Surat kepada Ketua Polis Negeri Pulau Pinang YBhg Dato’ Abd Rahim bin Haji Hanafi

PSUKPP/21/ 0501/1(0237/2013)

22 Januari 2013

YBhg Dato’ Abd Rahim bin Haji Hanafi
Ketua Polis Negeri
Pejabat Ketua Polis
Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Jalan Penang, 10760 Pulau Pinang

Yang Berbahagia Dato’,

RANCANGAN UNTUK MEMBAKAR BIBLE BAHASA MELAYU

Sukacita saya ingin menarik perhatian Dato’ kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, pentadbiran ini telah menerima sekeping risalah yang menyatakan tentang rancangan untuk membakar bible berbahasa Melayu pada 27hb Januari 2013, jam 10:00 pagi di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth (depan Dewan Ahmad Badawi). (sesalinan risalah tersebut dikepilkan)

3. Justeru itu, saya ingin memohon jasa baik dan kerjasama pihak Dato’ untuk mengambil tindakan yang sewajarnya, menghalang perbuatan tersebut daripada berlaku dan mengarahkan agar kawalan diketatkan pada waktu tersebut bagi menjaga keselamatan dan keharmonian kawasan itu.

4. Diharap pihak polis dapat mengawal keadaan pada hari tersebut agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Sekian, jasa baik dan kerjasama Dato’ saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“CEKAP, AKAUNTABILITI DAN TELUS”

Yang ikhlas,

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang
Surat kepada Ketua Polis Negeri Pulai Pinang YBhg Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi oleh Lim Guan Eng di George Town pada hari Wednesday, 23 January 2013