red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://blog.limkitsiang.com 

 

Kenyataan media (2) oleh Lim Kit Siang in Kuala Lumpur pada hari Selasa, 29hb Mei 2012: 

Mesyuarat Kabinet esok mestilah mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah secara drastik dua episod penyiasatan Bersih

Mesyuarat Kabinet esok mestilah mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah secara drastik (Gordian Knot) dua episod penyiasatan Bersih – membubarkan panel Hanif dan memberi sokongan penuh kepada penyiasatan Suhakam.

Semalam, bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar telah mengumumkan sepuluh terma rujukan yang akan digunapakai oleh “lembaga penasihat bebas” (“independent advisory board”) terhadap keganasan Bersih 3.0.

Apa yang nyata tidak termasuk dalam terma rujukan yang akan digunapakai oleh “lembaga penasihat bebas” adalah pengesahan samada perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan dan dengan adanya individu-individu pro-komunis dalam perhimpunan Bersih 3.0 daripada demonstrasi 1970an dan samada ejen-ejen provokasi dan kanak-kanak dipergunakan ala “taktik komunis” dalam perhimpunan Bersih 3.0 ataupun samada panel ini akan menganggap ketiga-tiga tuduhan ini sebagai “kebenaran yang terbukti dan yang boleh diterima” sperti yang telah disokong oleh Hanif sendiri.

Hanif telah mempertahankan perlantikannya dengan mengatakan bahawa beliau sentiasa bertindak dengan integrity.

Hanif patut menghargai reputasi integritinya dan patut menarik diri sebagai pengerusi panel penyiasatan Bersih 3.0, kerana integritinya sudah tentu akan tercabar terutamanya dengan pendapat anti-Bersih 3.0 beliau yang sudah diketahui ramai.

Oleh itu, mesyuarat Kabinet esok mesti bertanya kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk memberi penjelasan penuh dan bukti kukuh bahawa adakah benar perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan (kudeta) sepertimana yang dikatakannya seminggu sebelum 28 April bahawa Bersih 3.0 “bukanlah satu ancaman kepada keselamatan negara” dan “bukan satu isu kerana tidak mendapat banyak sokongan dari orang awam”.

Bila pula transformasi Bersih 3.0 daripada status “bukan ancaman kepada keselamatan” dan “bukan satu isu kerana tidak mendapat sokongan orang awam” kepada satu bentuk konspirasi nasional termasuklah percubaan untuk menggulingkan kerajaan?

Adalah jelas, kedua-dua pertubuhan politik dan keselamatan dalam kerajaan telah melakukan kesilapan yang amat memudaratkan dan tidak sedar akan sokongan padu yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia dalam kempen Bersih 3.0 untuk menuntut proses pilihanraya yang bersih.

Mereka tidak seharusnya memburukkan lagi persepsi pra-Bersih 3.0 berbanding selepas Bersih 3.0 dengan segala bentuk tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadap 250,000 rakyat Malaysia yang patriotik tanpa mengira kaum, agama, kelas, kawasan, umur atau jantina yang telah berkumpul secara aman untuk menyokong proses pilihanraya yang bersih sebagai anti-pengacau yang tidak mahukan sistem pemilihan dalam kerajaan.

Najib dan kabinetnya telah diberi peluang untuk membuat pindaan dan diberi peluang untuk mengaku salah dalam pengendalian Bersih 2.0 dan reaksi mereka apabila menjadi saksi kepada 50,000 rakyat Malaysia yang telah turun padang dan berhimpun secara aman pada 9 Julai 2011 untuk menuntut proses pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.

Benarkan Najib dan kabinetnya tidak mampu untuk membuat pindaan dalam prasangka mereka dan kesilapan besar dalam pengendalian 250,000 rakyat Malaysia yang telah berhimpun secara aman dalam Bersih 3.0 pada 28 April untuk menunjukkan sokongan mereka dalam pengimplimentasian proses pilihanraya yang bebas, bersih dan adil – dengan mengambil langkah pertama dan membubarkan panel Hanif dan menyokong penuh penyiasatan Suhakam?


*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional