PR Pulau Pinang Diserang Pakatan Jahat BN, Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang dan pemaju perumahan tidak bertanggungjawab

Pakatan rakyat Pulau Pinang diserang pakatan jahat Barisan Nasional, Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang dan pemaju perumahan tidak bertanggungjawab. Jelas sekali satu kemenangan BN di Pulau Pinang bukan sahaja akan mengakibatkan kembalinya rasuah tetapi juga akan menghalau 4,000 keluarga di Pulau Pinang daripada rumah-rumah mereka. Yang terbaru untuk menyertai usaha BN untuk merampas kuasa di Pulau Pinang adalah pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai sejarah untuk bukan sahaja memungkiri janji-janji mereka kepada pembeli dengan hasil kerja yang tidak bermutu tetapi juga menyebabkan pembeli kecewa dengan kegagalan untuk memberi hak milik strata seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang telah memberikan kesan besar di Pulau Pinang dengan menyediakan makanan percuma, minuman percuma, sayur-sayuran percuma, daging khinzir percuma dan memberi wang secara bebas kepada semua NGO dan organisasi. Mereka juga menganjurkan konsert mega bertaraf dunia percuma dengan penghibur antarabangsa yang terkenal dengan turut menggunakan skrin LED yang terbaru dan mahal. Belum pernah lagi penduduk Pulau Pinang melihat begitu banyak wang dibelanjakan atau demikian banyak makanan percuma yang disediakan di begitu banyak kedai kopi.

Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia juga mencipta sejarah dengan meletakkan lebih banyak bendera mereka daripada jumlah bendera BN dan PR. Ada yang menganggarkan sehingga 300,000 bendera menyebabkan langit biru tidak boleh dilihat tetapi hanya melihat biru bendera 1Malaysia. Begitu banyak sekali bendera 1Malaysia, sampaikan mereka dengan selamba meletakkan bendera itu di mana-mana sehingga mencacatkan premis awam dan juga ukiran besi di George Town.

Kelab Kebajikan 1 Malaysia Pulau Pinang secara terbuka menyokong BN. Ia enggan mendedahkan sumber dana justeru membangkitkan soalan yang serius sama ada puluhan juta ringgit yang dibelanjakan adalah bersih.

Kumpulan terbaru yang menyertai usaha untuk membantu BN merampas kuasa di Pulau Pinang, adalah pemaju diragui, yang telah sebelum ini cuba untuk tidak menonjol selepas perniagaan mereka runtuh. Saya amat terkejut bahawa pemaju-pemaju ini kini boleh berbangga dengan secara terbuka kerana kononnya dapat menyediakan perumahan mampu milik berkualiti apabila mereka telah gagal untuk melaksanakan projek-projek mereka sendiri pada masa lalu.

Bagaimana pemaju yang tidak bertanggungjawab boleh bercakap tentang menyediakan sebuah rumah untuk setiap keluarga apabila tindakan mereka akan mengakibatkan 4,000 keluarga di Air Putih, Air Itam dan Paya Terubong akhirnya tidak lagi mempunyai bumbung di atas kepala mereka. Bolehkah 4,000 keluarga mempercayai kata-kata pemaju-pemaju ini yang tidak bertanggungjawab apabila mereka telah gagal untuk menyampaikan hakmilik strata walaupun kepada lebih daripada 10,000 pembeli di seluruh Pulau Pinang?

Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menghormati 4,000 keluarga yang sedia ada, terdesak dalam membuat janji-janji pilihan raya kosong baru dan tidak jujur dalam mengulangi janji kitar semula bahawa kerajaan persekutuan akan membina 9,999 unit pangsapuri kos rendah dan sederhana dalam 3 kawasan DUN Air Putih, Air Itam dan Paya Terubong.

Najib juga tidak jujur apabila beliau berjanji bahawa mereka yang tinggal di 962 buah rumah satu bilik di Kampung Melayu akan diberikan rumah tiga bilik tidur di Air Itam melalui skim rumah mampu milik. Ini merupakan satu lagi janji tidak kesampaian oleh BN dalam masa lebih 10 tahun yang telah dikitar semula di tiap-tiap pilihan raya umum, kali terakhir dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop pada tahun 2008, yang telah tidak pernah ditunaikan.

BN telah menunjukkan belang sebenarnya bahawa ia sedang bersekutu dengan pemaju yang tidak bertanggungjawab dan Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang dengan sumber dana yang meragukan, terhadap Kerajaan Negeri mesra rakyat pimpinan Pakatan Rakyat yang telah dimusuhi para pemaju kaya kerana PR melaksanakan sistem berasaskan kedaulatan undang-undang.

Lim Guan Eng Pengerusi Pakatan Rakyat Pulau Pinang & Ketua Menteri Sementara Pulau Pinang