Penangguhan Konvensyen Biasa DAP Negeri Pahang untuk memberi laluan kepada Pendengaran Awam Lynas

Saya menyeru agar semua rakyat Pahang yang prihatin akan isu Lynas menghadiri pendengaran awam pada 9 pagi Ahad ini (11/11).

Bagi menggalakkan ahli parti menghadiri pendengaran awam tersebut, Jawatankuasa Parti Tindakan Demokratik Negeri Pahang telah membuat permohonan dengan Setiausaha Organisasi Parti iaitu YB Saudara Loke Siew Fook untuk menangguhkan Konvensyen Biasa Negeri DAP yang akan diadakan pada Ahad ini untuk bagi laluan kepada Pendengaran awm Lynas.

Kita amat berharap kesemua ahli Parti Tindakan Demokratik dan penyokong boleh menghadiri ke pendengaran awam tersebut dan kita telah menyediakan perkhidmatan sebuah bus untuk membawa mereka ke pendengaran awam yang akan diadakan di Kuantan. Akan tetapi, kita berharap agar lebih ramai orang akan sampai di pendengaran awam tersebut untuk menegaskan pendirian bahawa rakyat Pahang membantah Lynas.

Parti Tindakan Demokratik Negeri Pahang telah membantah Lynas sejak 7 tahun dahulu dan Lynas tidak patut beroperasi di Malaysia. Hal ini kerana dalam beberapa tahun ini, ia telah membuktikan bahawa kilang tersebut tidak mampu menguruskan sisa-sisa Lynas dengan baik, kita percaya bahawa sekiranya kilang Lynas diberi kebenaran untuk beroperasi, ia akan membawa keburukan yang memudaratkan kepada alam sekitar.

Pendirian Parti Tindakan Demokratik Negeri Pahang tidak pernah berubah, kami akan memberi tekanan kepada pihak yang terlibat tidak mengira dalam kerajaan mahupun luar kerajaan agar dapat memastikan kesihatan rakyat Pahang terjamin dan membuktikan azam Parti Tindakan Demokratik Negeri Pahang yang bertekad untuk membantah aktiviti yang memudaratkan. Parti Tindakan Demokratik Negeri Pahang telah memberi arahan kepada pemimpin parti tempatan bagi mengerakkan rakyat untuk menghadiri pendengaran awam tersebut.

Sekali lagi saya menyeru kesemua rakyat yang prihatin akan isu lynas, rakyat yang pernah membantah lynas seketika dahulu agar menghadiri pendengaran awam yang akan diadakan pada hari Ahad ini dan kita akan memastikan kerajaan mendengar suara rakyat. Suara Rakyat, suara keramat.

Lee Chin Chen
Setiausaha Negeri Pahang DAP
Kenyataan media oleh Lee Chin Chen di Kuantan pada hari Jumaat, 9 November 2018