BM 中文 English

Di bawah kerajaan BN, bayaran balik pinjaman boleh ditangguhkan untuk kroni tetapi bukan untuk pelajar berpendapatan rendah!

Dalam Manifesto Pakatan Harapan yang dilancarkan pada hari Khamis, 8 Mac 2018, salah satu janji yang digariskan adalah untuk membolehkan pelajar menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN sehingga pendapatan bulanan mereka mencapai tahap RM4,000. Keesokan harinya, pengerusi PTPTN dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengkritik cadangan ini sebagai tidak realistik dan tidak bertanggungjawab. [1] Beliau juga mengatakan bahawa amalan membenarkan peminjam PTPTN untuk menangguhkan bayaran balik mereka sebanyak 36 bulan sebelum mereka mendapati pekerjaan adalah cadangan yang lebih ‘munasabah’.

Apa ironis mengenai kenyataan pengerusi PTPTN ialah kerajaan telah memberikan penangguhan yang jauh lebih panjang untuk pembayaran balik pinjaman yang berpunca daripada kronisme dan rasuah. Sebagai contoh, pada tahun 2007, kerajaan memberi ‘soft loan’ sebanyak RM4.6 bilion kepada Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) untuk membiayai hutang akibat daripada skandal PKFZ.[2] Pembayaran ansuran penuh pinjaman ini ditangguhkan hingga ke 2011 tetapi pada tahun 2011, PKA tidak berkemampuan untuk memulakan pembayaran ansuran penuh.[3] Pada tahun 2013, kabinet telah memutuskan untuk memberi satu lagi ‘grace period’ kepada PKA selama 4 tahun lagi dan membenarkan PKA untuk memulakan pembayaran balik pinjaman ini hanya pada tahun 2018.[4] Pada keseluruhannya, PKA dibenarkan untuk menangguhkan pembayarannya selama 10 tahun akibat dari Skandal PKFZ. Dalam erti kata lain, pelajar yang tidak dapat mencari pekerjaan dibenarkan menangguhkan pembayaran balik 3 tahun (tahap maksimum) tetapi jika untuk sebuah syarikat milik kerajaan yang mengalami kerugian berbilion Ringgit akibat daripada rasuah dan kronisme, ia boleh diberikan penangguhan pinjaman selama 10 tahun! Barisan Nasional boleh!

Cadangan Pakatan Harapan untuk membolehkan siswazah mula membayar balik pinjaman PTPTN apabila pendapatan mereka mencapai RM4000 sebulan bukan sesuatu yang baru. Dasar ini – dikenali sebagai pinjaman pendapatan luar jangka – merupakan salah satu dasar yang dijanjikan dalam Lonjakan 5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 (Lihat Rajah 1 di bawah). Sesungguhnya, dasar ini dijelaskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas pelancaran pelan ini pada tahun 2015.[5]

Pinjaman pendapatan luar jangka kini diamalkan di Australia di mana pelajar hanya mula membayar balik pinjaman mereka apabila pendapatan tahunan mereka melebihi AUS$54,000 (atau AUS$4,500 sebulan).[6] Australia dapat melaksanakan dasar ini kerana (i) bayaran balik pinjaman secara automatik ditolak daripada gaji peminjam yang telah melebihi jumlah pendapatan minimum (ini memastikan kadar pembayaran balik yang tinggi) dan (ii) jumlah pembayaran balik pinjaman dikira berasaskan tahap pendapatan (semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi % bayaran balik dan ini memastikan pihak yang memberi pinjaman berada dalam kedudukan kewangan yang mapan).

Pakatan Harapan yakin dasar ini boleh dilaksanakan dengan baik kerana gaji graduan baharu akan meningkat di bawah kerajaan yang bersih dan telus dan kadar pembayaran balik juga akan meningkat di kalangan mereka yang mencapai pendapatan RM4,000 sebulan dan ke atas.

Rajah 1: Memperkenalkan Pinjaman pendapatan-luar jangka dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2015 (Pengajian Tinggi)

[1] http://www.thesundaily.my/news/2018/03/08/pakatans-promise-ptptn-unrealistic-says-fund-chairman, http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/03/08/ptptn-boss-ticks-off-phs-plan/ dan https://www.themalaysianinsight.com/s/41831/

[2] http://www.mysinchew.com/node/32668

[3] https://www.malaysiakini.com/news/153292

[4] Laporan Tahunan PKA 2013

[5] http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/under-new-ptptn-rules-repayments-contingent-on-pay-increase-ministry-says#DU7MGt4ypHkUik1M.97

[6] http://studyassist.gov.au/sites/studyassist/helpfulresources/faqs/pages/faqs

Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP & Ahli Parlimen Serdang
Kenyataan media oleh Dr. Ong Kian Ming di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 12 Mac 2018