Paul Low tidak seharusnya menggunakan budaya pembohongan BN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, Paul Low tidak seharusnya bertukar begitu cepat daripada Presiden Transparency International Malaysia kepada jurucakap BN dengan menggunakan budaya pembohongan BN apabila menerangkan kenapa ahli Kabinet tidak perlu menhisytiharkan harta secara umum. Paul Low telah berbohong apabila beliau menyatakan bahawa pengisytiharan harta Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli EXCOnya adalah tidak rasmi meskipun positif kerana pegawai yang gagal mengisytiharkan harta atau deklarasi yang dibuat tidak tepat dengan kekayaan seseorang, ia tidak dihukum.

Saya ingin mengingatkan Paul Low bahawa sewaktu beliau menjadi Presiden Transparency International Malaysia, beliau memuji pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana menjadi kerajaan yang pertama dalam Malaysia yang melakukan pengisytiharan harta secara umum. Sebalik menggunakan pendekatan serupa demi meningkatkan integriti di Kerajaan Persekutuan, kenapa pula beliau memiliki pendirian berlainan sekarang?

Pengisytiharan harta Kerajaan Negeri Pulau Pinang disahkan oleh sebuah firma perakaunan antarabangsa dan diakujanji oleh ahli EXCO bahawa mereka telah memberikan maklumat yang tepat dan benar. Semua ahli EXCO yang gagal mengisytiharkan harta mereka akan dilucutkan jawatan. Bukankah itu hukuman berat yang mencukupi untuk memastikan semuanya patuh?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini telah mengambil satu lagi langkah dengan memerlukan semua Ahli Dewan Undangan Negeri, bukan sahaja ahli EXCO untuk mengisytiharkan harta. Sekarang Paul Low sudah menjadi menteri BN, beliau telah akhirnya menelan semua propaganda BN kononnya pengisytiharan harta akan menggugat keselamatan menteri kabinet.

Apa yang mahu disembunyikan oleh ahli Kabinet? Pemimpin Negeri Pulau Pinang telah melakukan pengisytiharan secara umum, tetapi keselamatan peribadi kami tidak pun terancam. Mungkin kerana asset kami begitu sedikit untuk memberi sebarang kesan. Kalau pun keselamatan kami diancam, pastilah kerana penyokong BN dan Perkasa yang rasis.

Bolehkah Paul Low mendahului dengan mengisytiharkan hartanya sendiri?

Di bawah sistem BN, pengisytiharan harta dibuat secara peribadi kepada Perdana Menteri. Bagaimana kita boleh tahu sama ada maklumat yang diberikan itu tepat atau tidak. Dengan pengisytiharan secara umum, sistem pemeriksaan dan verifikasi boleh diadakan sebagai tambahan kepada apa yang dilakukan firma perakaunan antarabangsa. Sebagai seorang akauntan, Paul Low pastinya tahu bahawa verifikasi oleh badan perakaunan antarabangsa pastinya lebih boleh dipercayai, dan lebih amanah berbanding agensi kerajaan yang mengaudit deklarasi tersebut, kerana agensi kerajaan adalah tertakluk kepada arahan Menteri.

Dengan bersikap seperti seorang apologis BN bagi memberi justifikasi kenapa pengisytiharan harta secara umum tidak patut dilaksanakan kerana ia akan menghalang mereka yang kaya, berbakat dan berkemahiran daripada berkhidmat kepada awam amatlah tidak boleh diterima. Perkhidmatan awam menuntut pengorbanan dan seseorang itu diboleh sahaja dilihat sebagai bersih, tetapi dipastikan bersih.

Adakah Paul Low akan mendahului dengan mengisytiharkan hartanya secara terbuka? Saya masih ingat ketika Paul Low menemui saya tahun lalu tentang Ikrar Integriti Transparency International, beliau telah enggan menerima permintaan saya bahawa pengisytiharan harta secara terbuka disertakan sekali. Paul Low menerangan bahawa dengan memasukkan pengisytiharan harta secara terbuka ke dalam Ikrar Integriti, BN tidak akan menandatangan. Jelaslah beliau sebenarnya beliau merekabentuk Ikrar Integriti itu bukan untuk menggalakkan integriti awam tetapi untuk disesuaikan kepada BN.

Paul Low mesti menunjukkan bahawa beliau mampu membawa perubahan dalam membersihkan rasuah dalam Kerajaan Persekutuan BN dengan memberikan komitmen yang jelas untuk menggalakkan integriti awam. Hanyalah apabila kerajaan BN berkomitmen untuk melakukan pengisytiharan harta secara umum dan melaksanakan tender terbuka maka rakyat akan percaya. Apa sahaja yang kurang daripada itu hanyalah akan menambahkan curiga bahawa Paul Low hanyalah seorang apologis yang dipergunakan secara kosmetik untuk menunjukkan kononnya UMNO dan BN itu anti rasuah.

Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan
Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 19 Mei 2013