BM 中文 English

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada hari ini telah meluluskan permohonan pemberimilikan No. 50 Love Lane kepada Penang Chinese Clan Council dengan kadar nominal RM 10.00, dan tertakluk kepada beberapa syarat tambahan

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat pada hari ini 13 Jun 2018 telah meluluskan permohonan Pemberimilikan Lot 155, Seksyen 19, Bandar Georgetown (atau lebih dikenali sebagai No. 50 Love Lane) yang terletak dalam lingkungan Core Zone Kawasan Warisan Dunia UNESCO kepada Penang Chinese Clan Council dengan kadar nominal RM10.00, dan tertakluk kepada beberapa syarat tambahan seperti yang berikut :

  • Tapak yang diberimilik hendaklah digunakan untuk tujuan Muzium dan Tapak Pusat Interpretasi Pendudukan Awal Kaum Cina di Pulau Pinang SAHAJA.
  • Tanah yang diberimilik ini tidak boleh dipindahmilik, cagar, pajak, pajakan kecil atau sebarang bentuk urusniaga melainkan setelah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
  • Pemohon perlu membaikpulih semula bangunan sedia ada dalam tempoh 5 tahun megikut garis panduan yang ditetapkan bagi tujuan warisan.

Jawatankuasa Tanah Negeri di mesyuarat pada 5 Jun 2018 telah menimbang dan memperakukan permohonan tersebut di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965. Syarat-syarat kelulusan termasuk :

  • Jenis Hakmilik : Kekal
  • Tempoh Pajakan: Kekal
  • Kategori Penggunaan Tanah: Bangunan
  • Keluasan Tanah: 145 meter persegi (1,560.767 kaki persegi)
  • Premium : Nominal (RM 10.00)
  • Bayaran Khas: RM 23,132.56 (jumlah cukai yang gagal dibayar semasa tanah dirampas pada tahun 2014).
Chow Kon Yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang
Kenyataan media oleh Chow Kon Yeow di Komtar, George Town pada hari Rabu, 13 Jun 2018