Kenyataan media (2) oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 21hb Mei 2012: Biarlah pemulihan kesopanan, tatasusila dan ketertiban dalam medan politik dan dalam kehidupan masyarakat umum menjadi agenda utama Kabinet pada hari Rabu Pada hari Khamis yang lalu, saya telah menekankan kepentingan pemulihan kesopanan, tatasusila dan ketertiban dalam medan politik dan dalam kehidupan masyarakat umum di Malaysia. Saya telah mengutarakan kebimbangan saya apabila melihat peningkatan dalam kejadian yang melampau dan juga ‘tidak bertamadun’ dengan memberi contoh tiga peristiwa dalam tempoh seminggu – upacara “pengebumian” anjuran Perkasa dihadapan rumah kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng, gerai burger yang yang didirikan di hadapan rumah kediaman pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur dan aktiviti “senaman punggung” yang memualkan oleh sekumpulan veteran tentera di hadapan rumah Ambiga juga. Dwi-pembatalan oleh NGO WargaAMAN untuk mendirikan gerai thosai diluar rumah kediaman Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan cadangan Ikhlas selaku wakil peniaga kecil untuk mengadakan satu lagi protes diluar kediaman Ambiga disambut dengan baik dan sebagai indikasi kewarasan dan ketertiban sudah mula dilihat dalam medan politik dan dan dalam kehidupan masyarakat umum. Malangnya, momentum untuk pengembalikan kesopanan, tatasusila dan ketertiban dalam medan politik dan dalam kehidupan masyarakat umum telah dirintangi oleh 2 peristiwa, yakni:
Kedua-dua kejadian ini menandakan kemerosotan dalam pengembalian kesopanan, tatasusila dan ketertiban dalam medan politik dan dalam kehidupan masyarakat umum dan wajib dikecam oleh semua parti politik dan pimpinan parti. Saya telah mencadangkan pada hari Khamis yang lepas yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh Kabinet mestilah tampil hadapan dengan satu suara untuk mengecam aksi-aksi yang tidak berhemah ini dan untuk menetapkan tatacara kesopanan, tatasusila dan ketertiban dalam medan politik dan dalam kehidupan masyarakat umum. Namun, tiada sebarang respons dari Perdana Menteri walaupun tindakan dari pihak beliau akan pasti memperkukuhkan seruan dalam forum antarabangsa dan baru-baru ini mendorong golongan sederhana (moderates) untuk bermuafakat dan untuk menyisihkan golongan ekstremis. Pengembalian kesopanan, tatasusila dan ketertiban dalam medan politik dan dalam kehidupan masyarakat umum mestilah diberi keutamaan dalam mesyuarat Kabinet menjelang hari Rabu ini, dan sekiranya tidak, semua seruan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara dengan ‘sistem demokrasi terbaik di dunia” dan untuk golongan sederhana (moderates) untuk bermuafakat menentang golongan ekstremis hanyalah sekadar omong-omong sahaja. *Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor
|