Perutusan Hari Ibu oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 12hb Mei 2012: Perutusan Hari Ibu Semua rakyat Malaysia harus dianggap sebagai anak kita dengan mengamalkan kesayangan dan menolak kebencian untuk membina negara Malaysia yang memartabatkan semua. Terdapat kebimbangan bahawa institusi awam kita sama ada terlibat atau membiarkan keganasan oleh pertubuhan-pertubuhan perkauman dan ekstremis seperti Perkasa. Semua ibu menolak bahasa dan tindakan ganas. Jalan untuk mengelak keganasan adalah untuk mengamalkan kesayangan dan menubuhkan masyarakat madani. Masyarakat madani adalah "masyarakat yang dikongsi" dan akan membolehkan rakyat Malaysia untuk menjadikan kepelbagaian sebagai kuasa positif untuk kesaksamaan peluang dan keadilan sosial. "Masyarakat yang dikongsi" terdiri daripada empat elemen - penyertaan demokratik dalam proses membuat keputusan, menghormati kepelbagaian dan martabat individu, peluang saksama serta larangan diskriminasi. Kita harus berdiri bersama untuk membanteras korupsi dan salah guna kuasa kerana hanya kejayaan ini akan membina kepercayaan dan membolehkan kemajuan dan pembangunan rakyat. Hanya dengan ini boleh rakyat hidup dengan martabat. Anak-anak kita mempunyai hak yang tidak terpisah untuk hidup dengan martabat dalam suasana yang bersih, hijau, selamat dan sihat. *Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan
|