Najib telah menodai SPRM

Sedih dan tragis. Perdama Menteri, Daruk Seri Najib Razak telah memusnahkan kredibiliti, integriti dan sikap profesional Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dan ini berlaku hanya 48 jam selepas kempen publisiti tiruan tetapi dikarang dengan teliti oleh SPRM untuk mempamerkan diri mereka sebagai badan anti-rasuah yang benar-benar bebas, berani dan profesional. Setanding Independent Commission Against Corruption (ICAC) di Hong Kong. Dengan muka depan akhbar-kerajaan New Straits Times melaporkan “MACC gains in graft war” pada hari Khamis dan satu rencana khas tentang MACC pada hari Jumaat. Namun semua cubaan itu roboh bagai binaan yang lemah.

Dakwaan bahawa SPRM telah merampas “harta-harta bernilai RM66 juta termasuklah banglo dan kereta mewah” serta menahan lebih daripada 900 individu ketika “perang keatas rasuah dalam dua tahun ini” menjadi tidak bermakna apabila Najib minta diabaikan terus dakwaan-dakwaan yang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumpulkan kekayaan berbilion-bilion.

Najib memberitahu sidang akhbar pagi ini selepas pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) – nama baru untuk Pudu Sentral: “Terdapat bermacam-macam dakwaan, jangan kita layan”.

Ini merupakan respon Perdana Menteri yang paling mengecewakan dan tidak bertanggung jawab kepada sebuah laporan terkini dan menggemparkan oleh Bruno Manser Fund (BMF), sebuah NGO berpengkalan di Switzerland yang menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion) lantas menjadikannya manusia terkaya di Malaysia menewaskan Robert Kuok seorang hartawan yang memiliki US$12.5 billion.

Laporan BMF yang bertajuk ‘The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia' telah dikeluarkan di Brussels serentak dengan lawatan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok ke Suruhanjaya Eropah. Laporan itu boleh didapati di internet.

Ia merupakan laporan yang pertama menggambarkan dengan terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 ahli keluarga Taib di Malaysia, Australia, Canada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Laporan itu bertujuan mendapatkan tekanan antarabangsa ke atas keluarga pembesar Sarawak itu dan memberikan bukti nyata empayar kekayaan Taib kepada badan penyiasatan, wartawan, rakyat Sarawak dan pihak-pihak yang berminat.

BMF menganggarkan nilai bersih harta 20 ahli keluarga Taib yang digabungkan hampir US$21 bilion, terbahagi kepada 400 syarikat seluruh dunia – semuanya dibina melalui kawalan hampir menyeluruh politik dan ekonomi Sarawak. Yang dalam tempoh 30 tahun telah menjadikan Sarawak daripada negeri terkaya Malaysia kepada negeri termiskin.

Antara perkara yang akan ditekankan ketika mesyuarat belanjawan Parlimen bermula Isnin ialah laporan BMF tentang pengumpulan aset bernilai RM64 bilion oleh keluarga Taib dan RM46 bilion oleh Taib sendiri sepanjang menjadi Ketua Menteri Sarawak selama tiga puluh tahun, diperolehi melalui “monopoli ke atas pemberian konsesi balak dan perladangan, ekspot balak, pemeliharaan jalan awam termasuk penghasilan serta penjualan simen, dan pelbagai bahan pembangunan”.

Adakah Najib melakukan serangan awal pagi ini bertujuan menghantar mesej jelas bukan sahaja kepada MACC tetapi juga Menteri-Menteri dan penyokong Barisan Nasional di Parlimen supaya tidak melayan siasatan dan bertanya tentang laporan BMF tentang RM64 bilion milik keluarga Taib dan RM21 bilion kekayaan Taib?

Saya yakin tanpa serangan awal Najib hari ini, SPRM tentu sudah mengambil pendirian neutral tetapi tidak bersungguh bahawa mereka bersedia untuk menyiasat laporan BMF berkenaan aset dan kekayaan melampau Taib serta keluarganya yang dikumpul sepanjang 31 tahun Taib menjadi Ketua Menteri Sabah.

Akan tetapi dengan isyarat keras Najib hari ini, adakah SPRM berani untuk memulakan siasatan terhadap Taib berdasarkan laporan BMF dan adakah akan ada Ahli Parlimen BN yang berani untuk menyatakan sokongan terhadap siasatan penuh SPRM ke atas laporan BMF?

Individu yang ditonjolkan dalam laporan BMF sepanjang 45 muka surat itu termasuklah adik Taib, Onn Mahmud yang merupakan kedua terkaya di kalangan ahli keluarganya dengan nilai bersih yang dianggarkan US$2 bilion. Manakala anak sulung Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, seorang yang giat dalam perniagaan pembinaan, hartanah dan tenaga Sarawak berada di tempat ketiga dengan US$1 bilion.

Yang seterusnya adalah anak perempuan Taib yang menetap di Kanada, Jamilah Taib Murray (US$1 bilion), adik Taib seorang usahawan balak Tufail Mahmud (US$500 juta), adik perempuan Taib Raziah Mahmud (US$500 juta), anak perempuan Taib, Hanifah (US$400 juta) dan anak lelaki Taib, Sulaiman (US$300 juta).

Menambah kredibiliti laporan BMF adalah laporan berita hari ini tentang pertikaian antara Mahmud Abu Bekir Taib dan bekas isterinya Shahnaz Abdul Majid yang menuntut RM400 juta mutaah (pemberian) serta pembahagian harta sepencarian, dan perbicaraannya yang masih berterusan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada hari Isnin memandangkan tiada tawaran penyelesaian daripada peguam Mahmud untuk menyelesaikan pertikaian yang telah lama ini.

Jika beliau tidak membenarkan SPRM bertindak ke atas laporan untuk menyiasat Taib Mahmud, Perdana Menteri hanya mencemarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan terutamanya Tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) khususnya berkenaan menentang korupsi.

Najib sepatutnya diingatkan tentang natijah korupsi kepada negara – yang telah dianggarkan oleh pelan hala tuju GTP mampu mencapai jumlah sebesar RM10 bilion setahun atau 1-2% daripada GDP. Beliau juga harus diingatkan tentang kenyataan yang hebat-hebat belaka di dalam pelan haja tuju GTP berkenaan menentang dan menghapuskan “korupsi besar” oleh politisi dan penjawat awam berpangkat tinggi.

Di manakah kredibiliti pelan hala tuju GTP dan NKRA untuk melawan korupsi tertutamanya untuk menghapuskan “korupsi besar”, apabila laporan BMF ke atas RM64 bilion keluarga Taib dan RM21 bilion kekayaan milik Taib yang dikumpulnya sepanjang 31 tahun menjadi Ketua Menteri Sarawak, tidak boleh digunakan oleh SPRM sebagai asas kepada misi anti-korupsinya?

Laporan BMF membandingkan keluarga Taib dengan keluarga bekas presiden Indonesia Suharto dan bekas presiden Filipina Ferdinand Marcos. Kedua-dua keluarga itu telah menggelapkan antara US$15 bilion dan US$35 bilion, juga antara US$20 bilion dan US$900.

Laporan BMF itu percaya kajiannya hanya menunjukkan sebahagian kecil kekayaan kerana kemungkinan besar kebanyakan aset keluarga Taib tersembunyi di luar negara atau di kawasan luar persisiran yang mana maklumat adalah teramat sukar untuk diperolehi.”

Najib sepatutnya menarik balik arahan “larangan” kepada SPRM dan mengisytiharkan dengan jelas bahawa adalah tugas SPRM untuk menggunakan lapiran BMF itu bagi menjalankan siasatan penuh, menyeluruh dan meluas ke atas pertuduhan “korupsi besar” yang dilakukan Taib dan keluarganya sepanjang 31 tahun Taib menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur