red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada hari Khamis, 3hb Mei 2012: 

Berasa kesal Bernama telah menyalahgunakan kebebasan  

Saya berasa kesal bahawa pada Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Bernama telah menyalahgunakan kebebasan untuk membuat lapuran mengelirukan tentang jawapan saya dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam berkaitan penjualan tanah Bayan Mutiara secara tender terbuka.

Semalam, saya mengakui bahawa kerajaan negeri tidak mengikut penilaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta kerana anggaran harga itu adalah terlalu rendah. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dalam surat bertarikh 5 November 2009 telah menganggarkan harga sebanyak RM65 sekaki persegi.

Sebaliknya kerajaan negeri tidak mengikuti harga R65 sekaki persegi dan menetapkan harga rizab sebanyak RM 200 sekaki persegi, iaiatu lebih 3 kali ganda daripada penilaian Jabatan Penilaian. Dalam tender terbuka yang tutup pada 31.12.2010, pemaju yang tawarkan harga paling tinggi sebanyak RM 240 sekaki persegi dipilih ataupun sebanyak RM1.07 bilion untuk 102.56 ekar.

Malangnya dalam laporan semalam, Bernama enggan menyiarkan harga penilaian yang disyorkan oleh Jabatan Penilaian sebanyak RM65 sekaki persegi tetapi hanya pengakuan bahawa saya tidak mengikut harga penilaian Jabatan Penilaian. Ini akan memberikan gambaran bahawa kerajaan negeri telah menetapkan harga yang lebih rendah daripada yang disyorkan oleh Jabatan Penilaian. Biasanya kerajaan BN tidak memakai tender terbuka dan akan menetapkan harga yang lebih rendah daripada harga Jabatan Penilaian.

Demi mengelakkan gambaran yang mengelirukan, pejabat saya telah meminta Bernama membetulkan laporan mengelirukan ini dengan menyiarkan harga penilaian oleh Jabatan Penilaian tetapi Bernama enggan buat demikian. Saya kesal dengan keengganan Bernama menyiarkan semua fakta berkaitan yang jelas disengajakan agar memberikan laporan yang mengelirukan.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional