Kenyataan tentang demokrasi budaya bertujuan memupuk kepelbagaian budaya sebagai sumber kekuatan nasional dan asas kepada kebudayaan kolektif, bukan menjadi punca ketidakharmonian dan perpecahan.

Ia memperjuangkan kebebasan untuk bertukar-tukar dan membangunkan budaya yang pelbagai dalam masyarakat berbilang kaum kerana ini adalah jalan terbaik untuk mencapai integrasi nasional yang kukuh dan lestari.

Ia mendukung, antara lain:

  • Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan
  • Menghapuskan klasifikasi sekolah ‘kebangsaan’ dan ‘jenis kebangsaan’ dengan memberi layanan samarata kepada kesemua empat aliran pendidikan – Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Bahasa Cina dan Tamil diterima sebagai medium pengajaran di samping peperiksaan di peringkat rendah dan menengah, di semua sekolah bermedium Cina dan Tamil.
  • Kemasukan ke universtiti mestilah ditentukan atas dasar merit kelayakan akademik asas, bagi memastikan standard kemasukan ke universiti dan peperiksaan universiti dikekalkan pada tahap tinggi. Kenyataan tentang demokrasi budaya mencerminkan nilai-nilai asas serta ide-ide demokrasi sosial dan kepelbagaian budaya.

<< Kembali Ke Senarai Deklarasi