red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Ucapan oleh Lim Kit Siang di majlis perasmian Wisma DAP Pulau Pinang pada hari Sabtu, 5hb Mei 2012 pukul 10 pagi: 

Lapan persoalan yang wajib dijawab melalui penyiastan awam penuh yang kredibel terhadap keganasan Bersih 3.0 “428”

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mengetuai kempen propaganda Barisan Nasional untuk kawalan kerosakan atau “damage control” untuk mengurangkan ketidaksehaluan dalam penyahkendalian perhimpunan “duduk-bantah” Bersih 3.0 di Dataran Merdeka yang menuntut untuk pilihanraya yang bebas dan adil dengan tohmahan melulu bahawa perhimpunan Bersih 3.0 merupakan suatu percubaan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional.

Hakikatnya, perhimpunan Bersih 3.0 adalah suatu kesedaran dan kebangkitan, keberdayaan dan kesepakatan diantara rakyat Malaysia yang menjangkau kaum, agama, kelas, kawasan, jantina ataupun umur untuk menunjukkan cinta mereka kepada negara yang menitikberat keperluan pilihanraya yang bersih untuk Malaysia yang bersih.

Dengan setiap hari yang berlalu, apa yang tidak boleh dinafikan adalah Bersih 3.0 merupakan suatu malapetaka dalm perhubungan awam Najib dan imejnya sebagai “reformis” dan “transformis”.

Suhakam menyatakan yang “penindasan dan perlakuan yang sebarangan” dalam mana pihak polis telah menggunakan “kekerasan dan kuasa yang tidak wajar terhadap peserta perhimpunan serta rakan media” dalam perhimpunan Bersih 3.0 adalah suatu “kelakuan yang tidak boleh diterima” sementara Majlis Peguam telah menyatakan bahawa keganasan polis yang disaksikan semasa Bersih 3.0 adalah lebih buruk jika dibandingkan dengan kejadian dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lepas.

Semalam, Suhakam telah mengumumkan penemuan mereka bahawa pihak polis telah mencabuli hak asasi manusia apabila telah menembak gas pemedih mata kedalam perkarangan kawasan kemudahan awam seperti Hospital Tung Shin, Chinese Maternity Hospital dan Stesen KL Sentral dimana keselamatan orang awam tergugat.

Wajarkah wujud kesangsian terhadap hasil penyiasatan awam penuh yang kredibel dalam pencabulan hak asasi manusia dan dengan keganasan pihak polis dengan penggunaan kuasa yang tidak wajar dan keterlaluan samada dalam tembakan gas pemedih mata, penyemburan air yang dicampur dengan bahan kimia, brutaliti polis dan keganasan terhadap peserta-peserta yang berhimpun secara aman termasuklah wakil-wakil media?

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, yang dia mahukan keadilan bagi semua pihak yang terlibat, termasuklah ahli media dan anggota polis yang tercedera.

Saya bersetuju dengan Ketua Polis Negara yang “Hanya kerana beberapa yang berkelakuan seperti samseng, tidak bermakna kesemua anggota polis berperangai sebegitu” – ini merupakan satu sebab mengapa penyiasatan penuh yang kredibel diperlukan untuk menegakkan keadilan bagi semua peserta Bersih 3.0 yang telah menjadi mangsa keganasan – samada pihak polis, wakil media atau peserta sendiri.

Saya juga bersetuju bahawa pihak polis telah bertindak dengan terkawal dan secara profesional sehingga kira-kira pukul 3 petang pada Sabtu lepas atau setengah jam selepas pengumuman penganjur Bersih 3.0 yang perhimpunan telah tamat dan apabila peserta diminta bersurai.

Selepas jam 3 petang, kelihatan benteng pengawalan dan sikap profesionalisme pihak polis roboh dan keganasan polis bermula.

Lapan persoalan yang wajib dijawab melalui penyiasatan penuh dan kredibel dalam keganasan Bersih 3.0 “428” adalah:

  1. Mengapa keganasan dan kekerasan polis wujud samada dengan menembak gas pemedih mata, penyemburan air dengan bahan kimia atau keganasan fizikal dan brutaliti terhadap perserta perhimpunan aman selepas jam 3 petang yang berlanjutan untuk tempoh 5 jam pada hari itu?

  2. Bagi yang telah menembusi sekatan yang didirikan, mengapa pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan itu sahaja tetapi telah menghukum kesemua pesert yang lain yang telah berhimpun secara aman dan yang ingin bersurai secara aman?

  3. Mengapa ada beberapa kakitangan polis yang tiada nombor pengenalan ataupun tag nama pengenalan?

  4. Mengapa wakil media dan wakil akhbar disasarkan dan diserang oleh pihak polis dengan rampasan kad memori kamera mereka dan pemecahan kamera mereka?

  5. Mengapa beberapa stesen LRT diarahkan untuk ditutup selepas gas pemedih mata dan air yang dicampur bahan kimia mula ditembak? Adakah ini hasrat pihak polis untuk “mengepung” para peserta atau “memberi pengajaran” kepada mereka?

  6. Adakah benar transmisi sengaja disekat supaya apa-apa komunikasi dihalang yang akan menyebabkan lebih kekeliruan dalam keadaan yang sudahpun tegang dan genting pada masa itu?

  7. Siapa dari pihak polis atau dari Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab memberi kebenaran atau “greenlight” untuk pencabulan hak asasi manusia dan tidak menghiraukan prinsip dan garispanduan dalam penggunanan kekerasan dan senjata api oleh kakitangan polis?

  8. Persoalan samada masa sudah sampai bagi pengimplimentasian penuh cadangan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Polis Dzaiddin atau “Dzaiddin Police Royal Commission of Inquiry” untuk membentuk satu perkhidmatan polis yang bertaraf dunia yang efisyen, profesional dan tidak berasuah yang memfokus kepada 3 fungsi utama iaitu untuk mencegah jenayah dan memastikan kadar jenayah sentiasa rendah, membasmi korupsi dan menegakkan keadilan hak asasi manusia – terutamanya dalm penubuhan Suruhanjaya Bebas Keganasan dan Penyalahgunaan Kuasa Pihak Polis atau Inpendent Police Complaints and Misconduct Commission.

Berdasarkan jadual waktu sesi parlimen, sesi berikut dijangka akan bersidang untuk 12 hari dari 11 Jun sehungga 28 June, sementara Bajet Parlimen 2013 dijangka bermula pada 24 September dan akan berlangsung untuk tempoh 34 hari sehingga 27 November. Hari pengumuman belanjawan akan dilakukan pada hari Jumaat, 28 September 2012.

Najib perlu memberi kata putus dalam beberapa hari ini samada pilihanraya umum akan berlangsung pada bulan Jun atau pada tarikh yang lebih lambat.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional