BM 中文 English

Idris Jala perlu mengotakan kata-kata untuk berhenti mempolitikkan pendidikan dan mendapatkan persetujuan PM dan Kabinet untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan Pendidikan yang diketuai oleh Pembangkang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Datuk Seri Iris Jala perlu mengotakan kata-katanya untuk berhenti mempolitikkan pendidikan dan mendapatkan persetujuan PM dan Kabinet untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan Pendidikan yang diketuai oleh Pembangkang sebagai respons dua pihak untuk menangani tiga gejala kemerosotan tahap pendidikan dalam negara, iaitu:

  • Keputusan TIMSS 2011 (Trends in International Mathematics and Science Study);
  • Keputusan PISA 2012 (Programme for International Student Assessment); dan
  • Laporan buruk oleh Bank Dunia dalam Malaysia Economic Monitor yang bertema “High-Performing Education”.

Sekiranya Idris mampu mendapatkan persetujuan Perdana Menteri dan Kabinet untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan Pendidikan yang diketuai oleh Pembangkang, maka ia akan menjadi khabar paling menggembirakan dan berita akhir tahun terbaik bagi rakyat Malaysia yang telah dilanda oleh banjir berita buruk tentang pelbagai perkara sejak tujuh bulan selepas pilihanraya umum ke-13 yang lalu sehingga menimbulkan kebimbangan tentang masa depan Malaysia.

Idris telah menyeru Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional untuk berhenti mempolitikkan pendidikan dalam sebuah forum yang diadakan Isnin lalu untuk memperingati ulangtahun ketiga Program Transformasi Ekonomi. Forum itu telah dihadiri oleh sekurang-kurangnya empat orang Menteri Kabinet – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Idris sendiri.

Kenyataan Idris dalam acara tersebut telah dilaporkan oleh Malaysiakini dan The Malaysian Insider, tetapi anehnya tidak dilaporkan oleh sebarang media cetak.

Laporan Malaysiakini oleh Aidila Razak dan Wang Yuan, berjudul “Urgent overhaul needed to our education system” (http://www.malaysiakini.com/news/249482) , menyebut:

Despite Malaysia’s goal to be a high income nation by 2020, he (Idris) said the National Education Blueprint will only start bearing fruit in 20 years time.

“In 50 years from now, if we don’t up our game in education, we will be overtaken by countries who run faster than us. In the long-term, the agenda for poverty eradication, is education,” he said.

Meanwhile, Idris, who was appointed senator so he can run the Performance and Management Delivery Unit (Pemandu) called on both Pakatan Rakyat and the BN to stop politicising education.

“Wahid and I are not politicians. If there is one thing we…hope for both the BN and Pakatan Rakyat, it is to lay down their swords and not to politicise education. Come together and agree about education,” he said.

Laporan The Malaysian Insider, berjudul “Barisan, Pakatan should agree in education, says Idris Jala” (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/barisan-pakatan-should-agree-on-education-says-idris-jala), oleh Trinna Leong pula menyebut:

Both the ruling Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) may disagree on issues, but that should not cover education which must be improved to ensure Malaysia remains competitive, Datuk Seri Idris Jala said today.

The Minister in the Prime Minister’s Department said all lawmakers must work together to ensure the education system is a success.

“Both BN and PR need to come together and agree on education. We may disagree on other things, but not on education,” Jala said at the Economic Transportation Programme (ETP) panel meeting in Putrajaya today.

He warned that the quality of education has to be improved or Malaysia would risk losing out to other countries.

“In 50 years if we don’t up our game in education, we’ll lose out to other countries running faster than us,” said Idris, who heads the Performance Management and Delivery Unit (Pemandu).

Others at the meeting were International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed, Minister in Prime Minister’s Department Datuk Seri Abdul Wahid Omar and Communication and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Speaking of the Malaysia Education Blueprint 2013-2025, Jala said that the transformation of the education system can only be seen years from now. In the meantime, the government has taken immediate action to remedy problems at hand.

“If anyone were to say they can fix problems in education in one or two years, that guy must be lying. There is no shortcut in education. By the time we do this, the real results will come out in 20 years from now with the kids getting through the new education system,” he said.

Kami dalam Pakatan Rakyat menyokong penuh seruan Idris agar BN dan PKR berhenti mempolitikkan pendidikan dan bersedia untuk “meletakkan senjata” untuk tujuan itu, namun apakah BN sanggup melakukan perkara yang sama?

Jika ya, maka biarkan Idris mengambil langkah selanjutnya untuk mendapatkan persetujuan Perdana Menteri dan Kabinet bagi membentuk Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan Pendidikan yang diketuai oleh Pembangkang dan dianggotai oleh kedua-dua belah pihak.

Berapa lama masa yang diperlukan Idris untuk mendapatkan persetujuan tersebut agar Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan Pendidikan boleh dibentuk sebagai langkah pertama Parlimen sebaik saja ia kembali bersidang dalam bulan Mac tahun depan?

Malah, jika Kabinet serius tentang perkara ini, sebuah panel persiapan yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen ke arah pembentukan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan Pendidikan boleh dibentuk untuk memulakan kerja dengan segera sebelum Parlimen kembali bersidang pada bulan Mac.

Sehubungan dengan perkara ini, Idris perlu menjelaskan apa yang beliau maksudkan menerusi kenyataan beliau pada hari Isnin lalu bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia “hanya akan mula membuahkan hasil dalam masa 20 tahun.”

Apakah Kabinet, Parlimen, dan rakyat Malaysia selama ini telah diperdaya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Rajak dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terang-terangan telah berjanji bahawa pelan itu akan membawa perubahan besar terhadap sistem pendidikan negara menerusi tiga gelombang dalam tempoh 13 tahun, iaitu sehingga tahun 2025 – dan bukan hanya “mula membuahkan hasil dalam masa 20 tahun, iaitu pada tahun 2033!

Apakah pelajar Malaysia akan terus berada di tahap serba sederhana dan di tangga sepertiga tercorot dalam ujian penilaian antarabangsa PISA atau TIMSS sepanjang tempoh 20 tahun mendatang atau sekurang-kurangnya sepanjang tempoh 13 tahun Pelan Pembangunan Pendidikan, iaitu dari tahun 2013 hingga 2025?

Saya telah menyemak ucapan Muhyiddin ketika beliau meluncurkan Pelan Pembangunan Pendidikan pada September tahun ini dan beliau secara jelas telah berjanji bahawa seluruh sistem pendidikan negara akan melalui perubahan besar menjelang penghujung tempoh 13 tahun pelan itu.

Muhyiddin tidak lagi akan bergiat dalam kehidupan awam bagi melaksanakan janji Pelan Pembangunan Pendidikan beliau pada tahun 2025, tetapi mengapa Idris, sebagai peneraju Pemandu yang bertanggungjawab ke atas Program Transformasi Kerajaan dan Ekonomi, kini berundur daripada janji yang telah dinyatakan dengan mendakwa bahawa pembaharuan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan “hanya akan membuahkan hasil dalam tempoh 20 tahun?”

Apakah ini satu rencana untuk menghindari tanggungjawab ke atas pembaharuan yang disarankan serta transformasi pendidikan menerusi tiga Gelombang yang dijanjikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan?

Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah
Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 18 Disember 2013