red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 9hb Mei 2012: 

Mengapa jawapan Nazri di Parlimen dipadamkan dalam akhbar Sabah hari ini?

Perkembangan yang aneh dan luarbiasa yang memberi sorotan kepada tiga masalah utama kesulitan pembentukan kerajaan yang telus – kemudaratan kebebasan media di Malaysia, ketepatan, kesahihan dan jaminan diatas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para Menteri di Parlimen dan ketiganya, kejahilan dan ketidaksedaran oleh kerajaan persekutuan Barisan Nasional terhadap masalah dan keluhan orang Sabah yang sudah lama berlanjutan.

Persoalan yang timbul dalam minda setiap anak Sabah dan setiap warga Malaysia yang wajib dijawab adalah mengapa jawapan bertulis Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang telah dibentangkan di Dewan Negara semalam yang menyetujui tarikh 8 Februari tahun ditetapkan untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin diatas di negeri Sabah dipadamkan dalam akhbar negeri Sabah walhal berita ini wajib dipaparkan di muka hadapan semua akhbar?

Hakikatnya, berita ini langsung tidak mendapat liputan dalam semua media arus perdana Malaysia dan semua media cetak yang diterjemahkan dalam bahasa yang lain – kecuali akhbat The Sun yang mendahului media yang lain dengan pemaparan berita “Suruhanjaya Siasatan Diraja diatas masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah” (muka 2), laman sesawang The Star dan beberapa portal internet seperti Malaysiakini dan FreeMalaysiaToday.

Benarkah Bernama, yang telah mengeluarkan buletin berita semalam mengenai jawapan Nazri di Parlimen yang mengesahkan keputusan Kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja tetapi telah ditarikbalik beberapa jam selepas itu?

Dalam jawapan Nazri di Parlimen, beliau dilaporkan telah menyatakan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja dalam usaha untuk mencari penyelesaian jangka panjang diatas masalah pendatang asing tanpa izin kedalam negeri Sabah dan semua proses penyediaan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja sudah dimulakan selepas Kabinet memberi kata putus pada 8 Februari tahun ini.

Nazri telah menyatakan terma rujukan yang komprehensif dan tidak tertakluk hanya kepada penyiasatan sahaja sepertimana kerajaan juga mahu menyelesaikan isu ini secara muktamad. Terma rujukan akan melibatkan aspek-aspek keselamatan, sosoal, ekonomi dan kawasan persekitaran dimana Suruhanjaya Siasatan Diraja akan menyediakan penyelesaian yang berpanjangan bagi isu ini. Kerajaan persekutuan juga akan memperolehi maklumbalas dan cadangan daripada kerajaan negeri Sabah dan golongan pemegang amanah di Sabah.

Adakah Bernama berhak untuk memadamkan berita berkenaan jawapan Nazri di Parlimen, walaupun Nazri telah memperdayakan dan tidak bercakap benar di Parlimen?

Adakah soalan-soalan ini akan terjawab?


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional