red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Gearge Town pada hari Rabu, 23hb Mei 2012: 

Tan Sri Muhyidin Yasin harus bersikap bertanggungjawab dan tidak bermain sentimen perkauman  

EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat pada pagi ini mengutuk dengan sekeras-kerasnya usaha media massa utama yang dikuasai oleh BN cuba menghasut sentimen perkauman dengan menabur fitnah bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat ada strategi halus melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang. Kerajaan negeri didakwa ada dasar peminggiran Melayu yang bertujuan mengusir keluar orang Melayu daripada Pulau Pinang dengan penduduk Melayu Pulau Pinang berkurangan sebanyak 18,000 orang dalam tahun 2010 dan tidak menjalankan projek perumahan mampu milik.

Jumlah pengurangan penduduk Melayu sebanyak 18,000 orang adalah satu fitnah jahat yang boleh disangkal dengan menunjukkan daftar pemilih akhir tahun 2011 menunjukkan tambahan pengundi Melayu sebanyak 34,931 orang berbanding dengan pilihanraya besar 2008. Adalah dikesali Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin telah bersikap tidak tanggungjawab dan cuba mempermainkan sentimen perkauman dengan mengulangi fitnah jahat bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membina rumah mampu milik dan mengusir 18,000 orang Melayu.

Tan Sri Muhyidin tambah bahawa perkara ini amat memalukan dan tidak adil kerana tanpa rumah mampu milik ramai orang Melayu terdesak meninggalkan Pulau Pinang. Tuduhan ini adalah salah dan tidak benar kerana sejak kerajaan negeri PR memerintah pada 2008 sehingga sekarang, sebanyak 11,596 rumah kos rendah dan sederhana rendah telah dibina oleh kerajaan negeri dan pihak swasta seperti berikut:-

Kos Rendah Kos Sederhana Rendah Jumlah
Kerajaan 1194 2227 3421
Swasta 2612 5563 8175
Jumlah 3806 7790 11596

Selain daripada 11,596 yunit yang telahpun dibina, demi membantu rakyat Pulau Pinang yang kurang berkemampuan, kerajaan negeri PR telah memperuntukkan RM 500 juta untuk membina sekurang-kurangnya 18,000 unit rumah mampu milik yang berkualiti untuk masa depan. Sebanyak 277 ekar tanah telah disediakan untuk membina 18,000 unit rumah mampu milik di kesemua 5 daerah di Pulau Pinang.

Fasa 1 adalah di Batu Kawan sebanyak 12,000 unit di atas 200 ekar tanah. Manakala Fasa 2 pembangunan rumah mampu ini melibatkan 77 ekar tanah di Pulau Pinang yang boleh menyumbang 6,000 unit rumah mampu milik. Tanah untuk perumahan mampu milik telahpun dikenalpasti di kesemua lima-lima daerah di seluruh Pulau Pinang seperti berikut:

No. Daerah Jumlah luas (Ekar)
1. Seberang Perai Utara 28.90
2. Seberang Perai Tengah 31.71
3. Daerah Timur Laut 10.21
4. Daerah Barat DayaLaut 5.84
5. Seberang Perai Selatan 200 (PDC)
Jumlah 277 Ekar

*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional