red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media (2) oleh Lim Kit Siang in Kuala Lumpur pada hari Khamis, 24hb Mei 2012: 

Najib telah mencampakkan imej “Bapa Transformasi Teragung” bagi memenuhi permintaan mereka yang membantah “pembaharuan politik” (reactionary)

Pengendalian perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April oleh kerajaan Najib berbanding dengan pengendalian perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 dilihat sebagai sesuatu yang melampau dan menjijikkan.

Sekurang-kurangnya pentadbiran Najib telah sedar, walaupun, pada saat terakhir akan tindakan secara keterlaluan bagi Bersih 2.0 dan telah menukar pendirian tegas mereka 2 bulan selepas itu dengan membuat pengumuman pada Hari Malaysia pada 16 Sept satu deretan pemansuhan atau pembaharuan undang-undang drakonian seperti pemansuhan Akta Keselamatn Dalam Negeri untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara dengan “sistem demokrasi yang terbaik di dunia”.

Semenjak itu, Perdana Menteri telah bersusah payah menekankan yang tiada siapa yang boleh mendapat pujian selain daripada Barisan Nasional berhubung dengan deretan pembaharuan undang-undang drakonian, seperti revokasi atau pembatalan empat Pengisytiharan Darurat (Emergency Proclamations), pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, pindaan Akta Penerbitan Dan Mesin Cetak dan enakmen Akta Perhimpunan Awam kerana kerajaan Barisan Nasional bersedia untuk “mendengar suara rakyat Malaysia yang mahukan perubahan”.

Oleh itu saya mengaku bahawa Najib dan kerajaan Barisan Nasional telah cuba untuk mendengar suara rakyat Malaysia yang mahukan perubahan yang jelas kelihatan dalam 50,000 peserta anak bangsa Malaysia yang telah berhimpun secara aman dalam Bersih 2.0 di Kuala Lumpur yang menuntut pilihanraya yang bebas, adil bersih.

Tetapi malangnya, kerajaan samada tidak ikhlas mendengar atau benar-benar tidak mengambil kira jumlah peserta Bersih 3.0, seramai 250,000 warga Malaysia pada 28 April yang hampir 4 atau 5 kali lebih ramai dari himpunan Bersih 2.0, yang menyahut seruan menuntut pilihanraya yang bebas, adil bersih.

Kerajaan Najib sekurang-kurangnya telah mengambil inisiatif untuk mendengar tuntutan rakyat dalam Bersih 2.0 walaupun usaha untuk pembaharuan nampaknya tidak ikhlas, separuh masak dan secara amnya tidak memuaskan seperti syor-syor atau cadangan-cadangan Jawatankuasa Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihanraya.

Tetapi apa yang membezakan reaksi pentadbiran Najib terhadap Bersih 3.0 berbanding dengan Bersih 2.0 adalah ketidakupayaan pentadbiran ini untuk “mendengar suara rakyat yang mahukan perubahan”.

Akan tetapi, pentadbiran Najib telah melancarkan satu kempen yang jijik dan berbisa terhadap Bersih 3.0 yang boleh diterjemahkan sebagai:

(i) dakwaan liar dan tidak bertanggungjawab oleh Perdana Menteri bahawa Bersih 3.0 adalah konspirasi anti-nasionalisme untuk menggulingkan kerajaan.

(ii) sokongan membuta tuli terhadap teori konspirasi ini yang diberikan oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar;

(iii) penubuhan “panel penyiasatan bebas” yang dipengerusikan oleh Tun Hanif untuk menjalankan penyiasatan terhadap keganasan Bersih 3.0 walaupun tiada kredibiliti, sokongan, keyakinan dan kepercayaan orang awam dan;

(iv) dokumentari 30 minit yang tidak adil dan berbaur fitnah yang ditayangkan di stesyen kerajaan, TV1 yang bertajuk “Bersih 3.0 Itu Kotor” dengan satu niat dan tujuan untuk meracuni fikiran penonton-penonton diatas Bersih 3.0 dan merupakan bukti nyata kerajaan tidak bersedia untuk berfikiran terbuka untuk membenarkan siasatan yang neutral dan saksama terhadap keganasan Bersih 3.0.

Selepas Bersih 2.0, 4 peristiwa yang telah menghapuskan semua bentuk harapan yang pentadbiran Najib benar-benar ikhlas dan bersedia untuk berfikiran terbuka untuk mendengar suara rakyat dalam perhimpunan Bersih 3.0 terutamanya:

(i) Dakwaan yang tidak masuk akal oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa hanya 22,270 orang yang telah menyertai perhimpunan;

(ii) Gangguan bertubi-tubi terhadap pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan pencabulan privasi, dan hak asasi dan hak kewarganegaraannya;

(iii) Pendakwaan Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim and pemimpin-pemimpin PKR Azmin Ali and Badrul Hashim bagi kesalahan dibawah Akta Perhimpunan Awam berhubung dengan Bersih 3.0; dan

iv) Akhirnya – Kerajaan telah memfailkan saman gantirugi berjumlah RM122,000 ketas Ambiga dan ahli jawatankuasa pemandu gabungan Bersih 2.0 dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Pesanan lantang Najib bahawa beliau telah mencampakkan imej “Bapa Transformasi Teragung” bagi memenuhi permintaan mereka yang membantah “pembaharuan politik” (reactionary) – satu indikasi yang beliau tidak lagi bersedia mendengar suara dan aspirasi rakyat untuk perubahan yang diperlukan oleh tanahair ini.


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional