Bagi mempertingkat hak wanita Malaysia di setiap peringkat dan komuniti serta mempercepat proses pembebasan mereka daripada sikap pasif dan keterbelengguan, Wanita DAP menyatakan dedikasinya terhadap program-program berikut dalam tahun 1992:

  • Penentangan terhadap segala macam keganasan, diskriminasi dan eksploitasi terhadap wanita;
  • Mengiktiraf nilai saksama pekerja wanita dan berusaha ke arah perlindungan yang lebih baik terhadap hasil kerjanya.
  • Pindaan terhadap semua undang-undang berkait diskriminasi;
  • menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Wanita yang diketuai seorang menteri wanita;
  • mempertingkatkan sistem kesihatan dengan memberi penekanan terhadap keperluan wanita untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik;
  • memperkukuh pendirian tentang liberasi wanita sebagai bahagian organik daripada usaha ke arah hak asasi manusia dan demokrasi

<< Kembali Ke Senarai Deklarasi