BM 中文 English

Kerk Kim Hock adalah rakyat Malaysia yang sejati yang setia kepada keluarga dan rakan-rakannya, sebagaimana setianya beliau terhadap parti dan prinsip

Kerk Kim Hock telah meninggalkan kita semua pada 9 Ogos 2017, selepas 3 hari berada dalam keadaan tidak sedarkan diri (koma), susulan komplikasi daripada pembedahan yang dijalankan pada hari Ahad. Pemergian beliau memeranjatkan semua orang, kerana beliau kelihatan sihat dan baik dalam proses penyembuhan daripada penyakitnya. Beliau telah membuat permintaan semasa ulang tahun kelahirannya yang ke-61 baru-baru ini untuk hidup sehingga berumur 70 tahun. DAP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau. Kehilangan yang mereka hadapi bukan sekadar kehilangan secara peribadi, bukan sekadar kehilangan kepada DAP tetapi juga kehilangan besar kepada negara dan rakyat Malaysia, terutama mereka yang tinggal di Melaka.

Untuk Kerk, seperti yang kami maklumkan, adalah rakyat Malaysia yang sejati. Kerk sangat setia kepada keluarga dan rakan-rakannya sebagaimana setianya beliau kepada DAP dan prinsipnya. Walaupun bersikap tegas dengan prinsip keadilan, demokrasi, kebebasan dan kejujuran, beliau membuat kawan dengan mudah dan mempunyai musuh yang sangat sedikit. Beliau adalah seorang ahli politik Malaysia yang jarang dikenali.

Itulah kualiti yang mula-mula telah menarik saya ketika mula mengenalinya di universiti. Kami merupakan pelajar di Universiti Monash, Australia dan beliau merupakan pelajar senior satu tahun kepada saya. Saya telah memberikan sokongan penuh kepada Kerk untuk menubuhkan semula Persatuan Pelajar Malaysia Monash Universiti Monash (MUMSU), yang telah diketuai oleh Marxists, untuk menerapkan kesatuan yang lebih liberal dan demokratik, tidak memberi tumpuan kepada ideologi politik tetapi untuk kebajikan pelajar.

Ia adalah suatu pertaruhan yang tidak dihalang, pergaduhan politik seperti semua pelajar politik yang lain. Kerk bijak berpolitik dan sangat menonjol. Kami menikmati kemenangan politik pertama bersama-sama, ketika beliau mengalahkan Presiden dan berjaya dipilih sebagai Presiden MUMSU dengan kemenangan besar. Beliau enggan bertanding dalam pemilihan semula, sebaliknya menolak saya untuk mengambil alih tempat tersebut.

Kerk cukup mengagumkan saya, ketika beliau berjuang habis-habisan menentang lawannya, beliau masih boleh berkawan dengan mereka. Tidak ada sebarang perasaan kecil hati terhadap lawannya. Beliau sentiasa berusaha untuk memenangi mereka. Beliau membawa sifat itu ke dalam arena politik.

Beliau menegaskan berulang kali kepada saya bahawa parti dan prinsip kita hanya dapat diperkuatkan apabila lawan kita menjadi kawan dan sekutu kita. Saya selalu berseloroh dengan memberitahunya, bahawa sifat ini bukan sahaja membantunya dalam politik, malah juga membantu memenangi isteri beliau.

Seperti ramai di antara kita, Kerk menyertai parti kerana Lim Kit Siang atau Kit. Kerk adalah seorang yang sangat bijak, cerdas, sensitif dan bijak dalam menganalisis mood orang ramai. Kit melihat potensi Kerk dan segera melatihnya untuk menjadi seorang pemimpin masa depan DAP.

Kerk sangat mempercayai integriti Kit dan percaya dengan implikasi pertimbangan politik Kit. Beliau memberitahu saya berulang kali bahawa beliau mungkin tidak selalu bersetuju dengan keputusan Kit, namun beliau sentiasa percaya Kit kerana sebarang penilaian yang dibuat oleh Kit selalunya sangat tepat. Jadi tidak hairanlah sekiranya bukan hanya kami menangis ketika menerima berita pemergiannya, malah Kit juga turut menangisi secara terbuka pemergian Kerk di hadapan Penasihat Kebangsaan DAP, Dr Chen Man Hin.

Kerk telah menunjukkan kesetiaan dan keberaniannya dengan terus berada dalam DAP walaupun ketika DAP berada dalam waktu paling gelap. Beliau tidak meninggalkan parti walaupun beliau di antara mereka yang ditahan dalam Operasi Lalang pada tahun 1987 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau kembali ke pucuk kepimpinan ketika saya dipenjarakan pada tahun 1998, berikutan sabitan salah di bawah Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang telah diperkosa.

Beliau juga tidak meninggalkan parti ketika DAP mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya besar semasa Pilihan Raya Umum pada tahun 1999, yang mana kedua-dua, Kit dan Pengerusi Kebangsaan kami ketika itu, Karpal Singh ditewaskan. Sebaliknya Kerk telah mengambil alih jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP yang keempat. Sepanjang tempohnya sebagai Setiausaha Agung DAP, beliau telah membantu untuk membina semula parti. Kerk telah menggunakan kemahiran peribadinya untuk melibatkan diri dengan golongan muda serta berhubung dengan ahli-ahli lama.

Beliau telah melatih pemimpin muda untuk masa hadapan, antaranya ialah Setiausaha Organisasi Kebangsaan sekarang, Anthony Loke. Walaupun selepas bersara dari bidang politik, beliau masih terus mengambil berat tentang parti dan terus berhubung dengan barisan pemimpin parti, memberikan nasihat yang tidak ternilai harganya.

Walaupun Kerk mungkin telah menang dan tewas dalam sebahagian pertempuran politik seperti kami, tetapi pertempuran beliau yang paling besar adalah melawan penyakit kanser yang dihadapinya. Ketika beliau disahkan menghidap kanser pada tahun 2002, beliau tidak pernah berputus asa sehingga mampu melawan penyakit tersebut, sehingga dikesan semula pada tahun 2015. Pada masa itu, beliau tidak pernah hilang keyakinan, sokongan daripada rakan-rakan parti dan penyokongnya, kekuatan dalaman daripada keluarga yang sentiasa setia bersamanya, kasih sayang dan cinta yang membantu beliau mengharunginya.

Daya tahannya telah mendorong ramai yang menderita penyakit kanser untuk tidak putus asa melawan penyakit tersebut, sebaliknya untuk terus menikmati kehidupan yang berkualiti serta penuh kegembiraan. Ketika Kerk berjuang untuk hidupnya, beliau tidak pernah berhenti mencintai keluarganya, isterinya yang setia dan anak-anaknya yang cemerlang. Dan beliau tidak juga berhenti mengambil berat tentang parti dan rakan-rakannya. Sepanjang beberapa bulan terakhir, beliau masih berkongsi kebimbangannya dengan kami, atau memberikan sisi-sisi politik yang mungkin kami terlepas pandang.

Keluarganya akan sangat merindui ayah dan suami mereka. Negara dan parti akan merindui Kerk. Dan kepada kami yang sangat mengenali beliau, kami akan sangat merindui rakan kami. Akan terdapat lubang di dalam hati setiap daripada kami utk Kerk, namun kami akan mengisinya dengan memori serta kenangan paling indah semasa kami bersama beliau.

Kerk, selepas perjuangan yang panjang, Saudara berhak untuk berehat kini. Semoga Tuhan Memberkati Saudara Dan Rehatlah Dengan Damai!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Bagan
Eulogi untuk Kerk Kim Hock oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 10 Ogos 2017