BM 中文 English

Isu Saudara Goh Leong San ADUN Duyung sebagai Bebas tidak wujud

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menjelaskan keadaan sebenar berkaitan dengan kedudukan ADUN Duyung, Saudara Goh Leong San.

Pertama: Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agong DAP, Saudara Lim Guan Eng kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka yang bertarikh 8/3/2016 hanya menyebut 2 perkara sahaja, iaitu:

  1. perlantikan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong sebagai Ketua Pembangkang;
  2. perlantikan ADUN Bandar Hilir, Saudara Tey Kok Kiew sebagai Ketua Whip DAP.

Ingin tegas di sini bahawa dalam surat tersebut tiada sebut langsung tentang kedudukan ADUN Duyung, Saudara Goh Leong San.

Kedua: Saudara Goh Leong San hanya digantung keahliannya selama setahun BUKAN dipecat. Ertinya, beliau masih merupakan ADUN DAP.

Ketiga: Sebenarnya pada 15/3/2016, saya selaku Setiausaha Negeri DAP Melaka dan juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka telah menulis surat rasmi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Hj Othman bin Muhamad untuk mencadangkan susunan tempat duduk ADUN DAP. Dalam surat tersebut saya telah cadangkan supaya tempat duduk Saudara Goh Leong San adalah sebarisan dengan semua ADUN DAP. Tempat duduk beliau dicadangkan berada di tempat ketiga selepas tempat duduk ketua pembangkang dan ketua Whip DAP.

Keempat: Menurut kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Hj Othman bin Muhamad, Saudara Goh Leong San sendiri yang meminta untuk ditempatkan di kerusi Bebas.

Maka dengan ini, Saudara Goh Leong San masih merupakan Ahli dan ADUN DAP dan tertakluk kepada segala peruntukan Perlembagaan Parti seperti mana-mana ahli DAP yang lain.

Dengan ini, diharap melalui kenyataan ini ianya dapat menjelaskan segala kekeliruan atau salah faham yang tidak sepatutnya timbul.

Khoo Poay Tiong
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka & ADUN Ayer Keroh
Kenyataan media oleh Khoo Poay Tiong di Melaka pada hari Isnin, 28 Mac 2016