DAPSY menyeru supaya diisytiharkan perang terhadap rasuah, yang antara lain menuntut supaya:

  • semua anggota kerajaan bukan sahaja mesti melakukan pengisytiharan harta secara terbuka tetapi mesti dihalang melalui undang-undang daripada mengumpulkan kekayaan secara keterlaluan, melampaui kemampuan rasmi mereka.
  • jangan mencampur aduk politik dan bisnes, dan anggota kerajaan tidak dibenarkan terlibat dalam bisnes
  • Agensi pencegahan rasuah diberi kuasa penuh secara bebas dan mesti bertanggungjawab kepada penyeliaan dan soal jawab parlimen.
  • Semua aset mereka yang didapati bersalah melakukan rasuah mesti dirampas oleh kerajaan.

<< Kembali Ke Senarai Deklarasi