BM 中文 English

Mengapakah Dato’ Sri Liow tidak berminat untuk menyelesaikan isu tanah yang menghalang pelaksanaan projek tiga jalan berkembar utama di Pulau Pinang?

Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA , Dato’ Sri Liow Tiong Lai mesti mengambil pendirian yang adil dan bertanggungjawab dalam hal-hal yang berada di bawah bidang kuasanya.

Dato’ Sri Liow Tiong Lai gagal mengadakan perjumpaan dengan delegasi dari Negeri Pulau Pinang untuk membincangkan dan menyelesaikan isu tanah yang menghalang pelaksanaan projek tiga jalan utama berkembar di Pulau Pinang walaupun saya telah membuat permohonan beberapa kali kepadanya berhubung perkara ini.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berulangkali memohon kepada Kementarian Pengangkutan Malaysia (MoT) untuk memperolehi Lot 135 di Bandar Jelutong milik MOT bagi projek jalan raya berkembar. Kerajaan Negeri telah menyatakan kesediaannya untuk membuat bayaran yang sewajarnya bagi pemerolehan tanah tersebut ataupun memperuntukan tanah alternatif untuk MoT.

Walaupun agensi-agensi Kerajaan Negeri yang berkenaan dan pihak kontraktor utama telah melaksanakan pelbagai usaha dalam permohonan ini, MoT masih enggan menyerahkan sebidang tanah kecil miliknya kepada Kerajaan Negeri untuk projek jalan raya berkembar.

Kementerian-Kementerian Persekutuan lain telah menunjukkan kesediaan untuk berunding dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi kelihatannya MoT mempunyai keberatan dalam hal-hal sebegini.

Apa yang saya fikir menjadi penghalang di sini adalah Dato’ Sri Liow Tiong Lai sendiri yang nampaknya seperti memiliki senjata tajam bagi mengasah dan menentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang, atas alasan-alasan yang hanya diketahui oleh diri sendirinya.

Walaupun, secara peribadinya kelihatan Dato’ Sri Liow Tiong Lai tidak menyukai Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi Menteri ini harus mengambil berat terhadap kepentingan rakyat Pulau Pinang.

Ataupun sekurang-kurangnya cubalah mempromosikan dirinya sebagai sebagai Menteri Pengangkutan yang efisien!

Mengurangkan kesesakan lalu lintas adalah merupakah salah satu polisi utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kesesakan lalu lintas adalah semakin buruk setiap hari.

Saya telah menghubungi pejabatnya beberapa kali tetapi Dato’ Sri Liow Tiong Lai tidak dapat memberi temujanji. Jawapan yang biasa diberi oleh kakitangannya adalah sama ada Menteri sedang bercuti ataupun terlalu sibuk untuk memberi maklumbalas.

Akhirnya pada 15 Disember 2017, saya telah menulis surat kepada Menteri Pengangkutan memohon perjumapaan dengan segera untuk membincangkan isu pengambilan tanah.

Pada Februari 5, 2018, Menteri Pengangkutan tidak menjawab tetapi seorang pegawai khasnya menulis kepada saya dengan menyatakan bahawa isu tanah akan dikendalikan secara pentadbiran dengan Pejabat Setiausaha Negeri Pulau Pinang.

Saya tidak pasti sama ada jawapan ini adalah tulen atau percubaan “pentadbiran” untuk menangguhkan isu tersebut tanpa penyelesaiannya.

Dato’ Sri Liow Tiong Lai boleh bertemu dengan para pegawai CRCC semasa lawatannya ke Beijing baru-baru ini dengan kemungkinannya percubaan tersembunyi untuk menimbulkan keraguan terhadap cadangan projek terowong bawah laut Pulau Pinang tetapi Menteri tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan delegasi Pulau Pinang untuk menyelesaikan isu tanah yang menghalang projek tiga jalan raya utama Pulau Pinang.

Menteri Pengangkutan mungkin berpura-pura menunjukan bahawa dirinya adalah sibuk, tetapi apa yang pastinya Menteri ini tidak boleh menjauhkan dirinya daripada pemimpin MCA lain yang tidak mahu apa-apa selain daripada mencemar nama baik Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan apa jua kosnya.

Prof P Ramasamy
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
Kenyataan media oleh Prof P Ramasamy di Pulau Pinang pada hari Selasa, 13 Februari 2018