Pengiraan Detik 28 Hari ke PRU13 – Statistik “Alice-in-Wonderland” Najib dalam Transformasi Ekonomi Malaysia

Saya telah menerima satu emel daripada seorang pengurus bank antarabangsa bersara dari luar negara, yang menggelarkan dirinya “Fact Finder” memerhati ekonomi Malaysia, berkongsi rasa marah dengan apa yang beliau sebutkan sebagai “Statistik Alice-in-Wonderland dalam Transformasi Ekonomi Malaysia” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu wawancara berjam lamanya di televisyen pada Selasa lalu.

Saya mendapati emel ini begitu menarik, tajam daya tanggapan dan penting maka saya memaparkannya secara penuh, yakni:

“Salahguna Data

Perdana Menteri sepatutnya malu dengan penampilannya di program TV3 bertajuk ‘Conversation with the PM’ yang keudara pada 12 Mac.

Ucapannya amat mengecewakan dan beliau cenderung menyampaikan klise dan kenyataan ‘sedapkan hati’ berkenaan keadaan ekonomi. Beliau terlepas satu peluang untuk menyampaikan satu visi jelas apa yang beliau perjuangkan.

Tidak terdapat petunjuk dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional yang ajab ditawarkan di bawah pemerintahan beliau sekiranya dipilih semula.

Beliau gagal menyatakan bagaimana pentadbiran baru akan menangani pelbagai masalah yang bersarang sepanjang empat tahun pemerintahan beliau. Masalah paling ketara antaranya ialah:

  • Meningkatnya hutang, baik kerajaan dan swasta;

  • Defisit berterusan Kerajaan Persekutuan meskipun kadar pertumbuhan KDNK purata 5 peratus setahun;

  • Tahap pendapatan dan gaji yang lembap yang gagal mencerminkan hasil pertumbuhan;

  • Kegagalan pelaburan swasta untuk bertindak balas kepada apa yang kononnya langkah-langkah ransangan dan insentif yang telah diumumkan dalam setiap belanjawan;

  • Barah rasuah yang terus tumbuh.

Terdapat dua tema utama di dalam wawancara beliau yang menjawab kepada soalan ‘lembut’ yang dilontarkan kepadanya.

Najib berada di dalam angina pilihan raya yang mana beliau tidak dapat menahan daripada menkritik manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat dengan mendakwa janji-janji di dalamnya adalah mustahil untuk ditunaikan.

Bagaimana pun, beliau tidak membuat sebarang cubaan untuk memberi petunjuk apa yang BN akan tawarkan dari segi dasar-dasar dan pendekatan khusus yang akan berhadapan dengan cabaran-cabaran negara dan dalam meningkatkan taraf hidup majoriti populasi yang berdepan jurang pendapatan yang semakin luas.

Tema kedua beliau pula adalah dakwaan dengan muka tebal tentang keadaan baik ekonomi yang terang-terangan palsu.

Bernama memetik bahawa Najib mengatakan bahawa sekiranya BN menuju pilihan raya untuk mendapatkan mandat daripada rakyat, ia berdasarkan rekod prestasi yang kukuh. Beliau terus mengatakan: “Kita boleh menunjukkan kepada rakyat apa yang telah kita lakukan,” tambahnya.

Beliau seterusnya dipetik Bernama berkata: “Apabila kita bercakap mengenai manfaat kepada rakyat dari 2009 hingga 2011, Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita telah berkembang daripada US$6,670 kepada US$9,970, atau kira-kira 49 peratus.”

“Tiada negara dunia ini yang mencapai keputusan sedemikian,” katanya. Untuk benar-benar memahami pentingnya kenyataan ini, amat wajar untuk menunjukkan: GNI per kapita diukur dengan harga tetap; oleh itu jangan digunakan untuk mengira kadar pertumbuhan. Di dalam akaun antarabangsa, semua kadar pertumbuhan dikira HARGA MALAR. Contohnya, kadar pertumbuhan GDP menggunakan harga tetap.

Angka yang dipetik oleh Perdana Menteri ialah diada-adakan dan menyimpang jauh daripada angka GNI per kapita untuk Malaysia yang dikeluarkan oleh Bank Dunia di laman web mereka : http://data.worldbank.org/indicator/NY.GNP.PCAP.CD/countries/MY-4E-XT?display=default

Laman sesawang Bank Dunia menunjukkan bahawa bilangan ialah:

2009—– US$7,550
2010—– US$8,090
2011——US$8,770

Kiraan Bank Dunia dalam Dolar US dengan sedikit pelarasan untuk memastikan tahap perbandingan antara negara GNI per kapita PADA MASA INI. Ini ialah apa yang dikatakan metode Atlas Bank Dunia dan diterima sejagat sebagai kaedah untuk melaporkan GNI per kapita. Set data Bank Dunia TIDAK PERNAH melaporkan kadar pertumbuhan GNI per kapita dalam Dolar US MELEBIHI MASA seperti mana yang Najib telah lakukan. Dengan itu, angka 49% ialah berdasarkan kiraan yang tidak tepat dan angka-angkanya tidak mempunyai apa-apa makna dan mengelirukan. Ukuran sebenar pencapaian negara ditunjukkan pada kadar pertumbuhan GDP yang dizahirkan pada harga tetap. Atas sebab itu ekonomi Malaysia tumbuh lebih kurang 5.0 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun yang disebutkan Najib.

Juga tidak wajar untuk menggunakan kiraan salah sedemikian seperti yang dipetik Najib di dalam perbandingan antara negara. Maka kenyataan: “Tiada negara dunia ini yang mencapai keputusan sedemikian,” tidak masuk akal.

Untuk meletakkan setiap sesuatu pada perspektif, Najib telah membuat tiga dakwaan.

Pertama, Malaysia telah mencapai tahap GNI per kapita US$ 9,970 pada tahun 2011. Ini adalah salah. Angka Bank Dunia adalah US$8,770. Dengan itu beliau keterlaluan apabila menyatakan US$ 1,200. Ini keterlaluan.

Kedua, beliau telah mengukur kadar pertumbuhan berdasarkan harga semasa. Ini merupakan ukuran yang tidak tepat. Jika yang beliau inginkan ialah menunjukkan terdapatnya pertubuhan pendapatan per kapita, beliau sepatutnya menggunakan KDNK per kapita dengan harga tetap. Sekiranya itu yang beliau lakukan, kadar pertumbuhan sudah tentu sekitar 3 peratus setahun.

Ketiga, beliau telah cuba secara tersirat melakukan perbandingan kadar pertumbuhan yang salah apabila dia berkata “…Tiada negara dunia ini yang mencapai…”———ini salah besar. Ini adalah statistik Alice in Wonderland yang tidak layak bagi seorang Perdana Menteri.

Ini merupakan satu contoh klasik bagaimana mahu menipu dengan statistic dan memperdaya orang ramai. Bagaimanapun, penganalisis yang serius dan pemerhati pasaran dapat mengesan temberang ini. Kewibawaan Najib benar-benar terjejas dan keseluruhan percubaan akan dilihat sebagai aksi murahan dan membawa malu kepada negara.

Perdana Menteri merupakan seorang yang terlatih dalam bidang ekonomi dan sepatutnya lebih tahu melainkan beliau benar-benar tidak tahu perkara asas. Atau mungkin beliau percaya bahawa orang ramai boleh ditipu untuk percaya angka yang dibuat-buat seperti ini dan salah tafsir berdasarkan angka ini.

Adalah absah untuk bertanya kepada Perdana Menteri: Di manakah bukti nyata seperti peningkatan besar dari segi penggunaan per kapita isi rumah? Di manakah bukti bahawa seisi rumah kini menikmati pendapatan sebanyak itu? Dengan statistik rekaan seperti ini, Perdana Menteri telah hilang semua kewibawaan! “

Malaysia berhak untuk mendapat jawapan Najib sama ada beliau telah menipu di dalam statistiknya atau sama ada beliau telah mendapat maklumat salah dan disesatkan oleh penasihat-penasihatnya bagi membuat dakwaan palsu dalam wawancara di televisyen tentang pertumbuhan GNI Malaysia per kapita dari 2009 – 2012, terutamanya tentang Malaysia menjadi negara paling pesat pertumbuhan GNI per kapita di dunia dari 2009 hingga 2011?

Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timur
Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Thursday, 14 March 2013