Manifesto Pilihanraya Umum ke-13 BN tidak menangani masalah makro-ekonomi 4D

Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan manifesto BN semalam sambil menyatakan keyakinan dalam memenangi pilihan raya umum akan datang dengan janji-janji pemberian wang tunai dan insentif. Namun apa yang menarik adalah persamaan antara manifesto BN yang nampaknya disalin terus dari Manifesto Pakatan Harapan Rakyat terutamanya yang melibatkan: –

  • Penurunan harga kereta,

  • Menambah anggota polis untuk memerangi jenayah,

  • Lebuhraya Pan-Borneo yang menjangkau 2,300 km dari Sematan, Sarawak ke Seruding, Sabah dan

  • menyeragamkan semua harga barangan di Sabah, Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.

Manifesto BN jelas mengabaikan masalah masalah makro-ekonomi 4d hutang (debt), defisit, penipuan dari rasuah (deceit) dan aliran keluar kepakaran (brain drain) yang akan membantut usaha untuk keluar dari perangkap pendapatan sederhana. Ramai mendapati sukar untuk percaya bahawa pada tahun 1966 KDNK Malaysia per kapita adalah USD350, mendahului Korea Selatan sebanyak USD130. Hampir lima puluh tahun kemudian, KDNK Malaysia telah meningkat sehingga USD9, 977 manakala Korea Selatan pula telah melonjak jauh mendahului Malaysia kepada USD22, 424.

Menurut pemerhati kewangan Global Financial Integrity yang berpusat di Washington, Malaysia telah menyaksikan aliran keluar modal haram RM872 bilion sepanjang 10 tahun dari 2001 hingga tahun 2010, di belakang Mexico RM1, 450 bilion dan China RM8, 360 bilion. Walau bagaimanapun, jika kita melihat statistik dari segi per kapita, Malaysia sebenarnya juara dunia dalam aliran keluar modal haram. Lebih 10 tahun dari 2001-2010, setiap rakyat Malaysia telah kerugian RM31, 000, manakala setiap rakyat negara China hanya kehilangan RM6,400.

Daripada memberi pinjaman kepada petani yang menternak lembu, keluarga Menteri yang tidak pernah menternak lembu diberi RM 250 juta pinjaman yang disalahgunakan untuk membeli kondominium. Kita boleh melihat betapa melampaunya keadaan di Sarawak di mana kekayaan yang dikuasai oleh keluarga pemimpin-pemimpin kerajaan negeri ditayang secara terbuka.

Rasuah sedemikian hanya memburukkan lagi aliran keluar kepakaran yang sedia ada. Sejak Merdeka pada tahun 1957, lebih daripada 2 juta rakyat Malaysia telah meninggalkan negara ini. Tidak ada usaha yang kuat untuk menghentikan aliran keluar kepakaran itu atau pun menterbalikkan aliran tersebut.

Keterhutangan kita semakin bertambah teruk. Sehingga 31 Disember 2012, hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM 502 bilion yang merupakan peningkatan sebanyak 89% berbanding dengan akhir 2007 sebanyak RM266 bilion. Defisit juga semakin teruk. Kerajaan Persekutuan mengunjurkan defisit dalam Belanjawan 2012 sebanyak RM 59.7 bilion yang merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Kali terakhir negara ini mempunyai belanjawan lebihan adalah pada tahun 1997 apabila Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri. Sejak tahun 1997, kita telah mengalami belanjawan defisit selama 15 tahun berturut-turut, itulah sebabnya kita mahu Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baru untuk memulihkan defisit tersebut menjadi belanjawan lebihan.

Berbeza dengan persembahan kewangan BN yang hambar, kerajaan negeri PR telah mencatatkan lebihan demi lebihan setiap tahun dan juga berjaya mengurangkan hutang secara lestari. Pulau Pinang mengurangkan hutang sebanyak 95% atau RM600 juta, daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008; kepada hanya RM30 juta pada akhir tahun 2011.

Semua ini telah dicapai dengan menjalankan pentadbiran yang bersih berdasarkan prinsip urustadbir CAT yang cekapan, akauntabel dan telus. Sebaliknya kita mempunyai Ketua Menteri Sarawak yang terlepas daripada hukuman bagi bukan sahaja kerana enggan untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi juga mengutuk SPRM sebagai tidak jujur dan nakal.

Kecuali jika manifesto BN menangani isu-isu 4D hutang (debt), defisit, penipuan daripada rasuah (deceit) dan aliran keluar kepakaran (brain drain), “Menepati Janji Membawa Harapan” BN hanyalah sebuah janji kosong.

ak diciptakan untuk membanteras rasuah sebaliknya melindungi perasuah.

Setiausaha Agung DAP
Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 7 April 2013