Ucapan oleh Lim Guan Eng di Konvensyen Wanita PR Negeri Pulau Pinang di Dewan MPSP, Bandar Perda pada hari Ahad, 20hb Mei 2012: Ucapan di Konvensyen Wanita PR Negeri Pulau Pinang Salam Sejahtera dan Salam Bersih bagi kepimpinan Wanita Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dan para Ahli Wanita Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada Wanita DAP, Muslimat PAS dan Wanita PKR. Pada hari yang mulia ini, jentera Wanita Pakatan Rakyat berkumpul untuk suatu program amat bermakna bagi wanita negeri ini dalam menuju PRU 13. Konvensyen kali Ke 2 merupakan suatu usaha yang berjaya mengumpulkan ahli sayap wanita Pakatan Rakyat dan melambangkan kekuatan jentera wanita PR. Pemilihan tema Bersama Bersihkan Malaysia menunjukkan keprihatinan wanita PR untuk menambaik pilihanraya ke arah pilihanaraya yang bersih , bebas dan adil di Malaysia dan mempertahankan nilai demokrasi dalam pentadbiran Negara. Sayap Wanita PR merasa bangga kepimpinan yang bersih daripada korupsi dalam pentadbiran negeri dengan mengamalkan prinsip Cekap, Telus dan Akauntabiliti yang telah membuktikan kepimpinan PR negeri berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Namun begitu, sayap Wanita PR masih merasa dilema pentadbiran kerajaan persekutuan yang mempunyai masalah serius dalam urustadbir negara dengan amalan korupsi dan rasuah yang ketara sehingga mencengkam dan mencacatkan pembangunan wanita di negara ini. Masalah ini wujud kerana Barisan Nasional hanya mempertahankan Menteri Wanita yang hanya memfokuskan amalan rasuah dan pecah amanah serta mengejar hartanah untuk kepentingan keluarganya sahaja. Syabas dan tahniah wanita PR yang berjaya membongkarkan kes NFC dan rasuah Menteri Wanita BN. Akibat kegagalan mewujudkan kepimpinan wanita cekap dan amanah oleh BN maka pada hari ini mereka ketandusan pemimpin wanita sehingga jawatan Menteri Wanita di sandang oleh Perdana Menteri yang gender lelaki. Walaupun menghadapi dilemma besar , BN masih tidak sedar dan masih berdegil melakukan anasir-anasir kotor dan keji dengan memanipulasikan SPR demi kepentingan politik mereka. Segala tuntutan rakyat mengenai kelemahan-kelemahan dan cadangan untuk penambahbaikan SPR harus dilaksanakan segera sebelum menjelang PRU 13. Tuntutan Bersih yang dipengerusikan oleh seorang wanita yakni Dato Ambiga Sreenevasan menunjukkan komitmen golongan wanita untuk pentadbiran negara dan mempertahankan hak rakyat. Tahniah PR kerana berjaya melahirkan kepimpinan wanita yang berjuang secara bersungguh-sungguh demi pertahankan hak wanita Malaysia. Semasa perhimpunan tersebut , ada golongan wanita yang muda, pertengahan umur dan warga emas dan ibu yang membawa kanak-kanak. Di Pulau Pinang , perhimpunan Bersih berjaya dilakukan dengan aman dan damai kerana mendapat sokongan baik kepimpinan Kerajaan Negeri dan MPPP dan membuktikan kerajaan berjiwa rakyat dan mengamalkan demokrasi serta menghormati hak rakyat sebagai pengundi. Kejayaan perhimpunan Bersih di Pulau Pinang juga hasil usaha wanita PR yang berjaya membimbing pengundi wanita di negeri ini untuk memilih kepimpinan PR dalam PRU 2008. Pada tahun ini wanita PR berjaya mencipta sejarah dalam negeri dengan penubuhan Penang Women Development Corporation(PWDC) yang akan melaksanakan agenda dan dasar-dasar demi pembangunan gender, keadilan gender dan sosial di peringkat negeri. Bajet khas tahunan sebanyak RM1.5 juta telahpun diluluskan untuk PWDC. Datuk Seri Kong Cho Ha Must Realise That His Ministry Duties Relates To Ports And Airports, Not Overly Focused Only On The Bidding Price For WWW Car Number Plates Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha must realise that his ministry duties relates to ports and airports, not overly focused only on the bidding price for WWW car number plates. At a time when the people of Penang are concerned at the impact on Penang International airport following the proposed construction of the proposed low-cost carrier terminal in Perak as announced Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Kong got nothing to contribute. Despite Zambry saying the proposed Utara Malaysia Airport Terminal (UMAT) will not compete with other states and the federal government will invite different perspectives from Kedah and Penang, Zambry’s announcement made without any consultation with Penang is troubling. Clearly the Federal government is proceeding unilaterally with building UMAT without taking into account the cost, economic viability of the project in view of its close distance with both Penang airport and KLIA as well as any possible negative impact on existing airports in Penang and Kedah. The Penang state government regrets that there is no consultation from the Federal government. In principle the state government is not opposed to UMAT in Perak subject to the condition of fairness that a low-cost carrier airport is also built in Penang and Kedah. In an era of budget air travel, a low-cost carrier airport is a necessity in all airports. By refusing to build the LCCT in both Kedah and Penang, clearly the Federal government is motivated by partisan political considerations rather than commercial necessity. The BN government should learn its lesson from allowing MAS to be motivated by political considerations more than commercial reasons resulting in huge billion ringgit losses to MAS until AirAsia is more profitable despite charging lower air fares. Instead of addressing this issue Datuk Seri Kong is more interested in revealing that there were 18,243 bids for the 'WWW' registration numbers, nearly four times more than the previous record of 4,750 bids for the 'WVW' registration numbers. Another important issue is whether Penang will be given free port status or is this merely another general election ploy to deceive Penang voters in the run-up to the 13th general elections. Is the WWW vehicle registration number so important that Kong mentioned this at least on 3 different days but not even once his position on the building of UMAT in Perak without consulting the Penang state government and whether Penang port will be given free port status? Pembentangan kertas kerja konvensyen yang bertajuk Kepimpinan Bersih , Pilihanraya Bersih dan Urus tadbir baik , keadilan untuk semua melambangkan komitmen Wanita PR negeri ini dalam menuju PRU 13. Pelaksanaan komitmen ini sudah pastinya akan memikat hati pengundi wanita di negeri ini kerana ianya memartabatkan hak pengundi wanita di peringkat negeri ini dan mempertahankan amalan demokrasi. Semoga Wanita PR Pulau Pinang berjaya dalam pelaksanaan misi dan agenda ini. Marila kita sama- sama menjadikan falsafah Bersih sebagai amalan wajib dalam demokrasi negara. Sebagai mengakhiri ucapan ini saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua perwakilan yang telah hadir untuk menjayakan konvensyen pada kali ini. Dengan itu, saya sukacitanya merasmikan Konvensyen Wanita Pakatan Rakyat kali ke-2 peringkat negeri Pulau Pinang. *Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
|