Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 22hb Mei 2012: Kerajaan jelas berniat jahat untuk mendakwa Anwar, Azmin dan Badrul kerana melanggar sekatan di Dataran Merdeka Kerajaan Najib jelas berniat jahat untuk mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PKR, Azmin Ali dan Badrul Hisham kerana telah melanggar sekatan di Dataran Merdeka semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April sedangkan ianya haruslah dilihat sebagai satu terma rujukan bagi penyiasatan yang saksama dan komprehensif terhadap keganasan dalam perhimpunan Bersih 3.0 seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri. Benarkah Anwar dan Azmin telah memberi isyarat kepada peserta untuk merempuh sekatan di Dataran Merdeka seperti yang dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam temuduga bersama Sunday Star dua hari yang lepas yang bertajuk “Mencari kisah sebenar”? Tetapi, pandangan Hishammuddin (yang selalu keliru dengan peranan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab diatas keselamatan umum, tidak kira seseorang individu atau parti politik dan kewajipan sebagai Naib Presiden UMNO yang diberi tugas utama untuk memburuk-burukkan pihak pembangkang dengan apa cara sekalipun) tidak boleh menjadi sebab untuk mendakwa Anwar, Azmin dan Badrul, terutama sekali apabila Hishammuddin telah memberi jaminan bahawa penyiasatan yang saksama dan komprehensif terhadap keganasan Bersih 3.0 dalam satu misi mencari kebenaran mengenai apa yang telah berlaku pada 28 April. Pendakwaan Anwar, Azmin dan Badrul yang terburu-buru berhubung dengan perlanggaran sekatan di Dataran Merdeka dan berdasarkan prasangka pimpinan Najib yang berniat jahat untuk menghalang apa-apa penyiasatan yang bebas, saksama dan komprehensif berkenaan dengan isu yang amat mustahak ini. Ini dirumitkan lagi apabila ketiga-tiga pemimpin yang didakwa itu sekeras-kerasnya menafikan memberi isyarat untuk melanggar sekatan di Dataran Merdeka, seperti yang dilihat dalam kenyataan video. Terma rujukan dari “panel penyiasatan bebas” Hanif Omar belum lagi dimuktamadkan, tetapi apa yang jelas adalah dengan dakwaan Anwar Azmin dan Badrul, isu ini tidak akan dimasukkan diatas sebab ianya akan dipertimbangkan oleh mahkamah (sub judice) kerana sudah ada kes seumpana itu yang masih dalam pertimbangan. Dalam isu yang berbeza, ketidaksesuaian Tun Hanif Omar sebagai pengerusi “panel penyiasatan bebas”, umpama melantik Tun Dr Mahathir untuk mengetuai suruhanjaya penyiasatan terhadap kerugian RM100 bilion yang dicatit dari pelbagai skandal kewangan dalam tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Dengan dakwaan terhadap Anwar, Azmin dan Badrul, malah penyiasatan Suhakam keatas keganasan Bersih 3.0 boleh dihalang dari memperoleh maklumat yang penting dalam menentukan jika ada diantara mereka bertiga yang telah memberi isyarat untuk melanggar sekatan di Dataran Merdeka. Ini adalah kerana apa yang terkandung dalam Seksyen 12 (Bahagian III) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 diatas “Kuasa Penyiasatan dalam Suruhanjaya” (“Powers of Inquiry of the Commission”) adalah: BAHAGIAN III KUASA SIASATAN SURUHANJAYA Suruhanjaya boleh menyiasat atas kehendak sendiri atau atas aduan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) harus diberi pujian diatas keputusan yang diambil semalam untuk menjalankan penyiasatan awam terhadap perhimpunan Bersih 3.0, kerana tidak boleh “menunggu lagi” untuk panel bebas dari Putrajaya untuk menyerahkan terma rujukan mereka. Adakah benar keputusan Peguam Negara untuk mendakwa Anwar, Azmin dan Badrul dibuat secara tergesa-gesa berkenaan dengan perlanggaran sekatan di Dataran Merdeka yang berdasarkan maklumat yang diterima oleh kerajaan yang Suhakam akan memaklumkan keputusan mereka dan sebagai satu langkah terakhir untuk menyingkirkan apa-apa penyelidikan dari pihak Suhakam untuk menjalankan penyiasatan yang bebas dan saksama berhubung dengan “perlanggaran” sekatan di Dataran Merdeka. Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Peguam Negara tidak boleh mengikat tangan Suhakam daripada menjalankan penyiasatan yang bebas, saksama dan komprehensif terhadap keganasan Bersih 3.0, termasuklah jika benar Anwar dan Azmin telah memberi isyarat untuk melanggar sekatan di Dataran Merdeka serta 8 isu berbangkit seperti:
Untuk penubuhan “bona fide” kerajaan untuk menyiasat apa yang benar-benar berlaku pada 28 April, Peguam Negara haruslah menarik balik dan menangguhkan semua dakwaan yang berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0 sehingga mendapat keputusan penyiasatan panel yang bebas, saksama dan komprehensif. *Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor
|