BM 中文 English

Deklarasi Petaling

Deklarasi Petaling memperkukuh kenyataan bahawa DAP mahu mencapai tujuan membina negara Malaysia untuk rakyat Malaysia yang mengamalkan demokrasi sosial melalui usaha yang aman, demokratik dan mengikut perlembagaan.

Deklarasi Petaling juga memperkuatkan seruan untuk menghapuskan sistem kuota, dan mendesak kerajaan untuk menangani secara serius masalah-masalah kemiskinan luar bandar, pemilikan tanah, latihan sumber manusia dan penyediaan infrastruktur asas demi membasmi polarisasi antara kelas.

Deklarasi Petaling memberi banyak cadangan tentang bagaiman membentuk kerajaan yang bersih, cekap dan peduli. Langkah-langkah tegas untuk membanteras rasuah dan untuk menggalakkan pendemokrasian masih dinilai sebagai prinsip asas perjuangan.

<< Kembali Ke Senarai Deklarasi