red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 18hb Mei 2012: 

Sokongan bagi cadangan Ambiga agar menarik balik pelan untuk mendirikan gerai menjual “thosai” diluar rumah kediaman Timbalan Ketua Polis Negara

Percubaan untuk memecah masuk pejabat pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan di Damansara pagi tadi merupakan kejadian yang amat membimbangkan kepada semua rakyat Malaysia walaupun maklumat lanjut berkenaan dengan insiden tersebut masih belum dikemaskini.

Rakyat Malaysia mahukan pemulihan akhlak di medan politik dan medan awam, bukannya sikap tidak peka terhadap pendapat, kesopanan, sensitiviti seperti mana yang berlaku baru-baru ini, contohnya, upacara pengebumian di hadapan rumah kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng, gerai burger yang didirikan dihadapan rumah kediaman Ambiga di Bukit Damansara dan “senaman punggung” yang menyinggung dan menjengkelkan itu oleh sekumpulan veteran angkatan tentera dihadapan rumah kediaman Ambiga juga.

Berdasarkan apa yang telah berlaku, saya memberi sokongan kepada cadangan Ambiga, seperti yang dilaporkan didalam portal Free Malaysia Today, yang menyeru kepada NGO WargaAMAN untuk mempertimbangkan keputusan untuk mendirikan gerai menjual “thosai” diluar rumah kediaman Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada hari Ahad ini.

Perbuatan Khalid jelas telah gagal dalam perlaksaan tanggungjawabnya sebagai penjawat awam apabila memberi kebenaran dan terhadap gerai burger yang didirikan dihadapan rumah kediaman Ambiga – satu tindakan yang amat semberono dan tidak bertanggungjawab.

Respon yang positif yang dikeluarkan oleh setiausaha WargaAMAN S. Barathidasan memanglah sesuatu yang patut dipuji, terutama sekali apabila ahli-ahli jawatankuasa NGO ini akan berjumpa petang ini untuk mendapat kata putus untuk sama ada mahu meneruskan pelan mereka atau tidak.

WargaAMAN pasti akan berjasa kepada negara ini sekiranya cadangan menjual “thosai” diluar rumah kediaman Timbalan Ketua Polis Negara ditarik balik. Tindakan mereka ini akan memulakan budaya budi yang berakhlak mulia demi memulihkan tatasusila dan kesopanan dalam medan politik dan medan awam.

Ia juga akan memastikan negara ini tidak akan menjadi bahan ketawa di pesada dunia.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional