakyat Malaysia bukan sahaja penyokong Barisan Nasional malah juga penyokong Pakatan Rakyat. Adalah tidak munasabah untuk RTM berat sebelah hanya memberi peluang kepada pihak Barisan Nasional sahaja untuk berkempen politik. Sungguh tidak adil kerana makan wang penyokong-penyokong Pakatan Rakyat tetapi hanya memberi peluang kepada Barisan Nasional. Ini adalah satu tindakan yang paling tidak bermaruah dan menghina kepada semua kakitangan RTM yang diperkudakan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.

Saya mencabar kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang mahu menjadi hero melalui RTM supaya memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk turut berbicara. Saya pasti tidak ada seorang pemimpin Barisan Nasional termasuk Perdana Menteri untuk menyahut cabaran ini. Mereka takut semua skandal-skandal mereka akan ke udara jika pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat diberi peluang yang sama untuk berkempen melalui RTM.

Saya cuma mahu mengingatkan kepada semua kakitangan RTM supaya sangat sentiasa mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang sentiasa menabur fitnah. Fitnah merupakan satu dosa yang besar, orang-orang yang turut membantu menghebohkan fitnah itu juga tidak kurang dosanya. Jalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat dengan betul dan jujur.


* V. Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP Negeri Perak & ADUN kawasan Tronoh

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional