red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 12hb Mei 2012: 

Desakan dan kedegilan untuk mengekalkan Hanif sebagai Pengerusi dalam penyiasatan keganasan Bersih 3.0 menimbulkan persoalan yang lebih mustahak

Ini merupakan suatu situasi yang amat malang dan menyedihkan berdasarkan kepada kualiti dan bentuk pertimbangan yang telah diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein apabila melantik Tun Hanif Omar untuk mempengerusikan panel penyiasatan keganasan Bersih 3.0 sedangkan bekas Ketua Polis Negara telah menyatakan dengan jelas kedudukan beliau dengan pendapat praanggap mengenai Bersih 3.0.

Apa yang mengejutkan yang kini dipertaruhkan sepertimana yang jelas kepada semua warga Malaysia adalah isu akar, samada Hanif akan kekal tidak memihak, adil dan saksama dan bukanlah rekod prestasinya, yakni sesuatu diluar kapasiti pemikiran golongan pembuat decision (decision-makers) dalam kerajaan, termasuklah Perdana Menteri dan Menteri Dalan Negeri.

Yang ironiknya, dua hari yang lepas, Najib telah menyeru bahawa sebagai Perdana Menteri, beliau tidak mampu untuk melakukan apa-apa kesilapan. Seruan beliau berbunyi:

“Sebagai Perdana Menteri, sekiranya kita diberi mandat untuk mengambil 10 keputusan penting, kita mesti memastikan keputusan yang dibuat itu paling baik dan 10 daripada 10 (10 out of 10). Sekiranya, 9 daripada 10 keputusan itu adalah keputusan yang wajar, dan satu merupakan keputusan yang tidak tepat, yang satu itu akan kerap dikritik.

Dan disini nampaknya, Najib dan kepimpinannya dalam penafian untuk memperbetulkan apa yang dilihat sebagai kesilapan yang paling teruk dalam pimpinannya sebagai Perdana Menteri adalah perlantikan Hanif sebagai pengerusi untuk menyiasat keganasan Bersih 3.0 – suatu penugasan yang menimbulkan reaksi serta-merta yang tidak pernah dilihat dan penolakan secara keseluruhan serta pengecaman oleh rakyat Malaysia. Ini adalah sebab mengapa National Union of Journalists (NUJ), SUARAM, Bersih 2.0 dan Badan Peguam Malaysia serta juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah yang telah menyatakan penolakan mereka terhadap perlantikan Hanif.

Rakyat Malaysia dan warga dunia mesti bertanya-tanya mengapa personaliti seperti Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri tiada upaya pemahaman sebab yang tidak boleh disangkal untuk menolak perlantikan Hanif untuk mengetuai penyiasatan keganasan Bersih 3.0 – bahawa ianya tiada berkait dengan rekod prestasinya sebagai Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat, Timbalan Pengerusi “Special Commission to Enhance the Operations and Management of the Royal Malaysian Police” dalam tahun 2004 atau sebagai seorang ahli dalam panel penyiasatan penembakan yang menyebabkan maut adik Aminulrasyhid Amzah yang berumur 14 tahun.

Penolakan perlantikan Hanif adalah berdasarkan kepada fakta yang tidak boleh dipertikaikan bahawa bekas Ketua Polis Negara telah mencemarkan dirinya sebagai ahli apa-apa badan penyiasatan, apatah lagi mempengerusikan panel penyiasatan keganasan Bersih 3.0 diatas sebab kenyataan beliau yang praanggap dan tidak adil mengenai perhimpunan aman Bersih 3.0 – apabila unsur-unsur ini adalah asas dalam terma rujukan penyiasatan tersebut.

Sebenarnya, sekiranya Hanif masih memegang pendirian dalam kenyataan pranggap negatif beliau terhadap percubaan Bersih 3.0 adalah untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dan terlibat sebagai pesimpati pro-komunis, bekas Ketua Polis Negara ini mestilah dihadapkan dalam penyiasatan Bersih 3.0 sebagai “saksi yang berwibawa” untuk memperkukuhkan dakwaan beliau dan bukan sebagai pengerusi untuk menyiasat kebenaran keganasan Bersih 3.0 atau berkenaan dakwaan ini.

Penolakan Najib dan Hishamuddin untuk menyetujui permintaan yang wajar oleh rakyat Malaysia dan kedegilan mereka untuk Hanif terus mempengerusikan penyiasatan keganasan Bersih 3.0 telah mencungkil satu soalan yang lebih mustahak:

Samada masa ini tepat untuk negara Malaysia melantik Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri yang baru – bahkan kerajaan yang baru – apabila kerajaan sekarang sengaja tidak menghiraukan keperluan dan aspirasi sah rakyat Malaysia merentasi kaum, agama, kelas, kawasan, umur dan jantina yang berbeda.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional