BM 中文 English

Sebarang pengumuman calon Pakatan Harapan daripada DAP hanya boleh diumumkan oleh Setiauasaha Agung DAP atau pemimpin CEC yang telah diberikan mandat oleh Setiausaha Agung

Saya merujuk kepada laporan media semalam yang melaporkan bahawa Dr. Abdul Aziz Bari telah diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan mewakili DAP di kerusi DUN Tebing Tinggi, Perak oleh penyandang kerusi tersebut, Ong Boon Piow.

Saya ingin menegaskan bahawa pengumuman tersebut tidak pernah mendapat kebenaran dan mandat daripada Setiausaha Agung DAP.

Secara lazimnya, sebarang pengumuman calon Pakatan Harapan daripada DAP hanya boleh diumumkan oleh Setiauasaha Agung DAP atau pemimpin CEC yang telah diberikan mandat oleh Setiausaha Agung.

Pengumunan yang dibuat oleh Ong Boon Piow merupakan satu tindakan yang melanggari disiplin parti dan beliau akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib parti untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang kekeliruan yang timbul daripada pengumuman tersebut amatlah dikesali.

SETIAUSAHA ORGANISASI KEBANGSAAN DAP
Kenyataan media oleh Loke Siew Fook di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur pada hari Ahad, 15 April 2018